"Wahh, meriah sungguh dewan ini."
"Mengapa kakanda tidak menjemput adinda? Bahkan adinda juga merupakan penjaga tuan puteri." Wanita itu menyoal Raja dengan nada berdukacita.
"Buat apa kau kemari?" Soal Raja Fellixe tanpa nada.
"Adinda hanya mahu menyambut hari penting ini bersama-sama. Salahkah?" Kemudian matanya terarah pada Melissa.
"Melissa sayang, ini ibu." Wanita itu tersenyum lebar. Dia melihat wajah Melissa yang sedang berperang dengan perasaannya sendiri.
"Jangan kau mengaku kau ibunya jika kau punyai muslihat lain!" Melissa hanya terkaku. Dia tidak tahu harus membuat apa.
"Mel, ini ibu sayang. Mari, peluk ibu?" Raja Fellixe menarik Melissa ke belakang.
"Kau culik anak aku! Kau jadikan dia sebagai anak kau kemudian mahu mengambil kuasanya bukan?"
"Mel."
"Kau jaga dia dengan baik, aku tahu itu. Tapi, jangan kau ingat aku tak tahu apa yang kau rancangkan, aku tidak akan benarkan itu berlaku!" Memetir suara Raja Fellixe memenuhi ruangan itu.
"Mari aku kata!" Suasana menjadi kabut. Cahaya yang terpancar dari bebola terapung mula malap.
"Kau sungguh degil. Jadi rasakan ini!" Objek tajam seperti duri besar muncul dari atas dewan. Laju objek itu menjunam ke arah rakyat.
Raja Fellixe dengan pantas membuat perlindungan. Sebuah sfera separa melitupi atas dewan itu.
"Pengawal! Selamatkan rakyat beta."
Pengawal-pengawal mula mengarahkan rakyat keluar. Tawaan sinis memenuhi ruang dewan yang kabut.
"Aku akan ambil dia." Ringkas sahaja ucapan wanita itu sebelum dia lesap. Begitu juga Melissa.
Keadaan menjadi sediakala. Cahaya bebola lampu mula terang kembali. Keadaan dewan tunggang langgang.
Raja Fellixe hanya mampu mengeluh.
°°°
Melissa mengikuti sahaja langkah 'ibunya.' Mereka berjalan meredah hutan tebal yang sungguh mengerikan.
Seperti.. mimpinya.
Langkahnya menjadi perlahan. Dilihat sekelilingnya. Pokok-pokok yang tumbuh meliar tinggi mencakar langit. Tumbuhan liar meliputi dahan pokok tua.
Dan beberapa lubang di badan pokok itu tersembunyi beberapa sepasang mata. Burung hantu.
"M- Melissa.." Suara bisikan itu!
"M- Melissa.." Tidak silap lagi! Jantung Melissa mula mengepam laju. Dilihat hadapan. Tiada lagi kelibat ibunya.
"I-ibu.." Dirasakan ada sesuatu yang menghampirinya. Ditoleh ke kiri kanan. Tiada sesiapa.
Bunyi ranting patah di belakangnya membuat badannya terkaku.
"Ibu!" Satu tangan memegang bahunya. Dengan pantas Melissa melangkah laju mengikut jalan sempit dan muram itu.
Lama kelamaan dia terlihat sesusuk tubuh yang membelakanginya. Setelah diamati, lantas Melissa menghampiri tubuh itu.
Dipeluknya erat sambil menggigil.
"Ibu, jangan tinggalkan Mel! Mel t- takut!" Wanita itu hanya tersengih sinis. Dibalas pelukan Melissa dengan lembut. Kemudian dia merengangkan pelukan gadis itu.
"Ibu tak kemana sayang." Suara yang cukup meremangkan bulu roma.
Melissa merenung sahaja wajah ibunya lalu membetulkan nafasnya yang laju.
Wanita itu menghampiri periuk tanah yang dibiar atas api. Dikacau perlahan kandungan dalam periuk itu.
Melissa melihat sekeliling. Dia kini berada dalam pondok usang yang kecil.
Diperhati barang-barang yang terdapat disitu. Terdapat beberapa botol kecil yang mengandungi cecair bewarna-warni.
"A-ayah mana ibu?" Terpacul soalan itu dimulutnya. Mata masih meliar.
"Ayah kau dah mati." Melissa terkejut.
"Bagaimana?" Direnung wajah si ibu untuk meminta penjelasan.
"Itu." Ditunjuk sesuatu dibelakang Melissa. Terangkat bahu Melissa melihat sesuatu itu.
Pelindungnya.
"Tapi, bagaimana ibu terselamat? M- Melissa minta ampun ibu, Melissa tidak sengaja. Mel--"
"Shh.." Wanita itu meletakkan jarinya di bibir Melissa kemudian menyuruh gadis itu untuk minum. Segelas air yang bewarna ungu cair itu dihulurkan.
"Minum." Melissa teragak-agak. Ditenung sahaja air itu sebelum dengan perlahan-lahan hujung gelas itu melekap di bibirnya.
Diteguk sekali air itu. Kemudian dia memandang wajah ibunya yang tersenyum lebar.
Belum sempat dia meneguk air yang selebihnya tiba-tiba dia merasakan sakit di bahagian dada.
"Erk! Uhuk! Uhuk!" Ditekan dadanya yang serasa seperti dicucuk-cucuk!
"I-ibu.." Berkerut wajahnya. Wanita itu hanya tersengih melihat Melissa yang sedang menahan perit.
"Ibu? Aku bukan ibu kau! Aku permaisuri Ainaure Fellexia! Hahaha!" Bunyi guruh kuat kedengaran.
Berpancar-pancar mahu menghentam bumi. Angin ribut mula bertiup kencang.
"Kau, kau harus berikan kepada aku!" Tubuh Melissa terangkat.
"Urgh.." Melissa memejamkan matanya. Rasa perit di dadanya bagai mahu pecah. Nafasnya mula memberat.
"Argh!" Satu cahaya emas terpancar dari tubuhnya. Di bahagian dadanya berkelip-kelip satu cahaya bewarna ungu.
Cahaya itu mula memekat lalu timbul dari permukaan kulit. Cahaja itu terapung seperti cecair.
Cahaya itu beralun menghampiri wanita itu. Wanita itu hanya ketawa kuat. Cahaya itu mula meresap di tubuhnya.
"Ya! Ya! Ya! Akhirnya aku memiliki kuasa terhebat ini!" Melissa merenung sayu ke arah wanita itu.
Nafasnya seakan mahu putus. Matanya dipejam perlahan-lahan sebelum mendengar sayup-sayup suara erangan.
Tubuhnya terasa melayang jatuh sebelum disambut oleh sepasang tangan.
"Melissa! Bertahanlah!" Wajah Leron menyapa pandangan.
Matanya terlihat Jaide sedang menghentam tubuh wanita itu dengan beberapa ketulan ais.
Dia bernafas tenang sebelum menutup matanya.
"Melissa!"
YOU ARE READING
i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]
Fantastik[First Fantasy Short Story] "Your colour is.. Blue!" Pada mulanya, Melissa menyangka dirinya hanyalah seorang gadis biasa yang kehilangan ibu bapa atas kesilapan yang tidak diduga. Dia menganggap semua itu ilusi namun apabila dia mencelikkan matanya...