Melissa 15

1.8K 87 3
                                    

Melissa dikendong oleh Leron. Telinga Melissa menangkap bunyi-bunyi sekelilingnya dengan teliti memandangkan matanya tertutup rapat.

"Sudah Jaide, aku rasa dia sudah mati!" Bunyi dengusan kasar dihembus Jaide.

"Aku tidak peduli jika kau ibu saudaraku atau bukan! Sungguh kau sudah melampaui batas!" Jaide melihat sahaja tubuh yang sudah kaku itu.

Dengan langkah laju dia menghampiri tubuh lesu Melissa. Diusap kepala Melissa sebelum dia menggunakan teleportasi.

Dalam sekelip mata, mereka sudah berada di pintu gua. Langkah kaki mereka menghampiri seorang tabib perubatan. Tubuh Melissa dibaringkan di atas kapas terapung.

Bibir tabib itu menggumam perlahan. Dia meletakkan sejenis daun bewarna putih diatas dada Melissa. Daun itu bercahaya biru.

Melihat anggukan dari tabib itu membuatkan mereka bernafas lega. Tabib itu mencapai semangkuk air. Dibaca sejenis mantera sebelum direnjis ke atas tubuh Melissa.

Dengan perlahan, Melissa membuka kelopak matanya. Dilihat wajah Leron dan Jaide silih ganti.

"Apa yang kau rasakan sekarang Melissa?"

"Mel okay, cuma terasa sedikit penat."

"Baik, kita harus segera ke air terjun suci itu." Melissa mengangguk. Dia bangun dari pembaringannya sebelum berjalan mengikuti langkah mereka.

Dari jauh, kelihatan Raja dan Permaisuri bersama beberapa orang pengawal menunggu kehadiran mereka.

Permaisuri memeluk tubuh Melissa sebelum tangannya dipimpin oleh Raja menuju ke arah air terjun suci.

Kini, Melissa dan Raja Fellixe sama-sama berada di kanan gua. Mereka berhadapan dengan air terjun suci yang menyimpan pelbagai sakti.

Tabib yang sedia menunggu itu memulakan upacara ketika itu juga.

Tiada masa lagi untuk menunggu.

"Lihatlah keajaiban." Tabib itu merujuk kepada air terjun itu. Pada mulanya dia hanya memuntahkan air bewarna ungu, kini warnanya mula berubah kepada biru.

"Itu permatanya." Biasan Permata Tanzanite menjadi tatapan mata.

"Patik akan mulakannya sekarang." Raja hanya mengangguk. Aku dah Raja duduk secara berhadapan. Tangan masing-masing bergenggaman erat.

"Kuasa dimiliki datang dari jiwa, jiwa murni seorang yang istimewa, kau hanya dimiliki oleh jiwa yang murni, yang layak memiliki. Kini kau hadir lagi, ingin bertukar milik, milik yang tidak lain dan tidak bukan, anakandanya sendiri. Dahulu amber, dahulu ruby, dahulu zamrud, dahulu amethyst. Kini kau hadir menjadi Tanzanite. Tuanmu sudah menanti, tukarkan pemilikanmu saat ini."

Cahaya emas mula terpancar dari tubuh mereka. Air terjun suci itu pun mula berhenti mengalirkan air. Sejenis cahaya biru timbul dari permukaan air.

Cahaya itu mula terpancar ke arah Melissa. Melissa memejamkan matanya rapat. Terasa sesuatu yang dingin mula meresap ke dalam tubuhnya.

Tubuh Raja pula bercahaya ungu. Namun tidak sekuat cahaya yang dipancarkan dari tubuh Melissa.

i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]Where stories live. Discover now