Melissa 1

4.6K 182 0
                                    

Aku berlari dengan laju menaiki bukit yang curam. Semakin lama semakin tinggi. Aku masih teruskan larianku sehingga kehabisan tenaga.

Pendek nafasku termengah-mengah menyedut udara. Aku pandang kiri dan kanan.

Belakang.

Tidak aku takkan toleh ke belakang!

Terasa seperti ada yang memerhati dari situ!

Aku akan teruskan larian. Aku menarik nafas panjang sebelum memulakan langkah.

Aku mahu keluar dari tempat ini.
Dimanakah jalan keluar? Tidak!

Bagaimana aku boleh berada disini? Mengapa? Tolonglah. Sesiapa bantu aku keluar dari sini.

Aku masih berlari sehinggakan kakiku terkehel di bahagian tanah berbatu. Aku terduduk lemah.

"Aduh!" Aku menyentuh kakiku yang terasa perit.

Menitik air mataku. Aku nak keluar dari sini. Tolonglah sesiapa bantulah aku! Aku takut.

Psst.

'Siapa tu?!' Bisikan itu kedengaran di belakangku. Bulu roma mulai tegak berdiri. Tak aku tak akan sesekali toleh ke arah belakang.

Sudahlah gelap. Persekitaran pula ditumbuhi oleh pokok pokok liar yang menyeramkan.

Semakin menggogoi aku menangis ketakutan. Seketika keadaan yang bising dengan bunyi cengkerik itu tadi tiba-tiba sunyi.

Bunyi tersedu-sedan melatari kawasan hutan tika ini. Mataku meliar kiri dan kanan tanpa menggerakkan kepala.

Tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang memegang bahu kiriku. Mata aku terpaku ke arah sesuatu yang memegang bahuku. Tangan.

Tangisanku pecah kembali. Aku membatu tanpa bergerak. Tangan itu aku tepis lalu menekup kedua belah telingaku.

"Hik hik.. Tolonglah jangan ganggu saya. Saya tak kacau awak, tolonglah hantar saya pulang!" Menjerit aku kuat tanpa memandang kearahnya.

"M-- Melissa, "

Suara itu kedengaran perlahan sekali.

"M-- Melissa, "

"Saya kata sudah! Jangan kacau saya, pergi!"

"Melissa!" Suara seseorang bergema kuat di gegendang telingaku. Tiada lagi bisikan.

"Hey, kenapa ni Mel? Awak okay tak ni?"

Suara itu.

Aku membuka mataku perlahan. Persekitaran yang menyeramkan tadi kini telah menjadi sebuah bilik tidur yang indah bewarna turquoise.

Aku melihat Leron yang berada di sisi katilku. Wajahnya menunjukkan riak risau. Dahinya berkerut.

"Leron! Tolong saya Leron. Dia kacau saya lagi. Hik hik.."

"Hey shh, bawa bertenang Mel. Okay ceritakan dekat saya, kali ini apa pula yang terjadi?"

Aku mula menceritakan kepadanya. Sesekali dia mengangguk perlahan sambil mengusap belakangku lembut.

"Okay, saya faham. Bawa bertenang okay? Saya ada."

"O-okay janji jangan tinggalkan saya." Suaraku sedikit bergetar.

"Iya saya janji." Leron mrnghadiahkan senyuman manis kepadaku.

Beberapa hari kemudian.

Aku berjalan melalui lorong sempit antara bangunan lama. Perlahan sahaja aku melangkah.

"Jangan dekat dengan dia nak, malapetaka engkau dapat nanti!"

"Budak ni lah yang menyebabkan keluarga si Zahid tu mati kan?! Entah mana lah mereka kutip budak ni!"

"Bawa sial, pergi matilah engkau sana, jangan dekat dengan keluarga aku!"

Aku hanya mengangkat kepala tanpa membuka hoodie di kepala sambil melihat mereka dengan wajah kosong.

Mereka bergegas pergi sambil menayangkan muka jijik kearah aku.

Itulah kata kata yang akan aku selalu dengar ketika melalui hadapan jalan besar di bandar Umwooth ini.

Nak mengelak? Bagaimana? Di kawasan ini sukar mencari lorong lorong gelap kecuali ditengah bandar.

Dengan terpaksalah aku melalui jalan utama bandar ini untuk menuju ke lorong tersebut.

Disebabkan itulah aku terpaksa mendengar kata kata memeritkan dari penduduk disini.

Aku teruskan melangkah agar dapat mengusir segala rasa perit akibat dituduh sedemikian rupa.

Dituduh ke?

Mungkin memang salah aku. Aku penyebab mereka mati!

Kalau tidak kerana perkara pelik yang melekat pada aku, mungkin semua ini tidak akan terjadi!

Tidak tahan dengan semua ini,

Air mataku merembes keluar dengan laju. Tidak, aku tidak pernah memahukan benda tersebut di dalam diri ini . Kenapa aku?

"Bukan salah kau."

Tersentak tubuhku apabila mendengar suara garau itu. Mataku bertaut dengan seorang lelaki yang memakai hoodie sama seperti aku.

Dia hanya menayangkan riak kosong dan matanya tajam memanah ke arahku.

Siapa dia?



Hai! Mulakan bacaan dengan vote. Thanks!

i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]Where stories live. Discover now