"Kau cari apa?"
Aku tersentak. Lemah jantungku ketika ini.
Aku menoleh. Jaide rupanya.
"Er-r ini bilik saya eh- Mel kan? Boleh Mel masuk?"
Dia merenungku tanpa reaksi. Dia membalas,
"Ya, masuk sahaja."
Aku tersenyum. Aku mula mencari tombol pintu kembali. Aku menggaru leher. Macam mana nak masuk?
Aku kembali menoleh ke arahnya apabila menyedari perilaku ku diperhatikan.
Dia hanya menunjukkan senyuman senget.
"Asal? Tak boleh buka?"
Aku memuncungkan bibir.
Dia melihat ke arahku lalu menarik muncungku.
"Aduh sakitlah!"
"Tengok ni."
Aku memerhatikan dia yang sedang menuju kearah pintu biliknya.
Dia memandang ke arah pintu sebelum menyebut sesuatu.
"Malferma." Pintu biliknya terbuka. Kilauan yang keluar dari biliknya menarik perhatianku. Wahh!
Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Aku menahan. Dia mengangkat sebelah keningnya.
"Macam mana Mel nak masuk bilik Mel pula?"
"Dengar sini. Kau harus sebut satu perkataan. Dan perkataan itu baru sahaja disebut oleh aku. Jadi pandai pandai lah."
"Perkataan yang sama?"
"Ya, dan maksudnya sama." Dia menutup pintu.
Baiklah Mel, you can do it!
Aku membetulkan kerongkongku yang terasa gatal. Takut pula tersalah sebut.
Aku memandang ke arah pintu kamarku tadi. Aku berdiri betul betul dihadapan pintu.
Aku menarik nafas dalam lalu menghembuskan nafas panjang.
"Mal-ferma."
Ktik!
Pintu bilik terbuka sendiri. Perlahan lahan pintu itu terbuka.
Kilauan yang dipancar di balik pintu menyilaukan mataku.
Debu debu berterbangan didalam bilik.
Mataku membulat. Wahhh!!
Debu-debuan bewarna Ungu Magenta itu memenuhi ruangan bilik. Pancaran cahaya lampu membuatkan persekitaran bilik itu berkilau cantik.
Debu debu tadi semakin pudar. Pemandangan pula makin jelas kelihatan.
Ruangan yang hanya terlihat keunguan tadi kini sudah memperlihatkan perabot perabot mahal yang diperbuat dari kaca.
Bilik yang cukup besar sehingga boleh memuatkan 30 orang manusia!
Katil bersaiz double king aku lihat. Tilamnya kelihatan begitu lembut kerana hanya kelihatan kapas yang di bentangi dengan lapik sutera lembut.
Almari yang panjang dari depan hingga ke hujung bilik. Aku cuba menolak pintu almari.
Ehem. "Malferma." Terbuka seluruh pintu almari itu. Mataku membulat.
Setiap pintu mempunyai berlainan pakaian. Pintu pertama di penuhi dengan baju gaun kembang yang cantik.
Pintu kedua dipenuhi dengan baju t shirt. Pintu ketiga dipenuhi dengan pelbagai jenis seluar. Bermula dengan seluar pendek, legging sampailah ke seluar jeans.
Begitulah isi yang ada di setiap almari itu. Almari yang seterusnya dipenuhi dengan skirt, stokin, pakaian dalam dan sebagainya.
Aku pergi pula ke arah satu pintu kaca gelap di kanan bilik. Aku menolak pintu itu sebelum masuk ke dalamnya.
Bilik air. Besarnya sama seperti sebuah ruang tamu rumah orang berada. Bathup kelihatan seperti kolam kecil. Cermin pula sebesar dinding. Kagum!
Aku mula menggapai tuala. Apa kata kalau aku merasmikan bilik air ini hari ini?
•••
Bathrobe yang tersarung ditubuh aku peluk selesa. Almari yang setia terbuka aku tuju. Baru hendak memikir untuk memakai baju biasa sahaja tiba tiba sahaja kepalaku seperti mendengar suara asing.
"Kau dah siap mandi?"
Siapa itu?
Aku menoleh ke setiap penjuru bilik. Manalah tahu jika ada yang menghendap aku tika ini.
"Melissa."
"Siapa itu?"
"Melissa."
"Jangan main main boleh tak?!"
"Melissa ini aku, Leron."
Leron?
"Leron awak dimana?"
"Melissa."
Kali ini suara berlainan menjengah. Aku bingung. Siapakah sebenarnya dia?
*Di bilik Jaide
"HAHAHAHA best pulak kenakan Mel!"
Jaide menjungkitkan kening. Dilihat rakan rapatnya atau lebih dikenali sebagai sepupunya seronok mengenakan adiknya melalui telepati.
Pap!
Leron menepuk kuat lengan Jaide.
"Jaide, boleh kita bagitau Melissa sekarang?" Tanyanya bersama ketawa yang masih bersisa.
"Tidak. Biarkan sahaja dahulu. Aku risau nanti dia semakin keliru."
"Bukan. Maksud aku, bagitau tentang siapa yang mengusik dia sekarang ini. Kasihan pula aku mendengarnya, seperti mahu menangis saja." Leron tersengih.
Senyuman nipis tersumbing di bibir Jaide.
"Melissa.."
"Apa yang sedang kau lakukan sekarang?"
"Kau siapa?!"
Tengkingan dari Melissa menyentakkan mereka berdua.
"Habislah kau, Jaide. Mel sudah meradang." Leron membuat riak cuak.
Jaide hanya berdiam sebentar sebelum menyambung.
"Jaide."
"J-jaide? Abang nak apa?"
Melissa kecut perut. Alamak! Aku sudah ternaik suara kepadanya.
"Sebentar lagi turun ke bilik Delima."
"Baiklah, abang."
YOU ARE READING
i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]
Fantasy[First Fantasy Short Story] "Your colour is.. Blue!" Pada mulanya, Melissa menyangka dirinya hanyalah seorang gadis biasa yang kehilangan ibu bapa atas kesilapan yang tidak diduga. Dia menganggap semua itu ilusi namun apabila dia mencelikkan matanya...