Pada keesokkan harinya, ruangan istana itu dipenuhi dengan dayang-dayang yang sibuk mendekorasikan kawasan istana.Sejak awal pagi mereka mula menghias. Ini kerana majlis sambutan hari lahir Melissa akan disambut pada jam 10 pagi.
Di luar perkarangan istana, sederet khemah tertutup dibina untuk menjadi kawasan persalinan bagi rakyat jelata untuk menghadiri majlis itu.
Beratus orang pengawal tidak terkecuali untuk mengawasi keselamatan mereka.
Melissa duduk di sebuah kerusi. Kelihatan beberapa orang dayang sedang sibuk merias dirinya. Dirinya dipaksa untuk berendam selama 2 jam untuk melembutkan kulit.
Tapi dia tahu ada sebab lainnya, mereka hanya mahu tubuhnya sedikit segar akibat peristiwa awal pagi tadi. Dia sedar kejadian itu tapi dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa.
Tubuhnya serasa dikawal.
Selepas itu, rambutnya didandan elok. Kukunya dihias cantik. Dan sekarang, wajahnya pula diconteng.
Setengah jam lagi sebelum majlis hari lahirnya berlangsung. Baju dihulurkan padanya. Melissa hanya menyambut lalu tersenyum nipis.
Dia bangun lalu bergerak ke bilik persalinan. Dia menukar bajunya dengan berhati-hati.
Keluar sahaja dari bilik itu, dirinya digerumuni oleh dayang-dayang tadi.
Bajunya diperbetulkan, zip ditarik. Seorang lagi dayang meletakkan sebuah tiara di atas kepalanya.
Mereka menjauhi Melissa. Masing-masing menunjukkan riak tercengang.
"Tuan puteri sungguh cantik! Sampai mahu mengangis patik."
"Benarkah?"
"Benar tuan puteri, jika patik mempunyai wajah seperti tuan puteri, sudah pastinya patik akan memasuki pertandingan Anggun, tuan puteri." Dayang-dayang istana ketawa.
Melissa melihat ke bawah. Kemudian menarik sedikit kain itu.
Melissa berjalan menghampiri cermin. Cermin yang sebesar dinding itu membolehkan dia melihat tubuh badannya dengan jelas.
Matanya tidak lepas merenung pakaian yang digayakan olehnya. Sebuah gaun sutera kembang labuh berwarna ungu magenta tersarung cantik di tubuhnya.
Lidahnya kelu, tidak terkata. Tangan mengusap permukaan kain itu lembut. Air mata bertakung di tubir mata.
"Tuan puteri, tuan puteri harus turun sekarang. Majlis akan bermula sebentar lagi."
Melissa menoleh ke arah seorang dayang di bingkai pintu. Melissa menghadiahkan senyuman lalu menundukkan sedikit kepalanya tanda mengerti.
Kemudian, dia berangkat ke ruang dewan istana. Dayang-dayang yang tadinya mengekori langkah Melissa dari belakang.
Kakinya berhenti melangkah apabila memasuki ruang dewan tersebut. Jika sebelum ini dilihat keadaan dewan itu dipenuhi dengan alatan latihan, kini dipenuhi dengan bunga-bungaan. Reben, belon dan hiasan seperti bebola bercahaya yang terapung.
Melissa meliarkan pandangannya ke sekeliling. Dewan dipenuhi dengan rakyat jelata yang masing-masing bersembang sesama mereka. Kedengaran sedikit riuh dengan suara gelak tawa mereka. Melissa tersenyum nipis.
Tiba-tiba matanya terpaku ke arah Jaide. Jaide hanya tersenyum sinis. Tahu apa yang ada difikiran adiknya apabila pandangan gadis itu meliar disekeliling.
Dia melangkah menghampiri Melissa. Tangan dihulur tanda mengajak. Melissa memandang wajah Jaide yang buat pertama kalinya tersenyum manis kepadanya.
Dia menyambut huluran Jaide sebelum tangannya ditarik perlahan untuk menuju ke meja kerabat.
"Perhatian rakyat kerajaan Amethyst! Puteri untuk hari ini dan juga puteri di hati kita iaitu Puteri Melissa Fellixe Anthony yang menawan berangkat ke meja diraja." Kedengaran lantang bicara ketua pengawal.
Rakyat jelata mula senyap. Mereka memberi ruang kepada Melissa dan Jaide untuk jalan.
Kelihatan senyuman manis dan teruja dari setiap rakyat. Melissa menunduk apabila telinganya menangkap beberapa pujian dari mulut mereka yang berbisik.
Sampai sahaja di hadapan dewan, kedengaran suara Raja lantang memberikan ucapan.
"Beta mengarahkan kamu semua untuk duduk." Mereka menunduk hormat. Secara tiba-tiba, beribu-ribu bangku emas timbul dari permukaan lantai dewan. Mereka duduk tanpa bicara.
"Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat kerajaan Amethyst kerana datang untuk memeriahkan lagi majlis hari lahir puteri kesayangan beta, Melissa Fellixe Anthony." Keadaan sunyi seketika apabila Raja Fellixe menjeda bicaranya.
"Malah, seperti yang beta sudah khabarkan sehari sebelum, Melissa merupakan pewaris beta dan bakal mengambil alih kerajaan ini ketika matahari dipuncak langit."
"Beta mahu kamu semua bersedia dari sebarang kemungkinan. Sekarang, kita akan menyambut hari lahir puteri beta dahulu."
Mata mereka terarah kepada Melissa. Melissa mengambil tempat ditengah-tengah. Pelbagai persembahan menjadi tontonan mereka. Ramai rakyat yang datang menyambut hari lahirnya. Malah dia menerima ucapan hari lahir yang cukup indah didengar.
Mata Melissa sedikit berkaca. Sepanjang hidupnya, tidak pernah lagi dia menyambut majlis sebegini. Jika sebelum ini, hanya dia, Leron dan sambutan antara mereka sahaja.
Melissa berbual-bual bersama kerabat. Sesekali kelihatan mereka ketawa.
Tiba-tiba keadaan menjadi malap. Rakyat jelata terjerit ketakutan apabila aura kegelapan memenuhi dewan itu.
Seketika kedengaran tepukan dari arah pintu masuk. Mata mereka terarah pada seorang wanita yang tersenyum manis disitu.
YOU ARE READING
i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]
Fantasy[First Fantasy Short Story] "Your colour is.. Blue!" Pada mulanya, Melissa menyangka dirinya hanyalah seorang gadis biasa yang kehilangan ibu bapa atas kesilapan yang tidak diduga. Dia menganggap semua itu ilusi namun apabila dia mencelikkan matanya...