Anzie 3 (6)

2.8K 56 0
                                    

             Keesokan harinya, Anzie dikejutkan dari tidur dengan panggilan telefon dari Joel. Dia menelefon Anzie seawal jam 6 pagi.

Anzie 📞 "Hm.. helo Joel? Awalnya awak call..?" Anzie menjawab panggilan telefon itu dengan suara lemah kerana baru bangun.

Joel 📞 "Hai.. sayang baru bangun ke?" Balas Joel di dalam telefon.

Anzie 📞 "Ye lah.. kalau tak bangun, nanti awak marah pula." Jawab Anzie lagi sambil menguap panjang.

Joel 📞 "Haha.. Anzie, i miss you.." sambil Joel tergelak, suara manjanya mengucapkan kata rindu pada isterinya yang baru saja semalaman tidak tidur bersamanya.

Anzie 📞 "I miss you too.. Awak buat apa sekarang? Luna dah bangun?" Soal Anzie pula risau jika anaknya masih belum bangun.

Joel 📞 "Sedang bancuh kopi. Luna tu, tengah sarapan," kata Joel. Kedengaran suara Luna memanggil ibunya di corong telefon. Ia membuatkan Anzie tergelak kecil.

Anzie 📞 "Sorry sebab susahkan awak.." ucap Anzie kerana serba salah bila Joel pula yang terpaksa menyiapkan Luna.

Joel 📞 "Hei.. i'm your husband and father of our daughter. It's my responsibility.. don't say sorry. And i want to say thank you, sebab tolong jaga mama.." Joel membalasnya dengan kata-kata indah. Anzie tersenyum sendirian.

Anzie 📞 "Hehe.. ye lah.."

Joel 📞 "Nanti saya call balik, nak bersiap dulu." Kata Joel.

Anzie 📞 "Okey sayang.. Bye.." balas Anzie dengan suara ayunya.

Joel 📞 "Bye sayang.." ucap Joel lalu dia menamatkan panggilan telefon itu.

Anzie yang masih berasa ngantuk, bangkit dari tempat duduk. Rasa mengantuknya itu tidak dipedulikannya. Mak cik Natasha pula masih lagi tidur ketika itu. Lalu dia masuk ke tandas dan mencuci mukanya. Bila teringat kembali perangai Joel yang nakal semalam, tercuit hatinya hinggakan dia tergelak sendirian di dalam tandas. Tiba-tiba dia berasa rindu kepada suaminya itu.

*****

             Anzie memerhatikan doktor Bert dari tepi pintu yang ketika itu sedang memeriksa ibu mertuanya. Pekerjaan mulia itu sentiasa dilakukan doktor Bert pada setiap hari tanpa mengeluh. Setelah dia selesai, Anzie mengikutnya dari belakang hingga ke luar bilik kerana ingin bertanya tentang mak cik Natasha.

             "Macam mana dengan keadaan ibu mertua saya sekarang? Dia dah ok?" Anzie menyoal doktor itu sambil berpeluk tubuh.

             "Hm.. sebenarnya, paru-paru puan Natasha semakin lemah. Dia kena tinggal lebih lama di sini," ujar doktor Bert dengan nada simpati.

Anzie terkejut mendengar berita dari doktor itu. Dengan cemas, dia bertanya lagi.

           "Jadi macam mana nak sembuhkan dia?"

            "Saya minta maaf.. saya tak boleh lakukan apa-apa. Kami tiada penawar yang boleh menyembuhkan sakitnya ni," ulas doktor itu lagi. Dia kasihan melihat Anzie yang kelihatan sedih.

            "Maksud awak.. dia takkan bertahan lama lagi untuk hidup..?" Soal Anzie. Suara sebak jelas pada suara ayunya.

            "Hm.. saya tak boleh cakap apa-apa sekarang. Sebab keadaan dia tak berapa stabil.." jawab doktor Bert lagi. Anzie terdiam sejenak memikirkan ibu mertuanya itu.

             "Puan jangan risau, kami akan sedaya upaya memikirkan cara untuk mengubati dia.." pujuk doktor itu kepada Anzie. Tangannya menepuk bahu wanita itu untuk menenangkannya. Anzie hanya tersenyum paksa kerana dia risau sekali. Entah apa agaknya yang akan terjadi bila Joel tahu berkenaan perkara ini. Pasti dia akan bersedih juga.

            "Em.. awak dah sarapan?" Tiba-tiba doktor itu mengubah cerita. Dia sebenarnya tidak mahu Anzie terlalu memikirkan perkara yang disebutnya tadi.

Anzie segera memandangnya lalu menjawab soalan itu.
            "Err.. belum. Kejap lagi saya akan turun bersarapan di cafe,"

Sambil menggaru leher, doktor Bert bertanya lagi kepada wanita bertubuh kecil itu.

             "Ah.. kalau awak tak kisah, jom lah kita sarapan bersama. Lagipun, ibu mertua awak sedang berehat sekarang." Ajaknya.

Anzie tergamam. Dia agak terkilan dengan ajakan doktor itu.
           "Maafkan saya, tapi.."

            "Jangan fikir yang bukan-bukan. Saya cuma nak berkawan saja," doktor itu mencelah kata-kata Anzie yang ketara tidak mahu menerima ajakannya itu.

            "Em.. tak apalah doktor.." Anzie menolak ajakan itu dengan suara halus.

              "Awak.. tak sudi ke berkawan dengan saya?" Doktor itu sengaja menyoal seperti itu. Nampak sekali mukanya agak kecewa.

            "Eh, bukan.. tapi, saya tak boleh.." jawab Anzie. Dia tidak tahu macam mana lagi cara untuk menolak pelawaan doktor Bert.

             "Kalau awak tak sudi.. tak apalah, lain kali saja. Itu pun kalau awak tak kisah," ujar doktor itu lagi. Tangannya menyeluk poket baju seragamnya.

Anzie yang berhati lembut terasa dengan kata-kata doktor itu. Dalam fikirannya, pasti doktor Bert berkecil hati kerana dia menolak ajakannya. Oleh kerana doktor itu telah berbudi kepada ibu mertuanya, dia pun setuju untuk bersarapan bersama dengan doktor tersebut.

            "Em.. baiklah. Tapi saya tak boleh lama.." kata Anzie. Suara lembutnya itu tambah menarik hati doktor Bert. Keayuan yang ada pada diri isteri Joel itu telah menambat hatinya yang sudah lama tertutup untuk wanita lain sejak isterinya meninggal dunia 2 tahun lalu.

Mereka pun turun ke tingkat bawah di mana terletaknya kafe yang ada di dalam hospital itu. Kerana terlalu asyik berbual, Anzie terlupa untuk membawa telefon bimbitnya bersama. Joel pada ketika itu sudahpun berada di pejabatnya. Sambil menunggu mesyuarat bersama klien yang akan dijumpanya hari ini, dia sempat menelefon Anzie.

Tut.. tut.. tut..

Deringan dari dalam telefon berbunyi. Tetapi ia tidak disambut oleh Anzie. Padamulanya, Joel berfikir yang baik-baik saja.

           'Kenapa dia tak jawab ni? Ah.. mungkin dia berada di tandas.'

Fikirnya ketika itu. Lalu dia pun menamatkan panggilan telefon yang tidak dijawab oleh Anzie. Dia bersandar pada kerusinya. Keluhan risaunya kedengaran dan dia pun menunggu selama 10 minit. Setelah 10 minit berlalu, dia cuba menelefon isterinya itu sekali lagi. Namun, ia tidak dijawab juga. Perasaannya mulai gelisah. Keningnya mengerut tajam. Lalu dia bangun dari kerusi pejabat dan mundar mandir di hadapan mejanya. Sekali lagi dia cuba menghubungi Anzie, tetapi ia masih tidak dijawab langsung. Dengan perasaan geram, fikiran negatifnya mula timbul. Berbagai-bagai bayangan yang muncul di dalam mindanya sekarang ini! Cemburu menguasai dirinya!

           "Hei Joel, klien tu cancel meeting lah. Dia kata hari Jumaat baru dia datang. Hari ni dia sibuk sikit," Dave masuk ke dalam pejabatnya dan memberitahukan hal itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

           "Ah! Buang masa saja saya tunggu!" Tiba-tiba Joel meninggikan suara kepada Dave.

           "What's wrong?" Dave bingung kerana awal pagi lagi Joel naik angin. Tidak seperti selalu, mereka akan berbual sambil ketawa pada awal pagi.

             "Hm, sorry. My mind messed up. Boleh tak awak tolong tengokkan pejabat saya sekejap? Saya nak ke hospital," ujar Joel lalu mencapai kot bajunya kemudian keluar dengan tergesa-gesa dari pejabat itu dengan mukanya yang bengis.

Dave terpaku di tengah-tengah ruang pejabat. Dia berasa hairan dengan kelakuan Joel itu. Tetapi dia faham, mungkin Joel rindukan ibunya yang sedang berada di hospital. Itu yang bermain di fikirannya. Jadi, dia biarkan saja kawan baiknya itu pergi.

Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋Where stories live. Discover now