Special Chapter iii

1.5K 74 5
                                    


~part diorang luahkan perasaan tu kalau taknak baca pun tak apa. Aku tak pandailah nak buat suwet ni HAHA=






Sayap dikibas perlahan serentak kaki terapung dari jejaki tanah. Sepasang senyuman terhias di wajah kedua-dua pasangan yang sama cantik sama padan.

Mereka berdua terbang menyusuri daerah yang sentiasa makmur dan meriah. Tangan melambai ke arah kanak-kanak yang terperasan akan kehadiran mereka berdua.

Perlahan-lahan tangan Leron memegang tangan Melissa. Dia memasukkan jarinya ke celah-celah jari Melissa lalu digenggam erat.

Mereka berpandangan sesama sendiri seperti sedang menyampaikan perasaan masing-masing. Sampai di kawasan air terjun, Leron memutuskan genggaman tangan mereka lalu menjunam ke bawah.

Melissa mengibas sayapnya perlahan ingin mendarat bagi mengikuti Leron. Wajahnya sedikit hairan melihat perlakuan Leron.

"Uh, kanda?"

Leron menoleh ke arah Melissa. Dia tersengih kecil lalu menarik Melissa untuk melihat ke arah aliran sungai yang tidak pernah putus.

"Dinda." Melissa meneliti wajah Leron. Mata Leron dilihat lama sebelum meneroka ke arah lain semula.

Leron menepuk tangannya dua kali. Kening Melissa ternaik sebelah.

Bunyi desiran air kedengaran. Melissa melihat ke arah sungai itu semula. Matanya membulat tanda terkejut. Air yang mengalir tenang terapung lalu membentuk rupa.

Wajah seorang bayi terlihat sedang menggenggam satu jari orang dewasa. Air yang terbentuk itu lebur sebelum membentuk rupa yang seterusnya.

Gambaran seorang kanak-kanak perempuan yang sedang memegang ais krim serta seorang kanak-kanak lelaki sedang bersembunyi disebalik pokok. Perlahan-lahan muncul seorang lagi budak lelaki yang menghala ke arah kanak-kanak perempuan itu.

Belum sempat kanak-kanak lelaki itu menghampirinya, air sekali lagi lebur sebelum muncul biasan seorang remaja perempuan bersama remaja lelaki sedang memasak.

Melissa menoleh melihat Leron tidak percaya. Dia yakin dan pasti, gambaran itu adalah kisah diri mereka.

Wajah Leron hanya terlakar manis.
Senyuman kecil tersumbing dibibirnya sambil mata tidak lepas memerhati gambaran terbabit. Perlahan-lahan Melissa mula tersenyum.

Gambaran bertukar menjadi seorang gadis dewasa yang memakai sebuah gaun labuh. Warna air itu bertukar menjadi warna merah sebelum berubah bentuk kepada hati.

Melissa menoleh ke memandang Leron. Dalam masa yang sama, Leron juga sedang memandang kearahnya.

"Dinda, sudah lama kanda mahu menyatakan hal ini namun keadaan tidak pernah mengizinkan. Demi waktu sesingkat ini izinkanlah kanda untuk mengungkapkannya."

"Katakan sahaja kanda, pentingkah ia?"

"Semestinya." Leron menarik nafas dalam.

"Saya cintakan awak,"

Melissa menekup mulutnya.

"Saya cintakan awak sejak pertama kali saya melihat awak. Sejak pertama kali saya menjejakkan kaki saya ke bumi, saya sudah berikrar atas diri saya, saya akan korbankan nyawa saya semata-mata akan menjaga awak. Sejak pertama kali awak dilahirkan ke dunia ini, saya sudah jatuh suka kepada puteri sulung Raja William Fellixe iaitu kakanda ayahanda saya. Saya tak mampu untuk meluahkan apa yang saya rasa kerana selama ini saya tiada kudrat melainkan hanya berharap agar awak sentiasa dekat bersama saya. Dan syukur, saya dengan rela hati ingin menjaga awak dan Raja mengizinkannya. Pada hari kita berdua mengucapkan kata cinta pada hari penyatuan kita, saya sungguh bersyukur kerana awak juga mencintai saya. Melissa, saya cuma mahu awak tahu, yang cinta saya kepada awak tidak akan pernah berubah walau sebesar mana halangan yang mendatang. Kanda berharap dinda dapat merasai apa yang kanda rasakan." Leron mencapai tangan Melissa kemudian melekapkan didadanya.

Bunyi degupan jantung yang tidak teratur membuatkan Melissa merasa sebak. Matanya mula terasa panas kerana terharu. Melissa menundukkan pandangannya sebelum membalas tepat renungan Leron.

"Dinda juga mencintai kanda kerana kanda sentiasa berada bersama dinda tidak kira dikala susah mahupun senang. Pada mulanya dinda berkira bahawa ia adalah perasaan yang biasa kerana kanda banyak membantu dinda, namun ia berbeza dengan apa yang dinda fikirkan.

Jika kanda sedar, dinda juga mencintai kanda cuma, dinda masih tidak menyedari perasaan sebenar dinda.

Dinda mula menyedarinya ketika dinda bermimpi pada malam sebelum dinda menjejakkan kaki ke dunia ini dari dunia manusia. Dinda menyedari bahawa ini adalah takdir yang telah lama tertulis buat kita.

Dan ketika itu, akan ada satu cahaya yang bersinar akan menemani kita bersama tujuh kelopak bunga kemboja. Mel, Mel akan bersama kanda buat selama-lamanya." Melissa tersenyum manis kemudian menekup wajahnya menggunakan satu tangan.

Satu tangannya lagi masih digenggaman Leron terasa erat. Lerom ketawa kecil sebelum mendakap tubuh Melissa.

"Takdir yang tertulis." Leron melepaskan pelukannya. Dia mengibas sayapnya seraya menarik tubuh Melissa ke udara.

Leron menghampiri air terjun. Tangan dihalakan ke arah air yang menjunam jatuh sebelum direnjis kearah Melissa.

Melissa ketawa sehingga merah wajahnya menahan malu dan suka. Tiba-tiba, pandangannya kelam.

Tubuhnya mula longlai dan mula menjunam jatuh ke tanah. Leron dengan tangkas menyambut tubuh Melissa. "Air itu berjampikah?" Leron mula berasa gundah.

Dengan segera tubuh Melissa dibawa terus pulang ke gua diraja.

Tabib dipanggil segera. Tubuh Melissa dibaringkan diatas awan. Seluruh tubuhnya diperiksa dengan teliti mendatangkan gemuruh pada Leron.

Tabib itu tersenyum kecil. Dia menghampiri Leron sebelum menunduk hormat.

"Tuanku."

"Bagaimana dengan permaisuri beta?"

Tabib itu memanggil seorang tukang tilik. Tukang tilik itu menatang sedulang air lalu diletakkan dihadapan Leron.

Sebuah cahaya putih terpancar dari permukaan air. Sekuntum bunga kemboja yang berkelopak tujuh digenggam erat oleh seorang bayi yang berada dalam katil bayi.

Bayi itu berubah rupa menjadi kanak-kanak yang sedang menggunakan magis. Kanak-kanak itu meningkat menjadi remaja yang memegang pedang berwarna pelangi.

Bayangan itu menghilang sebelum sebiji mutiara krystal muncul dipermukaan air.

"Apakah maksud dari semua ini? Siapakah gerangan yang muncul itu tadi?"

"Patik baru sahaja memberi tuanku melihat masa hadapan yang singkat. Bayi, kanak-kanak dan juga remaja itu tadi adalah orang yang sama." Tukang tilik dan tabib itu berpandangan lalu tersenyum lebar.

"Tuanku permaisuri baik-baik sahaja. Patik ingin menyatakan bahawa Permaisuri Melissa hamil, tuanku."

"Kemungkinan gerangan yang dilihat oleh tuanku sebentar tadi adalah puteri tuanku yang bakal dilahirkan."

"Benarkah? Biarkan permaisuri melihatnya juga. Beta pasti, dia tidak apa-apa." Leron tersenyum bahagia.

"Menjunjung perintah tuanku." Tukang tilik itu mengambil sehelai daun lalu direndam ke dalam air tadi.
Kemudian daun itu diletakkan di kepala Melissa.

Beberapa detik kemudian, tersumbing senyuman kecil di bibir Melissa yang masih tidak sedarkan diri.

"Krystal.."


-Tamat-

Thank you for reading and voting my story! Love ya♡








~okay done! Sambungan ada dekat tajuk Tujuh puteri kerajaan Kemboja. Melissa jadi cameo je kut hehe

i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]Where stories live. Discover now