Melissa 8

1.7K 100 0
                                    

Tenangkan fikiran. Kosongkan minda.

"Ini adalah pelajaran terakhir bagi hari ini. Dimana kau akan mengetahui siapakah dirimu yang sebenarnya."

Jantung mengepam laju. Sedikit sebanyak aku berasa sedikit takut. Jika benarlah aku berasal dari sini, selama ini aku mengibu bapakan musuhku sendiri?

Melihat dari layanan mereka membuatkan tiada sedikitpun tanggapan buruk dariku.

Jika aku bukan dari sini, aku harus pergi. Ya! Aku harus lakukan itu. Mungkin juga mereka tersalah sangka.

Mungkin juga aku bukan seperti mereka. Aku hanyalah manusia biasa dan mungkin mempunyai wajah seperti puteri mereka yang telah lama hilang.

"Your colour is.. Blue!"

Melissa terpinga-pinga. Riak mereka sukar dibaca. Leron juga seperti terkedu.

"K-kenapa?"

"Seluruh kerajaan ini bewarna ungu, emas, hitam dan putih sahaja. Biru itu warna yang unik dan sukar untuk dimiliki!" Mata tukang tilik itu terjegil.

Mereka yang berada di dalam kawasan itu juga membulatkan mata tidak percaya. Termasuklah pengawal yang sedang bertugas. Mereka hanya mampu membulatkan mata dan mengunci mulut.

"Maksudnya?"

"Tuan puteri memiliki satu kuasa yang kami tidak miliki. Hanya tuan puteri yang mengetahuinya."

"Tetapi, Mel tidak tahu apa-apa! Kuasa yang Mel miliki ini pun dibantu oleh abang dan Leron untuk Mel ketahuinya."Jaide membisu seketika.

Disuruhnya tukang tilik itu pergi. Kemudian dia memandang tepat wajahku dengan reaksi yang sukar dibaca.

"Mungkin tabib mengetahui. Selepas tamat, kita akan berjumpa dengannya. Mari, teruskan latihan kau."

°°

Kami berada dalam sebuah gua berhampiran istana. Katanya gua ini adalah tempat tinggal bagi tabib, bidan dan tukang tilik.

Luar sahaja kelihatan seperti gua namun dalamnya dihias cantik dengan barangan mereka.

Duduk sahaja di atas alas, tangannya dihulur.

Aku termangu. Aku memandang Leron dan Jaide.

"Izinkan patik memegang tangan tuan puteri. Patik ingin memeriksa dengan lebih teliti." Aku berdehem kecil. Aku menghulurkan tangan padanya.

Seketika raut wajahnya berubah. Dari wajah terkejut kepada wajah tenang.

"Ia sejenis permata Tanzanite. Seperti yang dilihat dari air terjun itu, di hati tuan puteri Melissa tertanam batu permata itu seperti Tuanku.

Baginda ialah batu Amethyst manakala tuan puteri adalah Tanzanite. Tuan puteri akan memiliki kuasa ini ketika umur tuan puteri menginjak ke 17 tahun.."

Tabib itu tersenyum syahdu.

"...dan juga, kerajaan ini akan berubah seperti mana kerajaan nenek moyang sebelum ini iaitu kerajaan hijau, Zamrud."

Jaide terkaku manakala Leron terkedu.

"Tuan Puteri adalah pewaris perempuan pertama yang akan mentadbir kerajaan ini."

Jadi benarlah, aku salah seorang dari mereka. Aku bukan seorang manusia. Aku, puteri Melissa. Dan aku akan mencecah umur 17 tahun dalam tiga hari dari sekarang.

Tetapi aku sedikit keliru. Apakah yang dimaksudkan mereka sebenarnya? Aku masih tidak mengerti. Raut wajah mereka tidak menggambar sesuatu yang baik.

Jaide merenungku tidak lepas. Aku membalas renungannya bersama persoalan.

"Kita harus berjumpa ayahanda dan bonda sekarang. Mereka harus mengetahui segalanya sebelum terlambat."

"Tapi.."

"Cepat Mel!"

Bum! Bunyi dentuman kuat kedengaran di luar.

"Apa itu?"

"Gr.. Leron! Bawa Mel ke istana cepat! Biar aku hadapi mereka!"

Tiba-tiba Jaide jatuh terjelepuk ke tanah. Aku mahu menghampirinya ditarik oleh Leron.

Sepasang sayap tumbuh di belakang tubuh Jaide. Bunyi erangannya memenuhi ruang gua itu.

"Kenapa ini? Apa yang terjadi?" Aku mulai panik. Apa yang sedang berlaku?

i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]Where stories live. Discover now