Melissa 11

1.6K 99 0
                                    

Kelibat Melissa yang keluar dari kamarnya pada jam 3 pagi  dipandang pelik oleh Leron.

Jika dua malam sebelumnya, Melissa tidak pernah keluar dari kamarnya. Lagi-lagi pada waktu begini. Jika dia mahukan apa-apa, sudah pastinya dia akan minta pada dayang istana.

Leron mengikuti sahaja langkah Melissa. Melihat Melissa yang tidak peduli akan panggilannya membuatkan dia terasa hairan.

Melissa hanya menonong pergi. Tanpa menoleh sedikit pun. Leron ada buat salah ke?

Leron mengikuti sahaja langkah Melissa dalam kadar senyap. Mahu melihat apa yang sebenarnya arah tuju Melissa.

Mata Leron membulat apabila kelibat pengawal istana terbaring di lantai. Melihat keberadaan Melissa yang tidak jauh darinya, membuatkan langkahnya terarah pada pengawal istana.

Ditepuk pipi mereka berulang kali, namun tiada reaksi. Mendengar dengkuran dari pengawal disebelah membuatkan Leron mengerti. Sihir tidur!

Tapi siapa?

Kelibat Melissa semakin jauh. Dengan kadar segera dia menelepati Jaide. Kebetulan pula Jaide tersedar pada ketika itu. Dahi Jaide berkerut kerana tiba-tiba rasa tidak sedap hati.

Kebetulan pula Leron memanggilnya dan memberitahu apa yang terjadi. Dengan sekelip mata dia muncul di belakang Leron selepas menggunakan teleportasi.

Pantas Jaide menyuruh Leron menahan Melissa. Leron mengangguk faham lalu berlari ke arah Melissa.

"Mel!"

"Melissa!"

Sama seperti tadi, tiada respon darinya.

Tangannya pantas menarik Melissa yang hampir menuruni tangga. Dipusing tubuh badannya. Melissa hanya beriak kosong.

Sesekali Leron menggoncangkan tubuhnya namun masih tiada reaksi. Pantas dicempung tubuh Melissa terus ke kamarnya.

Jaide memandang ke arah pengawal istana yang tertidur itu. Dipejam mata serapat yang boleh. Seketika hidungnya menangkap sejenis bau bunga.

Bau ini adalah sejenis ubat yang digunakan untuk mengubati penyakit insomnia.

Matanya tercelik pantas. Bunyi tawaan memenuhi ruang itu. Seketika matanya terpaku di sebuah jendela berhampiran tangga itu tadi.

 Seketika matanya terpaku di sebuah jendela berhampiran tangga itu tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

°°

"Mel!"

"Mel!"

Pipi Melissa ditepuk perlahan secara berulang kali. Masih sama. Walaupun sesekali Melissa memandang Leron bersama wajah kosongnya. Kemudian kembali termenung.

Bunyi kuakan pintu kedengaran. Jaide melangkah masuk bersama secawan air jernih. Bibirnya membisikkan sesuatu lalu dihembus perlahan.

Seketika air itu keluar dari cawan dan mula terapung.

Beralun lembut air itu diudara sebelum berkecai menjadi kabus. Leron hanya memandang sekilas lalu terusan mencuba mengejutkan Melissa.

Jaide berjaya memagar kamar Melissa. Debu hitam yang di kesan melalui pantulan di kabusnya semakin kabur.

"Ia sihir yang sama." Kata Jaide berintonasi keras. Wajahnya merah padam.

"Seperti 17 tahun lepas, semasa Melissa diculik?" Jaide duduk merenung tepat kearah wajah adiknya yang kelihatan dungu.

"Aku tertanya, Melissa lupa atau sengaja tidak memakai pelindung itu?"

"Kau ini, sudah terang lagi bersuluh dia masih fobia dengan dia."

"Habis selama dua hari ini, bagaimana dia terselamat?"

"Aku sudah pasang pagar di biliknya tanpa pengetahuan dia."

"Habis, macam mana hari ini terlepas? Kau lupa?"

"Tidak sama sekali, macam kau tak sedar, kuasa 'mereka' lebih kuat dari aku."

"Mereka merancang sesuatu."

"Mungkin kerana esok hari dimana Melissa akan menerima kuasanya."

"Bukan itu sahaja, mereka mahu menjadikan Melissa sebagai boneka mereka." Urat tegang muncul di leher Jaide.

Teringat wajah 'mereka' yang berani memunculkan diri dihadapannya. Jika bukan kerana Melissa, sudah lama dia keluar dan berhadapan dengan mereka.

i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]Where stories live. Discover now