Melissa 4

2.2K 124 0
                                    


"Bonda!"

Seorang wanita cantik menoleh. Wajahnya terlakar senyuman manis dan keterujaan.

"Anak anak bonda sudah pulang."

Anak? Jadi dia adalah ibu kandungku?

Tangannya yang lembut itu mengusap pipi sebelum menarikku kedalam pelukannya.

"Melissa. Bonda rindukan kamu."

Aku hanya membalas dengan senyuman nipis. Sejujurnya, jauh disudut hati aku masih terasa sangsi akan mereka. Namun dengan keberadaanku disini, aku akan cuba untuk membuktikan siapa diriku yang sebenarnya.

"Mari." Dia menarikku ke arah orang ramai.

Kelihatan beberapa orang gadis sedang berbaris. Mereka berpusing sebanyak tiga kali.

Tiba tiba muncul cahaya yang panjang dari tanah.

Banyak meja yang sungguh panjang dan lebar terbentang. Jika diagak boleh memuatkan sehingga 100 orang kesemuanya. Diatasnya terdapat buah-buahan dan daging.

Sungguh magis.

"Silakan duduk Tuan Puteri Melissa." Sapa seorang gadis.

"Awak tahu nama saya?" Tanya aku tidak percaya.

"Sudah pasti. Mungkin selepas ini tuan puteri juga akan mengetahui nama patik malahan kesemua makhluk disini." Dia tersenyum lalu menarikku agar duduk.

"Err, tidak perlu memanggil saya Tuan Puteri."

"Patik harus kerana Tuan Puteri ialah anakanda Raja dan Permaisuri kerajaan ini." Dia membongkokkan badannya lalu berlalu. Dahiku sedikit berkerut.

Aku ditempatkan bersebelahan dengan bonda, Jaide dan seorang lelaki tampan.

"Melissa sudah umur berapa?" Tanya lelaki itu.

"Saya sudah 20 tahun pakcik."

"Ayahanda."

"Jadi pak- ayahanda adalah bapa kandung saya?" Aku sedikit terkejut. Bayangkan seorang lelaki tampan yang kelihatan seperti baru 20an adalah bapa kandungku?

Mataku melirik ke arah bonda. Ya, dia pula kelihatan baru belasan tahun. Aku melihat sekeliling pula. Tiada seorang pun warga emas di sini. Aku angguk faham.

"Ya puteriku."

"Makanlah."

Aku mengangguk bersama senyuman kecil. Aku memotong stik daging yang berada di dalam pinggan kaca yang dikelilingi oleh batuan permata.

Aku menyuapkannya kedalam mulut. Lazat!

°°

Aku bersiar siar di sekitar padang rumput ini. Sungguh nyaman.

Aku melihat ke arah sebuah rumah yang kelihatan sungguh cantik pada luarannya. Ditumbuhi bunga bungaan indah disekeliling pagar kayu.

Seperti dalam khayalan sahaja.

Aku memasuki pagar rendah itu. Aku melangkah mendekati pintu sebelum ia terbuka dengan sendirinya.

Kata bonda, pintu akan terbuka dengan sendiri pabila pemiliknya berdiri di atas mozek berkilau itu.

Aku meliarkan pandangan ke sekeliling. Luar sahaja kelihatan kecil, namun didalamnya seperti istana!

Malahan dipenuhi dengan alatan cantik bewarna ungu emas.

Baru aku perasan, pertama kali aku menjejakkan kaki disini aku hanya melihat beberapa warna sahaja iaitu, hitam, putih, ungu dan emas. Tiada warna lain.

Adakah ini boleh dikategorikan sebagai jati diri mereka?

Aku menghiraukan sebentar perihal tadi, aku menaiki tangga kaca yang berbentuk separa bulat.

Pemandangan dalam rumah ini semakin cantik ketika aku berada di atas.

Aku tersenyum teruja.

Aku sampai di tingkat atas, aku melihat sebuah lorong yang dihamparkan dengan karpet emas.

Terdapat banyak bilik. Mana satu yang aku mahu masuk dahulu?

Aku mulai perasan akan kehadiran objek yang tergantung di setiap pintu.

Pintu pertama.

Gambar bonda dan ayahanda tergantung aku tatap. Nama yang terukir di bawah gambar itu aku baca.

Permaisuri Darissa Carriyn Xeria
Raja William Fellixe Anthony

Kamar bonda dan ayahanda. Aku lihat pintu dikamar sebelah pula.

Gambar Jaide juga tergantung.

Putera Jaide Fellixe Anthony

Tak silap lagi, pemilik bagi kamar kamar disini sudah ditanda.

Aku meliarkan pandangan mataku. Manalah tahu jika kamarku juga wujud?

Aku melihat di sebelah kamar Jaide tadi.

Puteri Melissa Fellixe Anthony

Gambar aku yang sedang tersenyum manis berlatar belakangkan ribuan bunga aku tatap.

Bagaimana mereka boleh dapat gambar ini? Tidak silap, ini adalah gambar yang aku ambil ketika aku pergi ke sebuah kawasan terpencil. Dan aku bersendirian.

Aku berfikir sejenak.

Ting!

Lupa ke bahawa Jaide boleh teleport ke mana mana sahaja? Mungkin dia, tebakku.

Aku cuba mencari tombol pintu. Eh? Dimana ia? Aku terhendap hendap setiap inci permukaan pintu itu mencari tempat untuk buka.

"Kau cari apa?"

i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]Where stories live. Discover now