...................
Satu nombor tidak dikenali menjelma di skrin telefon bimbit Gaz.
"Hello. Sapa ni"?
"Assalamualaikum. Abang Gaz. Kenal tak"?
"Ehh waalaikumusalam. Sape ni"?
"Ishh adik sendiri pon tak kenal ke"?
"Haaa.. Lily. Kau nak apa? Berabang-abang lak dengan aku. Bila kau tukar nombor"
Gaz menyangka Lily, adik kandungnya yang perempuan menelefon.
"Bukanlah bang Gaz. Ni Maya lah. Owhh nama adik bang Gaz lily yea"?
"Ehh Maya. Sorry-sorry. Ingat Lily adik abang tadi"
"Maya bukan adik abang ke"?
"Haa yelah semua adik abang. Kenapa ni Maya? Maya kat mana ni"?
"Maya ada kat rumah ni. Nak tanya esok bang Gaz ada balik rumah mama tak? Maya nak kirim abang Gaz belikan buku kat bandar. Papa minta tolong sebab kitorang tak ke bandar minggu ni"
Walaupun Gaz tinggal di rumah flat kos rendah, tetapi kawasan rumahnya berada berdekatan dengan pusat bandar ibu negeri tersebut. Jika dibandingkan dengan kediaman Sal. Walaupun rumah keluarga Sal berada dalam kawasan perumahan elit, tetapi berada di pinggir bandar. Ini menyebabkan perumahan tersebut lebih murah berbanding kawasan bandar yang sudah menjangkau lebih setengah juta. Tambahan pula kawasan rumah tersebut berdekatan dengan tempat kerja Kadir. Jadi ianya bonus bagi Kadir. Mampu dimiliki bagi pegawai kerajaan seperti Kadir, besar dan selesa, juga akses yang mudah untuk ke tempat kerjanya.
"Tak tau lagi Maya. Abang segan nak balik rumah mama tiap-tiap minggu"
"Apalah bang Gaz merepek ni. Kalau mama tau, habis abang kena bebel".
"Haa tadi Maya cakap nak kirim abang belikan buku. Buku apa Maya nak"?
"Haa. Lupa pulak nak cakap. Maya nak kirim buku latihan PMR. Matematik dengan sains. Tapi Maya lupa pulak buku publisher mana. Nanti Maya SMS boleh"?
"Ok Maya. Nanti abang try pusing carikan".
"Fuhh terima kasih bang Gaz. Maya dah try pusing dengan Mama tadi cari kat kedai buku area sini. Tapi tak jumpa. Nasib baik Maya ada abang baik hati"
"Yelah tu"
Semenjak panggilan telefon tersebut, mereka lebih kerap berhubung melalui sms. Banyak kisah peribadi mengenai Maya yang dikongsi bersama Gaz. Dari situlah Gaz mengetahui bahawa Maya baru sahaja memiliki telefon bimbit sendiri pemberian ayahnya, Kadir. Jadi sebelum Maya memiliki telefon bimbitnya sendiri, dia meminjam telefon bimbit mamanya. Oleh sebab agak leceh kerana berkongsi, Kadir membelikan sebuah telefon bimbit khas kegunaan Maya sebagai hadiah.
Yaa! Nombor telefon milik Sal yang selama ini berlegar-legar dikalangan rakan-rakan sekolahnya selama ini dalam masa yang sama adalah milik Maya sebelum ini. Maka benarlah kata Arep bahawa pemilik nombor tersebut memang cantik. Maya. Tetapi atas keberanian Gaz yang melampau, telah menyebabkan dia sekarang menjadi anak angkat dalam keluarga tersebut. Tapi Gaz tidak memberitahu cerita sebenar bagaimana pengenalan dirinya bersama mamanya itu kepada Maya. Takut-takut kalau Maya memandang serong dirinya.
Sal: Gaz. Lama Gaz tak mesej mama. Mama
mesej pun Gaz lambat je reply. Gaz tak
rindu mama ke?Gaz: Ishh mama ni. Apalah cakap macam tu.
Gaz rindu je mama. Cuma Gaz sibuk je
hal sekolah.Gaz cuba berdalih. Gaz bukan sibuk mengenai hal sekolah. Walhal Gaz sibuk melayani Maya, anak mamanya itu. Semenjak Maya dan Gaz berhubungan, Maya semakin berani curi-curi bawa telefon bimbitnya ke asrama. Itupun atas hasutan Gaz. Mereka selalunya akan berbual dalam mesej selepas waktu asar kerana waktu tersebut adalah waktu riadah dalam rutin asrama Maya. Maka para pelajar bebas untuk melakukan aktiviti sendiri. Jadi Maya akan duduk di kawasan sekolah yang jarang dilawati kerana takut pelajar lain akan membuat laporan mengenai telefon bimbit yang dibawanya.
Dari perbualan di telefon bimbit jugalah Gaz mengetahui mengenai hubungan Maya bersama bekas teman lelakinya. Maya ada menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar sekolahnya. Mereka sebaya cuma berlainan kelas. Akibat Maya tidak mempunyai telefon bimbit sendiri dan oayah untuk mereka berhubung, lama kelamaan Rudy, bekas teman lelaki Maya membuat keputusan untuk menamatkan hubungan mereka. Maya menerima keputusan Rudy kerana dia sedar, ini semua berpunca dari dirinya sendiri. Ada juga beberapa pelajar lelaki lain cuba untuk berkenalan dengannya. Tetapi atas sebab telefon bimbitnya sebelum ini milik mamanya, dia tidak dapat memastikan siapa yang cuba menghubungi dirinya. Tambahan pula, kebanyakkan lelaki yang cuba berkenalan, menyerah kalah selepas mengetahui nombor tersebut bukanlah milik Maya tetapi milik seorang makcik. Maya mengetahuinya lepas mamanya mengatakan ada, teman sekolahnya cuba menghubunginya. Maya membaca mesej-mesej di telefon mamanya tetapi tidak dapat dipastikan pemilik nombor tersebut. Justeru Maya mengabaikan sahaja mesej-mesej tersebut.
Setelah papanya membelikan telefon bimbit yang baru untuknya, Maya cuba untuk tidak berkongsi nombor miliknya kerana khuatir diganggu oleh mereka yang tidak dikenali. Hanya teman rapatnya sahaja mempunyai nombor Maya dan dia selesa begitu. Jika ada orang lain yang meminta nombornya, Maya mengatakan sahaja dia tidak mempunyai telefon bimbit sendiri. Dia berkongsi telefon dengan mamanya. Walhal nombor mamanya dahulu pun tidak diberi sewenang-wenangnya. Tapi masih sahaja nombor tersebut tersebar tanpa pengetahuannya.
Gaz merasakan peluang tersedia di depan matanya. Ya. Maya lah perempuan yang dicarinya sejak awal sebelum dia berhubungan dengan Sal, ibu angkatnya itu. Tambahan Maya juga tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki. Gaz cuba untuk mencuri peluang meletakkan diringa sebagai kekasih hati Maya. Dari perbualan adik dan abang, kini lebih kepada kekasih. Hinggalah suatu hari Gaz mencadangkan agar mereka menjalinkan hubungan sebagai kekasih. Agak janggal bagi Maya. Tapi lengguk ayat Gaz di setiap perbualan mereka membuatkan Maya semakin jauh larut dalam cinta remaja mereka. Tapi mereka juga sudah berjanji supaya hubungan mereka haruslah dirahsiakan dari pengetahuan mama dan papa. Takut jika Sal dan Kadir tidak membenarkan Gaz datang lagi kerumah mereka. Walhal Gaz sudah memasang impian. Impian untuk menjadikan Maya, gadis pertama untuk dia ratah juga gadid yang akan menamatkan zaman terunanya...
...................
Bersambung....
YOU ARE READING
Khilaf
Literatura FaktuFollower jejak 5k saya sambung khilaf. Ok lets go! Hahahahahahha...