Aku berdiri di persisiran sungai. Mata redup memandang aliran sungai yang tidak pernah kering itu. Tenang. Itu yang aku rasakan.Hari ini aku nekad, aku akan cuba untuk mengetahui asal usul diriku.
Leron setia berada di belakangku. Namun agak jauh sedikit agar tidak menggangguku.
Selepas memberitahunya perkara yang telah terjadi, dia berjanji akan membantuku.
Aku mengangkat wajah. Perasan akan kelibat diseberang. Lelaki yang mengaku abang kepadaku merenungku tidak lepas.
"Tolong beritahu saya perkara sebenar."
Aku cuba untuk berinteraksi.
Dia mengecilkan matanya sebelum menghilangkan diri. Masih kelihatan lagi kepulan asap bewarna hitam di tempatnya berdiri tadi.
Secara tiba tiba dia sudah berada di sebelahku. Masih merenungku.
Leron yang berada dibelakang terkejut lalu mampir kearah kami.
"K-- kau ni abangnya Mel ke?"
Jaide memandang Leron sekilas sebelum mengangguk. Jaide dapat merasakan aura didalam tubuh Leron.
"Aku Leron. Leron Rawieon. Adik kau selama ini tinggal dengan aku."
"Jaide. Aku tahu."
Tiba tiba sahaja bayangan hitam yang pernah menghantuiku sebelum ini muncul. Aku yang ketakutan terjerit kecil.
Fobia. Itu yang aku rasakan.
"Jangan takut." Aku terkebil memandang Jaide.
"Dia pelindung kau."
Aku masih menayangkan riak tidak mengerti.
"Jika kau mahu tahu, orang tua yang menjaga kau sebelum ini adalah musuh kau sebenarnya."
Aku terpempan. Wajahku berkerut. Musuh? Tapi..
"Mereka menculik kau sewaktu kau masih bayi. Waktu itu tengah malam. Walaupun kaum kita tidak tidur, mereka tetap dapat menculik kau disebabkan mantera yang digunakan oleh mereka.
Mereka berbuat demikian kerana mereka tidak mahu kaum kita semakin berkembang. Mujur sahaja waktu itu aku sudah mampu untuk mengesan bahaya. Jadi aku sempat membina perlindungan."
Jaide merujuk kepada perlindungannya. Bayangan hitam itu beralun lembut seperti kapas yang diterbangkan angin.
"Lagi lagi apabila mereka mengetahui bahawa engkau adalah pewaris terkuat untuk kaum kita." Aku memandang dalam wajah Jaide. Maksudnya?
"Engkau adalah keturunan ke -100 generasi Amethyst. Dan, satu satunya keturunan pertama berjantina perempuan. Mungkin kau.."
"Mungkin?" Aku menyoal apabila dia menggantungkan ayatnya.
"Lupakan. Kau mahu berjumpa dengan keluarga sebenar kau?"
"Boleh?"
Satu cahaya malap bewarna Ungu gelap berpusing-pusing mengelilingi kami berdua.
Aku memandang Leron. Takkan mahu meninggalkan dia seorang disini?
Tanpa aku sempat bersuara, Leron memasuki bulatan cahaya itu. Dia hanya tersenyum ke arahku. Jaide pula hanya diam.
Pusingan dari cahaya yang dihasilkan menjadi semakin laju. Lama kelamaan kaki aku terasa terangkat. Badan mula terasa ringan. Kami terapung!
Sekelip mata sahaja cahaya tadi menghilang. Kaki juga sudah berinjak ke tanah semula.
Kini kami berada di kawasan padang rumput. Kedua kalinya aku berpijak kesini.
YOU ARE READING
i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]
Fantasía[First Fantasy Short Story] "Your colour is.. Blue!" Pada mulanya, Melissa menyangka dirinya hanyalah seorang gadis biasa yang kehilangan ibu bapa atas kesilapan yang tidak diduga. Dia menganggap semua itu ilusi namun apabila dia mencelikkan matanya...