Setelah Aurora berehat dengan sepuas-puasnya didalam hospital ini, akhirnya dia boleh keluar juga."Ave, dah kemas beg belum? Kalau belum meh saya tolong. Saya nak cepat ni" Cepat sahaja Rafael menghulurkan bantuan kepada Aurora memandangkan dia harus pergi ke pejabat dengan cepat.
"Ehh takpe saya dah nak siap dah ni. Ha jom-jom. Ni tolong bawa beg ni" Aurora menghulurkan begnya pada Rafael lalu mengangkat Rashad yang berada didalam katil bayi.
"Ha jom pergi bayar dulu" Rafael menolak kerusi roda milik Aurora yang bertanda RA. Belum apa-apa lagi Rafael sudah menggabungkan nama mereka. Dasar mengambil kesempatan atas kesempitan!
Rafael menolak kerusi roda itu kearah kaunter pembayaran. Dia tersenyum sahaja memikirkan kehidupannya selepas bertemu dengan wanita itu. Aishh bahagia betul!.
Bila sampai dihadapan kaunter, dia terus menyerahkan kadnya kepada jururawat yang dari tadi merenung dirinya. Handsome sangat agaknya.
Tanpa membuang masa, cehh membuang masa sangat. Jururawat itu terus mengambil kad Rafael untuk menyelesaikan bil hospital Aurora.
Rafael memandang wajah Aurora disebelah. Muka wanita itu menunjukkan dia sangat serba salah kerana Rafael tolong bayarkan bil dia. Rafael melihat Aurora menggigit bibir dengan gelisah. Rafael, jangan mengalah Rafael. Kau sabar je. Sikit lagi dia jadi milik kau.
Rafael menahan nafsu apabila melihat Aurora menggigit bibir. Gigit bibir pun boleh naik nafsu eh? Nafsu kuda mungkin?
Rafael tersengih bila teringat apa yang dia fikirkan tadi. Sial, aku horny.
Tiba-tiba jururawat tadi muncul dihadapan Rafael. Dia memandang kearah Rafael.
"Bil hospital ini sudah dibayar. Jadi semuanya sudah selesai. Ini kadnya" dia menghulur kad Rafael sambil tersenyum manja.
"Terima kasih. Sila datang lagi" kata jururawat itu bersama dengan kenyitan mata buat Rafael. Rafael yang melihat berasa seram.
"Sama-sama. Taknak datang lagi" Rafael menolak kerusi roda Aurora dengan laju. Taknak dia lama-lama disitu. Seram!
Aurora perasan perbuatan jururawat tadi kepada Rafael. Dia berasa geram. Siallah, tu laki aku! Tetapi hatinya sudah reda sedikit memandangkan Rafael pun tidak suka dengan jururawat sial tadi.
"Babi apa sial nurse tu? Kimak muka macam anjing, ada hati nak kenyit-kenyit pula!" Geram Rafael memikirkan kembali. Dia hanya membebel perlahan. Aurora tergelak mendengar bebelan Rafael.
"Hei dah-dah, jangan mencarut depan Rashad" Aurora menegur Rafael apabila suara Rafael semakin kuat. Teringat Rashad berdekatan dengan dia, dia terkejut.
"Ehh sorry baby, papa terlupa ada baby kat sini" Aurora terkejut apabila Rafael menggelarkan dirinya papa. Selepas beberapa saat, Aurora tersenyum. Yesss, aku ada chance!
Haih..elok lah tu, dua-dua gatal. Dua-dua sama naik miang dia. Bagai pinah dibelah dua sangat!
Terlihat di hadapan pintu masuk hospital ada beberapa orang lelaki berpakaian segak sedang berdiri tegak menunggu seseorang.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐞𝐮𝐛𝐞𝐧'𝐬
ActionDirogol. Mengandung. Dibuang keluarga. Tiga masalah yang dilanda oleh seketul Aurora Avery Theo. Kehulur hilir dengan perut memboyot tidak menjadi masalah, yang jadi masalah apabila dia terjumpa dengan seorang lelaki asing. Membantu seorang wanita...