Melissa 12

1.6K 83 0
                                    

Tawaan Melissa yang tiba-tiba menyentakkan mereka berdua. Melissa menarik rambutnya kasar bersama matanya yang terjegil.

Seketika keadaan menjadi sunyi semula. Melissa jatuh pengsan.

"Mel!" Seperti tadi, Leron berusaha mengejutkan Melissa dengan menepuk pipi gadis itu.

"Aku pergi laporkan pada raja sebentar. Kau gunakanlah ilmu kau untuk sedarkan dia. Bukannya tepuk pipi dia. Kau fikir dia manusia biasa?" Kata Jaide menyindir.

Dari tadi diperhati sahaja tindakan Leron. Leron tersengih. Sekelip mata Jaide lesap.

"Mel."

"Oh, Mel."

Diusap pipi Melissa. Kemudian kepala Melissa yang dipangkunya dibaringkan gadis itu di atas katil.

Dipejam matanya ingin memulakan baca mantera. Sebelah matanya tercelik. Kepalanya ditepuk kuat.

"Selama 17 tahun kau menetap di tempat manusia, sampai kau lupa bacaan mentera ya Leron?"

Dipicit kepalanya. Dia mundar mandir di kamar Melissa yang luas itu.

"Ah! Harap betullah bacaan yang ini."

Matanya ditutup rapat. Kedua tangannya didepangkan.

"Mi alvokas vin, potenculon, tiun vivantan sur la tero, tiun sur la aero, tiun, kiu vivas en la korpo. Detruu la magion, kiu tenas ĉi tiun knabinon!"

Matanya dibuka. Dilihat keadaan Melissa.

"Eh? Tidak jadi apa-apa pun." Ditenung wajah gadis itu.

Terperanjat Leron apabila Melissa menjerit nyaring. Dalam waktu yang sama, Raja, Permaisuri dan Jaide memasuki kamar itu.

"Apa yang sudah terjadi?"

Mereka memandang wajah pucat Leron. Mereka terarah pada Melissa yang tercungap-cungap menyedut udara.

"Maafkan patik tuanku!" Leron melutut. Dirinya resah jika berlaku sebarang kemungkinan.

'Melissa, maafkan saya!' Air matanya mula bertakung di tubir mata.

"Bawa bertenang putera, Melissa tidak apa-apa." Leron mengangkat kepala. Sayup-sayup kedengaran suara Melissa yang merintih.

"Ergh.."

Matanya tercelik. Tiada lagi racauan dari Melissa. "A-ayahanda, bonda."

"Anakku." Raja dan permaisuri mengambil alih. Leron lantas bangun dan mengucap syukur. Nasib baik tidak jadi apa-apa.

Jaide menepuk bahu Leron. Wajah bangga ditunjukkan pada Leron.

"Kau sudah melakukan sesuatu yang bagus. Tahniah buat kau." Bukan Jaide tidak tahu selama Leron di tempat manusia, dia lebih gemar untuk bermain. Bukannya berlatih.

Tidak sangka pula, sewaktu mereka berumur 10 tahun di mana sebelum Melissa di lahirkan, mereka sudah belajar untuk menghafal ayat-ayat sakti dan mentera untuk keselamatan diri.

Hebat daya ingatan Leron.

Jika sebelum ini dia menghendap mereka, pastinya Leron hanya tahu bermain bersama manusia, memasak dan mengusik adiknya.

"Huhu, aku takut Jaide. Nasib tidak terjadi apa-apa." Air matanya menitis. Dengan pantas dia menyeka air matanya itu.

"Aku sayangkan dia." Jaide mengangguk faham. Nasib Jaide merestui perasaan Leron. Jika tidak, Leron terpaksa melupakan hasratnya untuk memiliki Melissa.

Sebab itu jugalah Jaide mempercayai Leron untuk menemani Melissa di alam manusia.

°°
Ni umur dorang.
Manusia:Mereka
1 tahun; 5 tahun
2tahun; 10 tahun
3tahun; 15 tahun
4tahun; 20 tahun

Walaupun umur Leron dah 10tahun waktu tu tubuh dia dah macam kanak-kanak, tapi bila dia sampai je dekat alam manusia, tubuh dia macam 2tahun, bila dia tinggal dengan alam manusia, tubuh dia membesar sama macam manusia, kalau ikut umur dia dekat situ, dia dah 100tahun macam Jaide tapi sebab dia duduk kat alam manusia so dia jadi 20tahun je. Kalau ikut kira campur dari dua-dua tempat, umur dia baru 28tahun hidup. Kat alam manusia lambat.

Masa dia tak sama. Harap faham apa yang aku terangkan ni😂

i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]Where stories live. Discover now