Special Chapter ii

1.4K 71 3
                                    


Seminggu kemudian,

Lapan orang dayang istana memasuki kamar Melissa sambil membawa baju pengantin yang panjang berjela bersama batu permata yang memenuhi permukaan kain itu.

Gaun itu disarung ke tubuh Melissa sambil dibantu oleh dua orang dayang yang membantu dari sisi gaun. Manakala dayang yang selebihnya masih setia memegang hujung kain dari menjejak ke lantai.

 Manakala dayang yang selebihnya masih setia memegang hujung kain dari menjejak ke lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~Bayangkan kain dia panjang lagi dari ni. + batu permata dekat kain yang berjela tu( mula dari kaki Mel tu ha)


Melissa tersenyum puas melihat dirinya yang kelihatan sempurna di hadapan cermin. Hasil solekan yang tidak terlalu tebal dan nipis menaikkan lagi serinya sebagai pengantin baru.

Tiara miliknya bercahaya apabila kelibat Baginda Raja dan permaisuri dari kesemua abad kerajaan memasuki ruang kamarnya.

Dia membongkokkan sedikit badannya tanda hormat. Lebar senyumannya menghiasi bibir.

"Jelita sungguh rupawan permaisuri Tanzanite ayahanda. Kamu sudah bersedia?"

Melissa mengangguk teruja. Tangan ayahandanya dicapai. Dia sedikit terpinga-pinga apabila Raja William mengangkat sebelah tangannya.

"Kakandamu akan memimpin kamu ke gereja. Ayahanda bersama nenda-nenda kamu akan menyusul dahulu."

Mereka melambai kecil sebelum hilang setelah Raja Quezue memetik jarinya. Debu-debu mula memenuhi tempat baginda tadi.

Hilang sahaja kelibat mereka bersama debu-debu bewarna merah mawar, kelibat Jaide muncul. Jaide kaku tidak bergerak.

Melissa menunduk malu apabila melihat Jaide merenungnya lama bersama riak tidak percaya. Jaide berdehem kecil kemudian menghampiri Melissa bersama senyuman kacak.

"Adindaku si Permaisuri Tanzanite, Melissa Nattalie Xerviesa." Jaide membongkokkan badannya. Dia mengambil tempat disebelah Melissa.

Jaide memegang pinggangnya. Melissa ketawa kecil lalu memegang lengan Jaide. Jaide memetik jarinya. Kain yang dipegang oleh dayang-dayang tadi mula terapung.

Sebuah awan terapung muncul di hadapan mereka. Kaki mengatur langkah menaiki awan lembut itu. Mereka berdua terapung menuju terus ke gereja dalam kadar sederhana.

Melissa sesekali mengerling wajah Jaide yang kelihatan senang. Melissa menunduk sambil tersenyum kecil.

"Aku minta maaf." Terangkat kening Melissa.

"Mengapa? Apa kesalahan yang telah kakanda lakukan?"

"Aku tidak ada bersama kau sepanjang kau di alam manusia. Aku sebagai putera sulung harus bersama Raja dan Permaisuri dalam melindungi mereka. Dan kau, terpaksa tinggal bersama ahli sihir itu pula. Mujur Leron ingin membantu dengan menyamar sebagai manusia yang membantu kau. Dan hari ini, kau berdua akan bernikah. Aku sudah tidak risau lagi. Dengan keberadaan Leron di sisi serta kau sendiri sebagai Permaisuri Tanzanite. Ia membuatkan aku senang." Mata Melissa berasa panas. Dia mengemam bibirnya mahu menahan sebak.

Kemudian dia tersenyum manis.

"Kakanda tidak perlu meminta maaf. Jika bukan kerana kakanda, Mel tidak berpeluang untuk mengetahui siapa diri Mel yang sebenarnya. Dan Mel harus mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah berada di sisi Mel sepanjang masa di alam manusia." Jaide merenung wajah Melissa lama. Melissa tersengih.

"Mel perasan keberadaan kakanda sudah lama, cuma Mel menganggap itu imaginasi Mel sahaja. Mel selalu nampak kakanda setiap kali Mel ingin beradu. Mel selalu menyangka bahawa kakanda adalah satria Mel. Kakanda akan melindungi Mel dari roh jahat yang akan mengganggu Mel ketika Mel sedang beradu. Terima kasih." Melissa menunduk.

"Kakanda tidak perlu meminta maaf. Kerana langsung tiada kesilapan yang telah kakanda lakukan. Kakanda adalah segalanya buat kami. Buat Mel."

Jaide memegang pipi Melissa lembut. Dia mula tersenyum nipis.

"Aku akan sentiasa mengawasi kau dari jauh. Kerana aku, akan selalu menjaga dan menyayangi satu-satunya adindaku yang jelita. Melissa
Nattalie Xerviesa."

Jaide mengucup dahi Melissa lama. Melissa tersenyum bahagia.









---

~okay dok idea fresh ni HAHAHAHAHA okay tinggal satu chapter je lagi then! The End hm yeay!!! Next!! 500reads pulakk!! Kay joke je.

Next;300readers

i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]Where stories live. Discover now