Ep 1

733 43 1
                                    

Pertemuan

"Wah!Indahnyaaaa matahari terbenam ni.Lagi best bila biskut chipsmore menemani!"Jungkook tersenyum.Jungkook memang suka lihat matahari terbenam untuk tenangkan fikiran.Lagi lagi dia duduk di bawah pokok dekat hujung tebing. Yelah,lepas seharian asyik berkepit dengan hyung dia je.

Beberapa minit kemudian,sesi melihat matahari terbenam pun tamat.Jungkook bangun sebab nak blah.Tiba tiba,Jungkook terdengar satu suara dari belah kanan.

"Suara siapa tu?Hantu ke?"Meremang Jungkook dibuatnya.Dia memerhati dengan tekun ke belah kanan.Kelihatan seorang perempuan sedang berdiri di tebing.Macam gaya nak bunuh diri je.Jungkook menapak ke perempuan itu dengan berhati hati.Penuh hati hati,hati hati and hati hati.Secara tidak sengaja,Jungkook terdengar perempuan itu membebel...

"Argh!!Baik aku bunuh diri aje!Hidup buat apa kalau selalu susah hati!Biar aku jadi hantu,pastu aku hantui kau jantan dayus!Biar kau koma dalam ICU sampai bila bila.Selamattt tingggalll duniaaa....Aaa!"Lisa ditarik seseorang.

Jungkook memandang gadis itu.Kelihatannya seperti baru selesai menangis hiba.Tanpa sedar,Jungkook tersenyum apabila Lisa berada dalam dakapannya.Mata mereka bertaut seketika.

Lisa yang berada dalam dakapan Jungkook segera menolak Jungkook dengan kasar."Kau siapa?Berani sentuh aku?!"

Jungkook memerhati.Kesian pun ada dengan gadis yang dia selamatkan itu.

"Maaf kalau awak marah.Saya just nak bantu..."

"Ooh sekarang kau cuba berlagak hero lah ye depan aku?"Lisa bercekak pinggang."Lelaki memang sume sama!Memula jadi hero,ber 'baby' bagai bila couple, lepas tu jadi babi sekelip mata!"Lisa berbahas.

Entahlah bahas ke tak tapi bagi Jungkook memang macam perbahasan pulak .Jungkook tak kecil hati sebab dia bukan pernah couple pun.So,dia bukanlah 'lelaki' yang disebut Lisa.Hahaha!

Apa apa jelah janji Lisa tetap comel bila dia marah.Jungkook tersenyum.

"Kau apa senyum senyum?!*kerut dahi*Mulalah tu nak tanya nama aku siapa kan?"Lisa tersenyum sinis."Well aku tau aku cantik."

"Taklah...just nak bagitau yang pipi awak comot.Banyak hingus bertepek kat situ."Jungkook tertawa.

Lisa menahan geram.Dia menyapu kasar pipinya yang comot tu. Eeuww!Tulah perasaan Jungkook bila tengok.

"Lelaki sume sama!Kejam!Suka kutuk kutuk orang!"Lisa mula menangis.

Jungkook gelabah."Eh awak!Jangan crying lak kat sini!"Jungkook cuba tenangkan Lisa.

"Nah! "Jungkook keluarkan sapu tangan dari kocek seluarnya.Lisa menepis.

"Taknak!Kotor!Entah apa benda ada kat sapu tangan kau tu!Aaaa!"Lisa menangis macam budak kecil.Hentak hentak kaki lagi.Tak tau ke kita kat tebing.Kalau tebing ni retak macam mana?Jungkook terus ambil langkah dramatik.Dia peluk Lisa!

Lisa tergamam seketika dalam pelukan Jungkook.Walaupun dalam tersedu sedu,dia cuba menahan esakan agar hingusnya tidak meleleh ke baju lelaki itu.

"Saya tak tahu masalah awak.Well...tapi saya akan cuba terapi mak saya."

Lisa hanya diam tidak berkutik.

"Everything yang jadi tu tak pernah ikut kehendak hati kita.Tapi apa yang berlaku tulah yang lebih baik dari apa yang kita sangka.Tu namanya hikmah... Faham?"Jungkook menggosok gosok belakang Lisa.

Lisa tidak tahu kenapa dia berasa safe bila dalam dakapan lelaki itu.Dia hanya rasa ketenangan.Ya...ketenangan...

Namun tidak bagi Jungkook.Jungkook melepaskan Lisa tiba tiba. Dia tidak selesa kerana jantungnya tidak berhenti berdegup bila berpelukkan dengan gadis itu.

"Urm...dah okey?"Jungkook bertanya dengan hati hati.

Lisa mengangguk perlahan.

Jungkook menghela nafas panjang dan tersenyum. Dia menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan baki sepaket biskut Chipsmore tadi.

"Nah!When we eat cookie,we will be happy!"Sekian selepas chipsmore diletak elok di tangan Lisa,Jungkook pun beredar.

Semakin lama bayangan Jungkook semakin hilang.Namun tidak di hati Lisa.Lisa merenung biskut Chipsmore itu.Tak semena mena dia tersenyum.

Bersambung kat rumah BTS di next ep.(^~^)

[C] My Universe [Lizkook]Where stories live. Discover now