4

7.2K 235 19
                                    




Selepas saja Rafael mengazankan Rashad, dia sembang sebentar bersama Aurora dan berlalu keluar dari wad itu untuk pergi ke pejabat. Maka dengan itu, Aurora pun pisyangg. Cehh hahaha.

Sebelum Rafael keluar, dia ada memberitahu bahawa akan ada seseorang yang datang untuk melawat Aurora.

Aurora dengan sabar menunggu seseorang itu datang untuk menghiburkannya. Rafael juga berkata yang orang itu tersangat lah sial. Sial dia tak boleh bawa bincang.

Mungkin orang yang sial itu boleh menghiburkan dia? Kita tak tahu. Korang je tak tahu. Hahahaha k.

"Assalamuaalaikum" Apabila terdengar suara seorang lelaki dihadapan pintu, Aurora terus menyahut dan memanggil lelaki itu masuk kedalam.

"Hai, how are you?" Tanya lelaki itu sebaik sahaja masuk kedalam. Dia meletakkan barang-barang yang dibawanya keatas meja.

"Ohh, i'm fine. Who are you?" Lelaki itu hanya tersenyum manis sambil memandang Aurora.

"Saya Raider. Adik Rafael. Awak kenal dia kan?" Jawab Raider sambil tersenyum manis lagi. Aduu cair aku.

"Ohh adik Rafael. Kenal-kenal" Aurora membalas balik senyuman Raider. Kang senyum sorang-sorang macam orang gila pulak.

Patutlah handsome semacam, adik Rafael rupanya. Confirm, ni confirm semua genetik  dorang handsome-handsome. Tak tengok lagi bapa dorang. Aishhh.

Selesai sahaja Aurora berimaginasi tentang bapa Rafael, dia melihat kembali Raider. Dia memandang Raider atas bawah.

"Awak umur berapa ni? Pakai baju sekolah, tak sekolah ke hah?" Raider hanya menggaru kepala apabila disoal begitu.

"Saya form 5. Mestilah sekolah, takkan pakai baju sekolah tapi kerja pejabat pula. Kan?" Aduh budak ni, dia BERJENAKA pula.

Takpelah, kita gelakkan aje "haha". Raider memandang tajam wajah Aurora.

"Uish, nampak betul tak ikhlas dia tu" kata Raider kepada Aurora. Aurora yang mendengar tergelak kuat. Yang tu lawak. Hahaha.

"Aish, saya terpaksa ponteng sebab nak lawat awak tahu? Penat-penat datang ni" Raider terus memberitahu sebab dia datang kesini. Kau fikir dia rela ke? Baik dia datang sini kalau taknak kena terajang dengan Rafael.

"Hehe sorry lah. Ni datang mesti tak rela kan?" Tanya Aurora apabila melihat muka Raider. Muka dia punya masam tu, kalah masam bau ketiak.

"Tak. Ishh dahlah. Mana baby? Nak tengok?" Raider menepuk kedua belah tangannya. Wajah dia menunjukkan bahawa dia sangat tidak sabar untuk melihat Rashad.

"Baby? Dalam perut" selamba sahaja Aurora menjawab.

"Sial betullah perempuan ni. Main-main pulak" muka Raider sangatlah menunjuk tidak puas hati apabila Aurora menjawab begitu.

"Hei, apa sial-sial ni? Ada baby ni kan? Celaka betul" marah Aurora apabila Raider mencarut dihadapan Rashad sampai dia tak sedar yang dia juga mencarut.

"Aloo sorry lah. Mana baby?" Tanya Raider sekali lagi dengan wajah seriusnya. Dalam hati dia berkata, kalau aku buat muka serius, mesti dia tak main-main lagi. Dia sangat yakin dengan itu.

"Tu tepi awak tu apa? Basikal? Hah?" Aurora menjuihkan bibirnya menunjuk Rashad yang dari tadi terbaring dikatil bayi bersebelahan Raider.

"Ehh ada baby! Hai baby, apa nama awak?"

"Rashad Asher"

"Comelnya awak ni!"

"Tahu"

𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐞𝐮𝐛𝐞𝐧'𝐬Where stories live. Discover now