"Hello bitches!" Pintu rumah milik Rafael dibuka dengan kasar. Mereka yang berada didalam rumah buat tidak kisah kecuali Aurora yang mata sudah membulat besar.Terlihat ada empat susuk tubuh yang dengan selambanya berlari masuk kedalam. Rafael yang melihat menggelengkan kepalanya. Menyesal aku ajak.
"Haiii Rai, lama tak jumpa!" Dengan mesra seorang lelaki menegur Rainey yang sedang kusyuk mengunyah ayam goreng.
"Abanglah tak datang. Rai baru nak gosip-gosip" Balas Rainey dengan mulutnya yang penuh. Rainer disebelah menepuk perlahan tangan Rainey. Dia menunjuk mulut Rainey.
Rainey menutup mulutnya lalu tersenyum malu.
"Ni abang dah dat-" Tidak sempat mahu bercakap, Rafael memotong.
"Gosip-gosip juga, ni makanan kat depan ni haa. Makan dulu" Dengan tegas Rafael berkata. Mereka berempat terus duduk dimeja makan tanpa bersuara.
"Ermm...ni masak spaghetti ni, mesti Regina masak ni" Kata Dylan sambil tersenyum kearah Regina yang sedang menuangkan air untuk Raider.
Regina yang tidak faham hanya tersenyum.
"Dia mana faham kau cakap apa" Balas Rafael kepada Dylan. Dylan pula buat tidak layan. Kusyuk bermain mata dengan Regina yang tidak faham apa-apa.
" Kau tolonglah translate-kan" Kata Dylan.
"Haih, Dylan ti ha chiesto, hai cucinato questi spaghetti?" (Dylan tanya awak, awak ke yang masak spaghetti ni?) Tanya Rafael kepada Regina bagi pihak Dylan.
"Sì, ho cucinato. Perché no? Non va bene? " (Iya, saya yang masak. Kenapa? Tak sedap ke?) Balas Regina pula. Mukanya sedikit berkerut.
"Ni haa dia tanya. Kenapa? Tak sedap ke?" Kata Rafael.
"Cakap dekat dia. Sedap sangat! Kalau boleh, hari-hari nak Regina masak!" Balas Dylan dengan ceria.
"Ehh borak. Kau makan pun belum. Tetiba sedap pebende" Rafael menjeling Dylan yang sedang tersenyum.
"Ala kau ni. Bagitahu jelah" Rafael hanya pasrah. Dia kembali bercakap dengan Regina secara tidak rela.
"Dylan è molto gentile! Se possibile, Regina vuole cucinare!" (Dylan cakap sedap sangat! Kalau boleh hari-hari nak Regina masak) Regina tersenyum apabila dia mendengar. Sebelum dia sempat membalas, tiba-tiba ada seseorang menyampuk.
"Ni dah kenapa buat kelas translate bahasa Itali ni? Regina, entra adesso" (Regina, pergi masuk ke dalam sekarang) Regina hanya menundukkan kepala dan terus berlalu pergi.
"Lambat kau balik Raiden?" Tanya Ian kepada Raiden yang terlihat kepenatan.
"Tadi aku ada meeting jap. Lama pula tu! Aku tadi waktu nak balik, boleh pula dia sedap pegang tangan aku. Anjing betul! Dah lah panas sial tempat tu. Aku habis tadi terus gerak" Berkerut-kerut mukanya ketika bercerita.
"Ni kau dah makan belum ni?" Tanya Rafael pula. Kesian melihat adiknya yang dari tadi mengipas-ngipas muka.
"Belum tapi aku nak mandi dulu. Nanti lepas mandi aku turun" Rafael hanya menganggukkan kepalanya sedikit.
"Jangan lama sangat mandi" Pesan Rafael. Raiden pula menganggukan kepalanya.
Tok Tok Tok
Rainey mengetuk pintu bilik abangnya. Tadi kata nak makan. Sampai pukul sepuluh tak turun-turun lagi.
Malas menunggu, Rainey membuka perlahan pintu bilik abangnya.
"Abang?" Kata Rainey dengan perlahan. Kepalanya terjenguk-jenguk mencari Raiden.
Tiba-tiba ternampak satu susuk tubuh yang elok baring di atas karpet gebu. Rainey berjalan perlahan kearah susuk itu. Dia kemudian menunduk dan menggoyangkan tubuh itu dengan perlahan.
"Abang? Ehh abang, kenapa tidur dekat sini? Bangun-bangun" Rainey menggoyangkan tubuh Raiden sedikit kuat. Macam manalah boleh tidur dekat sini. Dengan baju kerja yang masih belum dibuka.
"Emm...emm" Raiden yang masih mamai mengikut sahaja adiknya yang sedang berusaha menariknya keatas katil.
"Ishh abang ni! Apalah tidur dekat bawah. Sakit badan nanti!" Bebel Rainey sambil membetulkan selimut Raiden.
"Emm...emmm" Rainey hanya melihat sambil menggelengkan kepala. Penat sangat ni.
Rainey kemudian melihat wajah abangnya sebentar sebelum menutup lampu dan berlalu keluar.
Rainey yang ingin masuk kedalam bilik ditegur oleh Raider.
"Rai, Abang Aiden mana?" Tanya Raider kepada Rainey.
"Abang Aiden dah tidur. Tadi Rai nak suruh dia makan, tengok-tengok dah tidur" Balas Rainey. Raider menganggukkan kepalanya.
"Ohh..Abang Aiden penat sangat kut" Kata Raider pula.
"Yelah kut. Ni Rai nak masuk bilik dah. Bye" Rainey memeluk badan abangnya sekilas sebelum masuk kedalam bilik.
"Wey, aku bosan. Jom keluar" Kata Benjamin kepada mereka berempat.
"Pergi mana?" Tanya Ian pula.
"Starbucks jom" Balas Benjamin.
"Jom. Aku bawa adik aku boleh tak?" Tanya Rafael. Ramai-ramai baru meriah.
"Bawa ah. Aku nak pergi tandas jap. Kalau dah nak gerak panggil aku" Sebastian laju lari meluru ke tandas.
"Okey. Kau Rafael kenapa tak panggil lagi?" Tanya Ian kepada Rafael yang sedang bermain telefon.
"Maleh ah bangun. Aku whatsapp dorang je" Balas Rafael.
"Haa aku dah siap. Adik-adik kau dah turun ke turun ke Raf?" Sebastian yang sudah selesai membuang hajat bertanya kepada Rafael.
"Tu haa baru turun" Rafael menunjuk kearah Raider dan Rainer yang masih berada didalam lif.
"Haa jom bang" Mereka berlima mengangguk serentak lalu terus bergerak keluar.
Hiii hehe. Sorry lah buat korang mencarut bulan puasa ni. Watak dia memang macam tu😂HAHAHAHAHA ok. Semoga korang tak ponteng puasa. K byeeee.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐞𝐮𝐛𝐞𝐧'𝐬
ActionDirogol. Mengandung. Dibuang keluarga. Tiga masalah yang dilanda oleh seketul Aurora Avery Theo. Kehulur hilir dengan perut memboyot tidak menjadi masalah, yang jadi masalah apabila dia terjumpa dengan seorang lelaki asing. Membantu seorang wanita...