"Awak juga mampu bertelepati?" Pertanyaan Melissa membuatkan lidahku kelu.Ah! Bodoh sungguh dirimu ini duhai Leron! Gunakanlah otakmu yang cerdik itu Leron!
"Ti- tidak, maksud saya mungkin awak ada berniat mahu bertelepati bersama saya sekali. Mungkin sebab itulah saya juga boleh bertelepati bersama awak." Ya, itu jawapan yang tepat. Handal kamu Leron!
"Mungkin.."
"Tapi seingat saya, saya hanya berniat untuk menelepati Jaide sahaja tadi.."
"Ah mari kita berangkat ke pelajaran yang kedua pula. Mari Mel ikut saya."
Aku menarik tangan Mel terus ke bahagian Telekinesis. Bahagian ini memerlukan daya ketahanan mental yang tinggi dimana seseorang itu harus menggunakan mindanya untuk menggerakkan objek tanpa disentuh.
Kuasa ini juga mampu digunakan untuk mengawal persekitaran seperti air, api, tanah dan angin. Seperti seorang lagenda terdahulu, Aang. Dan kini cucunya, Kora.
Namun gadis itu menghilangkan diri sejak beribu tahun lalu selepas gagal mengawal elemen api yang semakin tidak terkawal di dalam dirinya.
Untuk menyelamatkan nyawa penduduk, dia terpaksa melarikan diri ke kawasan terpencil dan jauh dari manusia.
Tujuannya hanya satu, menguasai keempat elemen dan dapat mengawalnya dengan mudah.
Ada buah mulut mengatakan bahawa Kora mengikut jejak langkah atuknya, Aang dengan membuat bulatan api dan tinggal didalamnya selama ini.
Namun sehingga kini, cerita itu hanyalah menjadi dongeng semata-mata akibat tiada seorang pun yang berjaya menjumpai bulatan api itu.
Ah, aku harus menceritakan perihal ini kepada Melissa kemudian. Pasti dia akan tertarik.
Aku mengambil satu botol kaca lalu meletakkan diatas batu. Aku menghadiahkan Melissa senyuman lalu mempersilakan Jaide untuk membuat demo.
Jaide berjalan tenang lalu mengambil tempat. Dia berdiri di atas batu bertentangan. Wajahnya mulai serius memandang botol kaca itu.
Melissa hanya memerhati dengan sabar.
Tidak sampai sesaat, botol kaca itu pecah berderai bagai ditembak peluru.
Terhenjut bahu Melissa perlahan. Melissa memandang Jaide tidak percaya. Aku tersenyum kecil.
Jaide hanya mengibas tangannya seperti dipenuhi habuk sahaja. Jaide menyengetkan kepala mengisyaratkan supaya aku meletakkan objek seterusnya. Tin.
Aku melihat Melissa yang sedang fokus bersama kerutan didahinya.
Aku melihat mata Jaide yang bergerak diikuti tin itu tadi sebelum tin itu kemek.
Dalam keadaan yang masih terapung tin itu mendekati Melissa. Meliss yang sedikit terkejut gelabah melarikan diri.
Aku ketawa kuat.
"Leron!"
Aku memandang Leron tidak percaya. Sampai hatinya mengertawakan aku? Geramnya!
Tin yang menghampiri aku cuba tepis. Namun tin itu seperti pandai mengelakkan diri.
"Sudahlah! Tidak perlu mengusik Mel lagi! Mel benci." Aku mendengus.
Tiba-tiba tin itu jatuh sebelum hilang dalam sekelip mata.
Aku menggosokkan mataku. Aku tersalah lihatkah?
"Sekarang, kau pula."
Jaide memandang aku. Aku memandang Jaide lalu Leron.
Aku menudingkan jari ke arahku. Lalu melihat anggukan dari mereka memaksaku mengambil tempat.
Leron meletakkan botol kaca dihadapanku.
Aku memandang mereka sekilas sebelum memandang botol kaca itu dengan renungan tajam.
Seminit berlalu namun tiada tanda-tanda botol kaca itu akan berderai.
"Abang yakin kita tidak perlu menggunakan kata ajaib?" Aku menayangkan wajah mengalah.
Gelengan dari Jaide juga dari Leron.
Aku pasrah. Aku tatap botol kaca itu. Namun sama, tiada perubahan.
Leron tersenyum nipis lalu mampir kearahku. Dia mula membuka cerita perihal seorang lagenda terdahulu. Dia juga menceritakan bagaimana caranya lagenda itu melakukan Telekinesis.
Katanya Telekinesis ini memerlukan tiga elemen dalam diri. Kemahuan, ketahuan dan ketenangan. Tidak perlu memaksa diri. Memang tidak akan menjadi.
Cuba tanam dalam diri untuk bersabar dan bersemangat untuk belajar, maka pelajaran pun akan jadi lebih mudah.
Malah, terdapat rahsia disebalik kuasa ini. Seperti botol kaca, dalamnya terdapat udara. Melalui elemen Udara yang terdapat dalam diri Jaide memudahkannya untuk memecahkan botol kaca itu melalui tekanan yang diberikan.
Namun kuasa elemen Udara hanyalah 25% sahaja dalam dirinya. Yang paling utama adalah Air iaitu sebanyak 50%, elemen Tanah sebanyak 17% dan Api, 7% malah 1% lagi adalah kuasa yang masih tersembunyi.
Aku mengangguk faham. Jadi, kuasa elemen yang terdapat dalam diri Jaide adalah Air. Patutlah tenang sahaja orangnya walaupun agak beku. Pasti dia miliki kuasa Ais sekali. Aku tertawa perlahan.
"Aku dengar itu." Gulp!
YOU ARE READING
i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]
Fantasy[First Fantasy Short Story] "Your colour is.. Blue!" Pada mulanya, Melissa menyangka dirinya hanyalah seorang gadis biasa yang kehilangan ibu bapa atas kesilapan yang tidak diduga. Dia menganggap semua itu ilusi namun apabila dia mencelikkan matanya...