Pintu bilik Delima diketuk perlahan. Aku mencari semula nafasku setelah mengah mencari kedudukan bilik ini.
Setelah berpusing 2 kali di ruang yang sama, akhirnya aku dibantu oleh dayang istana yang kebetulan melalui kawasan itu.
Padahal bilik itu hanya berada di tingkat dua. Aku sahaja yang tidak perasan. Pipiku ditepuk berulang kali. Mimpikah aku? Buat malu saja.
"Dipersilakan masuk!"
Aku bersedia untuk melangkah masuk namun pintu masih tertutup rapat. Aku termangu seketika sebelum menepuk dahi.
Perkataan magis itu aku sebut sekali. Kelibat 2 orang manusia yang berdiri tegak memandangku setelah pintu terbuka.
Aku menelan air liur kesat lalu melangkah masuk. Mendarat sahaja kaki kananku kedalam, pintu yang terbuka itu tertutup dengan sendirinya.
Bahuku terhincut apabila mendengar pekikan suara Jaide yang nyaring menghiasi ruang bilik yang besar ini.
"Mempersilakan adindaku Melinda Felixe Anthony duduk menghadap kandanya Jaide Felixe Anthony sebagai tanda permulaan latihan pertahanan diri yang kali pertama dikemukakan."
Aku yang tidak tahu apa-apa berasa takut dan resah. Dari lantai kayu itu munculnya asap ungu pekat tebal sebelum hilang. Alat-alatan seperti di gym mulai kelihatan.
Beribu botol kaca, kotak-kotak dan bermacam objek kecil dan sederhana di suatu sudut.
Lampu yang malap tadi kian terang. 10 orang pengawal mula memunculkan diri melalui tali dari bahagian dinding.
Bilik yang besar ini kini dipenuhi dengan barangan extreme.
Mulutku melopong luas.
Seketika aku berdehem perlahan setelah perasan akan pandangan Jaide padaku.
Pandanganku dialihkan dari memandang wajah Jaide. Sukar untuk aku tafsirkan apa yang berada di fikirannya tika ini.
Aku jeling sekeliling bilik itu. Aku menggigit hujung bibirku sedikit. Aku membetulkan nafas agar bertenang.
Aku mengangkat wajah. Wajah Jaide aku pandang. Matanya tajam memandangku. Aku menunduk semula.
Aku berdehem sedikit.
"A-ada apa abang panggil Mel ini?"
Leron tersengih disebelah aku lihat sekilas. Tidak takutkah dia? Seperti sudah terbiasa sahaja.
Keningku berkerut sedikit.
Senyuman tipisnya terukir. Jaide mengangkat tangan menunjuk sekeliling.
"Hari ini aku akan mengajar kau sesuatu yang penting. Masih belum terlambat untuk kau pelajari perihal ini.
Aku akan mengajar kau bagaimana mahu mengawal dan menggunakan kuasa yang kau miliki."
Jarinya dipetik. Bilik itu bertukar menjadi padang hijau luas yang dikelilingi oleh hutan tebal. Malah alat-alatan itu tadi masih ada ditempat asalnya. Hanya persekitaran sahaja yang berubah.
"Sekarang aku mahu kau gunakan telepati. Cuba berkomunikasi dengan aku."
"T-tapi! Mel tidak tahu bagaimana!"
"Sebab itu aku ingin mengajar kau."
Aku menundukkan wajah. Kepala diangguk sedikit.
"Sekarang untuk permulaan, cuba kau sematkan suatu perkara dihati kau. Kau bayangkan wajah aku sambil menyebut namaku difikiran kau."
Aku cuba seperti yang disuruh. Baiklah.
"Cuba kau berkomunikasi dengan aku."
Aku menutup mata. Wajah Jaide terlakar diminda. Aku memilih untuk menyatakan bahawa aku merupakan sebahagian dari mereka. Aku tidak tahu mengapa, aku hanya mengikut kata hatiku. Jaide.
Aku membuka kelopak mata.
"Aku adikmu, Melissa Fellixe Anthony. Puteri kepada Permaisuri dan Raja kerajaan Amethyst."
"Aku tahu itu."
Aku melopong.
"Sa- saya cakap melalui telepati kah tadi?"
"Ya."
"Dengan sekali percubaan, awak sudah berjaya Mel! Lihatlah, awak memang telah ditakdirkan!"
"Semua orang mampukah untuk bertelepati?"
"Tidak, hanya kita. Orang biasa mampu jika awak yang ingin berhubung bersamanya."
Aku memandang Leron.
"Itu suara awak kah, Leron?"
"Ya, hahaha!"
YOU ARE READING
i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]
Fantasía[First Fantasy Short Story] "Your colour is.. Blue!" Pada mulanya, Melissa menyangka dirinya hanyalah seorang gadis biasa yang kehilangan ibu bapa atas kesilapan yang tidak diduga. Dia menganggap semua itu ilusi namun apabila dia mencelikkan matanya...