Anzie 3 (21)

2K 66 13
                                    


                 Pada waktu tengah hari, Joel dan Dave keluar dari tempat kerja menuju ke hospital mencari doktor Bert. Luna dia tinggalkan di pejabat dan meminta pertolongan rakan sekerjanya untuk menjaga anak itu sebentar.

               "Ingat tau Joel, jangan serang doktor tu. Tanya dia baik-baik.." kata Dave semasa mereka berada di dalam kereta. Raut wajah Joel yang bengis membuatkan dia berkata seperti itu. Pasti Joel akan menyerang doktor itu secara melulu.

               "Hm.." Joel mengeluh. Dave yang sudah cukup mengenalinya, seakan-akan tahu yang dia akan bertindak kasar terhadap doktor tersebut.

Sesampai saja mereka di hospital, langkah kaki Joel yang laju membuatkan Dave terkejar-kejar dari belakang. Dengan bermuka bengis, Joel mencari doktor itu di setiap bilik pesakit tempat ibunya pernah ditahan dulu.

Kakinya terhenti sejenak ketika melihat doktor Bert sedang berbual dengan beberapa orang jururawat di hujung ruang hospital. Ditariknya nafas sedalam-dalamnya sebelum menerpa lelaki itu. Dave sentiasa mengawal tingkah laku Joel yang sedang dilanda kemarahan.

Doktor Bert tersentak dengan kedatangan Joel ke hospital itu. Perasaan gusarnya muncul saat Joel maju ke arahnya.

           "Hei, mana isteri saya?" Dengan kasarnya Joel menegur doktor Bert yang sedang memegang fail perubatan dengan tuduhan tidak berasas.

Doktor itu agak terkejut bila Joel mengutarakan soalan itu kepadanya.

            "Apa maksud awak?" Soalnya semula. Dia berasa bingung sekali. Dan pada masa yang sama dia risau tentang Anzie.

Dave hanya mendengar perbualan itu di sisi Joel tanpa mencelah. Kali ini dia biarkan Joel sendiri berbicara dengan doktor tersebut.

             "Jangan nak buat-buat bodoh. Saya tahu awak ada hubungan dengan dia, kan?" Joel membentaknya lagi. Sakit hatinya melihat muka doktor Bert ketika itu. Jari jemarinya membentuk penumbuk. Mahu saja dia membelasah doktor berstatus duda itu sekarang dengan tumbukan bertubi-tubi.

            "Maafkan saya, tapi kami hanya berkawan biasa saja. Tidak lebih dari itu." Jawab doktor Bert dengan tenang. Tetapi dia rasa bersalah kerana menyukai isteri Joel.

             "Hari tu awak keluar dengan dia, takkan tiada apa-apa hubungan?" Joel menambah soalan lagi. Pandangannya yang tajam merenung ke arah muka doktor Bert.

Doktor Bert menjadi tidak tentu arah bila soalan itu menyentap hatinya.

             "Kami cuma sambut birthday anak saya malam tu. Tapi itu tak bermaksud kami ada hubungan sulit. Awak dah salah faham," doktor itu membalas soalan Joel.

Kerana terlalu panas hati dengan doktor itu, Joel segera menarik kolar baju doktor Bert dengan kasar sambil jari telunjuknya ditundingkan tepat pada mukanya.

             "Awak dengar sini, Anzie isteri saya! Sepatutnya awak elakkan diri dari dia, bukannya nak bawa dia sesuka hati!" Ujar Joel. Nafasnya berhembus panas di depan doktor Bert.

Dave yang terkejut dengan kelakuan Joel, segera menarik badan kawannya itu.

           "Joel sabar!" Katanya.

           "Awak tahu tak? Dia kesunyian sebab awak tak melayan dia? Saya simpati dengan nasibnya yang tidak dipedulikan seperti tunggul kayu oleh awak," jawab doktor Bert kerana sakit hati. Kata-katanya itu serta merta menaikkan kemarahan Joel.

            "Kurang ajar!" Jerit Joel lalu ditumbuknya muka doktor itu kerana terlalu berang.

Buk!

Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋Where stories live. Discover now