Tangan Leron memegang lenganku erat. Ditarik kuat agar aku mengikutinya.Aku sedikit berat hati ingin meninggalkan Jaide terpaksa akur apabila melihat wajah tegang Leron.
Kami berlari menaiki bukit dengan langkah tergesa-gesa. Sampai di atasnya, aku berhenti. Nafasku termengah-mengah.
Leron yang perasan akan ketiadaanku disisinya menghampiriku semula. Setelah nafasku kembali normal, kami meneruskan langkah ke istana. Kelihatan gerbang tidak jauh dari sini.
Tiba-tiba suara tawaan kuat kedengaran di atas langit. Kami mendongakkan kepala. Kelihatan di situ puluhan ribu makhluk hitam.
Mereka menjunam laju ke bawah lalu berdiri tegak dihadapan kami. Tubuhnya tinggi dan seluruh tubuhnya bewarna hitam.
Leron menolak tubuhku ke belakangnya. Makhluk itu ketawa kuat sebelum bertukar bengis. Bunyi dengusan nafasnya kuat menghempas.
Kukunya memanjang sepanjang sebilah pedang. Mereka meluru ke arah kami!
"Melissa, buat sesuatu!"
"A-apa yang saya boleh buat?"
"Lakukan sahaja!" Desakan dari Leron membuatkan aku kalut. Aku cuba namun tidak berhasil.
"Ugh! Tak boleh!"
Leron mendengus kasar. Dia menolakku menjauh darinya. Tidak sampai sesaat, cahaya ungu terpancar dari tubuhnya. Matanya mengeluarkan satu cahaya panjang.
Makhluk yang dilihatnya hancur berkecai begitu sahaja!
Dia menoleh kearahku dengan mata ungu.
"Keluarkan pelindung kau! Sekarang Mel!"
Arrgh! Tubuh Leron membongkok. Sepasang sayap putih tumbuh dibelakang tubuhnya.
Aku menutup mataku erat. Tangan aku genggam. Tubuhku mula menggigil.
"Cepat Mel!"
"Baiklah!"
"Duhai pendampingku, perlihatkanlah dirimu, marilah lindungi aku!"
Satu bayangan hitam muncul dari bayang-bayang aku. Dia terbang bebas ke udara kemudian mengelilingi tubuh dengan laju.
Aku menelan air liur kasar kemudian cuba menenangkan diri. Bayang-bayang itu mula membentuk dan mengelilingi tubuhku. Dia menjadi benteng pertahanan.
Leron tersenyum nipis. Kemudian dia memandang ke atas.
Dia terbang tinggi ke angkasa lalu berlawan dengan makhluk tersebut. Beberapa tubuh jatuh menghempap bumi kemudian hilang ditelan angin.
Tanpa aku sedari, terdapat seekor dibelakangku. Apabila aku menyedari kehadirannya aku terjerit ketakutan.
Dia cuba melibas tubuhku dengan kuku panjangnya namun sebaliknya. Tubuhnya terpelanting jauh dan mula terbakar. Api bewarna emas membakar tubuh makhluk itu sehingga dia mencair.
Leron mendarat di hadapanku bersama wajah tenangnya.
"Tutup mata awak sekejap." Keningku terangkat. Aku tetap menutup mata. Sekilas aku mendengar bunyi letupan di kiriku.
Aku membuka mata. Mataku menjadi besar apabila melihat organ makhluk itu berkecai. Darah terpalit di tubuh Leron tapi tidak aku. Pelindung ini tidak membenarkan apa-apa benda pun menyentuhku.
Aku memandang wajah Leron yang tersenyum manis. Tubuhnya sudah berubah seperti sediakala semula.
Tiada lagi kepak mahupun mata yang bercahaya ungu.
"Mari." Kami meneruskan langkah menuju ke istana.
Mataku sekilas terpandang kawasan perkampungan di bawah bukit. Tidak kelihatan lagi lampu-lampu magis berkedipan seperti selalu.
Hanya suasana suram menyelitupi kawasan itu.
YOU ARE READING
i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]
Fantasy[First Fantasy Short Story] "Your colour is.. Blue!" Pada mulanya, Melissa menyangka dirinya hanyalah seorang gadis biasa yang kehilangan ibu bapa atas kesilapan yang tidak diduga. Dia menganggap semua itu ilusi namun apabila dia mencelikkan matanya...