Bahagian 4

52.8K 171 1
                                    

....................

Semenjak kejadian itu, Gaz melalui kehidupan sehariannya seperti biasa. Arep juga ada menanyakan hal mengenai Sal. Tetapi Gaz hanya menyatakan keoada rakannya itu bahawa Sal ialah seorang wanita berumur yang boleh digelar emak kepada merek berdua. Hingga lah suatu hari Gaz bosan kerana tiada aktiviti mahupun perempuan yang boleh dia mesej untuk dijadikan teman borak. Gaz menghubungi Sal bertanyakan khabar kerana pada dirinya,  tiada apa akan berlaku.

Ternyata Sal senang melayani setiap mesej dari Sal. Dari situ Gaz mengetahui serba sedikit mengenai Sal. Sal ialah seorang ibu kepada 3 orang anak perempuan berumur 15 tahun, 14 tahun dan yang bongsu, 9tahun. Suami Sal berkerja sebagai seorang pegawai kastam berpangkat manakala Sal seorang surirumah sepenuh masa. Dari setiap perbualan, Gaz juga mengetahui bahawa keluarga Sal dalam kategori keluarga yang agak senang. Sebab itu Sal tidak perlu berkerja dan hanya menguruskan rumahtangganya sahaja. Yang membuatkan Sal mempunyai masa lapang untuk melayani mesej Gaz adalah kerana 2 orang anak perempuannya bersekolah di MRSM dan tinggal di asrama manakala yang bongsu sekolah sesi petang. Maka setiap petang lepas sekolah, Gaz akan berborak dengan Sal. Hingga terbit rasa kasih sayang dan Gaz menganggap Sal tidak ubah seperti ibunya.

Sal bertanya mengenai latarbelakang keluarga Gaz. Sal juga selalu bertanyakan mengenai hal persekolahan Gaz. Oleh sebab itu, Gaz kini jarang ponteng sekolah. Gaz merasai kasih sayang seorang ibu walaupun mereka tidak pernah berjumpa dan hanya berbual melalui sms. Mungkin ibu Gaz sibuk berkerja, jadi ruang kosong seorang ibu, dengan mudah diisi oleh Sal. Sal juga memberitahu suaminya, Kadir tentang Gaz. Oleh kerana mereka tidak mempunyai anak lelaki dan merasakan kasihan kepada Gaz, maka Gaz diterima oleh suami dan juga anak-anak Sal sebagai anak angkat mereka.

Setelah beberapa bulan mereka berhubung, suami Sal teringin untuk berjumpa dengan Gaz. Pada cuti sekolah penggal kedua, seluruh keluarga Sal menjemput Gaz untuk keluar makan malam bersama.

Sal: Kat mana mama nak tunggu Gaz?

Gaz: Mama tunggu Gaz kat pam minyak shell tu boleh? Nanti Gaz jalan kaki kesana.

Sal: Tak jauh ke nak jalan kaki? Kalau Gaz nak, mama boleh suruh Papa masuk amek Gaz.

Semenjak suami Sal setuju untuk menjadikan Gaz sebagai anak angkat, Sal lebih selesa jika Gaz menggelar papa dan mama kepada dia dan suaminya.

Gaz: Mama dengan papa naik kereta yang mana? Gaz da nak sampai ni.

Sal: Estima hitam Gaz. Dekat depan tandas ni.

Gaz meneliti setiap kereta yang ada di stesen minyak itu. Gaz segan hendak menyuruh Sal dan suaminya masuk ke dalam kawasan flat perumahannya kerana keadaan parkir yang sempit dan sarat dengan kereta-mereta penduduk yang parkin di setiap bahu jalan. Tidak kurang juga yang parking berlapis. Mungkin ini akan menyusahkan Kadir untuk memandu masuk semata-mata hanya mahu mengambil dirinya.Gaz menarik nafas lega setelah mengetahui keluarga angkatnya memandu kereta mpv. Jikalau masuk kekawasan perumahannya, mustahil kereta tersebut boleh keluar dengan mudah. Setelah perjalanannya hampir sampai dengan pam minyak tersebut, Gaz terlihat Estima hitam yang disebut oleh mak angkatnya itu.

Sal dan Kadir tercari kelibat Gaz. Dari jauh, mereka melihat susuk tubuh seorang remaja berketinggian 170cm, berambut pacak menuju ke arah mereka. Sebaik Gaz hampir, Sal dan kadir turun dari kereta untuk menyambut Gaz. Gaz yang melihat mereka, lantas berjalan laju dan salam serta cium tangan Sal dan Kadir.

Gaz: Assalamualaikum. Ni mama dengan Papa ke?

Sal: Waalaikumusalam. Iyer... Owhh hensem jugak anak mama ni yer. Siap berlesung pipit.

Memang diakui, Gaz seorang yang agak tampan. Selain ketinggian dan berkulit cerah, lesung pipitnya jugak selalu menjadi perbualan diantara pelajar-pelajar perempuan disekolahnya. Dengan tubuh badan yang tidak terlalu kurus, sedikit tegap, berpakaian tshirt hitam dan seluar jeans serta berselipar, perwatakan Gaz yang peramah serta pandai menghormati orang tua sangat disenangi mereka terutamanya Kadir. Kadir beranggapan, remaja zaman sekarang kebanyakkannya tidak menghormati orang tua. Itu juga yang merisaukan dirinya saat pertama kali isterinya memberitahu tentang Gaz. Tapi ternyata Gaz tidak begitu seperti apa yang difikirkannya.

Bukan mereka berdua sahaja, Sumayyah, Safiyyah dan Sakiyynah juga berasa senang dengan perwatakan Gaz. Gaz juga menghormati mereka bertiga lebih kepada perasaan abang kepada adik-adiknya. Walaupun Sumayyah kelihatan ayu sekali, oleh kerana Kadir dan Sal begitu baik melayani Gaz, tidak terbit sama sekali nafsu terhadap Sumayyah. Malam itu, mereka menikmati makan malam bersama seperti sebuah keluarga yang sempurna dan Kadir berjanji akan membawa Gaz dan keluarganya keluar untuk mencari barang keperluan sekolah dan pakaian untuk mereka berempat. Tetapi Gaz haruslah meminta izin ibu kandungnya dahulu dan Gaz setuju dengan syarat itu.

.....................

Bersambung...

KhilafWhere stories live. Discover now