Bahagian 2

73.4K 195 9
                                    


..............................................

Sebulan berlalu....

"Amacam Gaz? Baik tak perempuan yang aku bagi nombor tu"?

Gaz teringat kembali kejadian yang berlaku bulan lepas. Arep memberikan nombor telefon perempuan kepadanya dan dia berhasrat untuk menghubungi perempuan itu dan menggodanya hingga ke hubungan seks. Sekaligus menamatkan zaman terunanya.

"Ntah. Aku tak try lagi. Lupe dowh aku. Busy sikit la sekarang ni. Seram pon ada gak. Nanti ntah bukan-bukan je budaknya. Kau tu bukan boleh percaya".

"Bodohnyer. Nombor tu ada lagi tak"?

"Ada je. Cuma aku yg tak sempat nak call. Lau da start call mesti nak kena layan. Kalau layan nanti kerja tak jalan beb. Lagi pulak time sekolah. Petang dia free nanti dok sibuk ajak sms. Aku ni jenis rimas. Weyh aku lupa nak tanya. Sape nama awek ni"?

"Ntah aku pun tak tau. Member aku pass nombor gitu je takde nama"

"Alah siallah. Aku nk try contact macam mana ni nama pon takde. Form berapa minah ni"?

"Haah yea. Form berapa yea? Form 3 kot"

"Perghh. Jap lagi budak darjah 6 macam mana? Kau lupa dulu kau pernah pass aku nombor budak darjah 6. Dah melentok-lentok budak tu masa nampak aku. Ishhh tak selera la aku".

"Lahhhh. Kau cakap kau power ayat awek. Sampai da main bagai. Apahal macam risau ni nama la pasal umurlah"?

"Babi"

Pendek. Itu saja yang dapat Gaz balas. Kerana geram dengan ejekan Arep. Takpe. Gaz merasakan itu satu cabaran. Benda simple. Wat lek2 sudah.

"Aku ingat esok aku try call dulu. Ke nak terus sms je Rep?

" Kau terus je sms. Kalau tak reply baru kau call"

Gaz teringat strategi yang difikirkan olehnya sebulan lepas iaitu terus call untuk membuat panggilan. Dia terus mendapatkan pendapat temannya itu.

"kau ingat kalau kau call kau tau ke dia cantik ke tak gile. Aku kan da cakap aku tak tau dia cantik ke tak. Member aku yang pass nombor tu. Aku ni kalau gentle macam kau, lama dah aku try. Tapi awek aku tu nak letak mana pulak."

Gaz terfikir relevan juga apa yang diperkatakan oleh Arep. Mana mungkin dia tahu cantik atau tak seseorang hanya dari panggilan telefon. Lantas strategi yang difikirkannya itu hanyalah sia-sia oeh kerana alasan yang diperkatakan Arep ada benarnya.

" Yelah-yelah. Aku try sms la sekarang"

"Haa macam tu lah. Aku pun nak tau macam mana perempuan tu. Tapi lau sms pun kita tak tau gak apa rupa dia. Kau mesej dulu. Agak dah sangkut ajak jumpa. Kite survey dari jauh dulu. Lau tak cantik kite blah je la tinggalkan. Hahahaha"

Sambil menatap skrin telefon sony ericsson walkman seriesnya, Gaz tak mengendahkan apa yang Arep perkatakan sambil mula menaip mesej di telefon bimbitnya.

Gaz : Assalamualaikum. Maaf menganggu.
Boleh kenal?

Ayat pendek kebudak-budakan ditaip dan dihantar ke nombor tersebut. Selepas selang 8 minit, pemilik nombor tersebut membalas.

??? : Walaikumusalam. Nak kenal? Siapa ni?

Gaz tersenyum seraya Arep juga menyeringai di sisi Gaz.

"Ada respon ni Gaz"

Gaz: Saya Ghazrin. Panggil Gaz je. Siapa
nama awak.

??? : Owhh. Gaz. Saya Salmiah. Panggil Sal.
Mana awak dapat nombor saya ni?

Gaz: Wow. Salmiah. Nama orang lama.
Haha. Kawan saya yang pass kat saya.
Dia cakap awak cantik.

Sal: Dah memang saya orang lama. Mana
ada cantiknya. Awak ni umur berapa?

Gaz: Saya form 4. Awak?

Sal: Hahaha. Form 4? Boleh kita sambung
mesej nanti-nanti dik? Anak saya yang
bongsu ni dah nak balik sekolah ni.
Assalamualaikum.

Gaz terdiam. Anak? Apa yang perempuan ni melalut difikirannya seraya menatap wajah Arep di sebelahnya. Arep juga ikut tersengih.

"Kau tengok Rep. Aku kena reject! Pastu ntah no makcik mana kau bagi ni woii!!!

"Aku rase dia saja je tu. Alasan malas nak layan kau cakap dia ada anak"

Arep berseloroh bimbang dimarahi Gaz. Gaz diam. Sambil berfikir ada juga benarnya. Bukan tidak pernah, perempuan-perempuan yang pernah Gaz kacau memberi alasan menyamar sebagai ayah, emak, atau abang ketika dia cuba mesej perempuan-perempuan di sekolahnya dulu semata-mata ingin mengelak dari dikacau Gaz.

"Ahh malaslah aku mesej lagi minah ni. Kene reject lak."

"Hahaha.. Lek lah Gaz. Kata power ayat perempuan. Try la lagi nanti-nanti. Dia memang tengah ada kerja kot tu. Kalau tak, takkan kau cakap nak kenal dia masih reply. Lau dia tak nak layan, mesej kau awal-awal tadi pun dia tak reply dah."

"Tengoklah nanti esok-esok lau aku rajin aku mesej lagi. Aku gerak balik dululah. Dah nak maghrib ni. Kerja sekolah tadi pagi kalau kau da siap nanti esok pagi kat sekolah kau bagi aku pinjam buku kau. Aku nak tiru"

Gaz berlalu pergi meninggalkan taman permainan yang menjadi tempat dia dan rakan-rakannya melepak setiap petang. Hanya beberapa tapak, Gaz sudah sampai didepan lif blok beliau. Jika nak dibandingkan dengan rumah Gaz, blok rumah Arep sedikit jauh dan berselang 2 blok dari blok rumah Gaz.

.........................

Bersambung...

KhilafWhere stories live. Discover now