Anzie semakin risau akan Joel yang masih belum pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam, Anzie menunggu Joel di ruang tamu dengan hati gelisah. Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi suaminya itu, tetapi tidak berhasil. Joel tidak menghidupkan telefon bimbitnya. Ia semakin membuatkan Anzie tidak keruan dan dia takut jika Joel berbuat sesuatu yang di luar kawalan. Tapi dia tetap bersabar menunggu kedatangan suaminya hingga dia terlelap di atas bangku sofa.Krak..
Pintu rumah dibuka dengan perlahan. Joel datang dengan keadaan yang lemah. Ketika dia ingin naik ke atas, dia terpandang ke arah bangku sofa. Dilihatnya Anzie tertidur pada bangku itu.
'Dia tunggu saya balik?'
Bisik hatinya. Lalu dia menuju ke arah isterinya yang lena tidur. Diusapnya rambut Anzie yang menutupi wajahnya. Dia kemudiannya mengangkat badan isterinya itu naik ke atas tanpa Anzie sedari. Kerana terlalu penat, Anzie langsung tidak sedar Joel mengangkatnya.
Dia membaringkan Anzie di tilam, dan Joel duduk di tepinya dengan perasaan hiba. Wajah ibunya masih terpampang di ingatannya. Tangisannya terjadi.. dia tidak dapat berfikir apa-apa lagi. Satu persatu baju hitamnya dibuka, lalu dia menuju ke bilik mandi. Kenangan bersama ibunya asyik bermain di dalam fikirannya. Sukar untuk dia menerima pemergian ibunya itu. Dia menangis lagi di dalam bilik mandi. Rumah itu tidak sama lagi tanpa ibunya. Semangatnya hilang.. nasihat-nasihat ibunya kerap bermain di minda. Senyuman dan gelak tawanya juga terngiang-ngiang di telinganya.
"Mama.. i miss you.." ucapnya sendirian diiringi tangisan pilu.
Dia berendam di dalam tab mandi selama beberapa jam hingga terlelap di dalam air yang sejuk. Anzie tersedar dari tidur dan mendapati dirinya sedang berada di dalam bilik. Ketika dia memandang di sebelah badannya, Joel tidak ada di situ. Dia terkejut dan bingkas bangun.
"Siapa hantar saya ke sini kalau bukan Joel?" Katanya sendirian. Matanya melihat ke arah pintu bilik mandi. Cahaya lampu dari dalam membuatkan dia segera menuju ke arah pintu itu.
Tok.. tok.. tok..
Diketuknya pintu bilik mandi dengan perlahan.
"Joel..?" Dipanggilnya nama Joel untuk memastikan suaminya itu berada di dalam.
Namun, panggilan itu tidak dijawab. Beberapa kali dia memanggil, tapi Joel masih tidak menyahut. Pintu bilik mandi itu tidak berkunci, Anzie pun segera membukanya.
"Joel!" Jeritnya bila melihat Joel tertidur di dalam tab mandi. Kulit tubuhnya kian pucat kerana sudah terlalu lama berendam di dalam air.
Anzie meluru ke arahnya. Dia takut jika terjadi apa-apa kepada suaminya itu.
"Joel bangun, bangun!" Pekiknya lagi sambil menepuk-nepuk pipi Joel yang pucat.
Joel yang lemah, membuka matanya dengan perlahan. Ditenungnya wajah Anzie yang penuh kerisauan di tepi tab mandi.
"Apa awak buat ni!? Bangun cepat..!" Anzie memarahi suaminya lalu menarik lengan Joel untuk berdiri.
"Leave me alone.." sahut Joel dengan suara lemah.
"Jangan begini Joel.. tolonglah.. lupakan saja yang lalu.." balas Anzie dengan suara sebak. Dia masih cuba menarik tangan Joel yang sejuk.
"I said, leave me alone!" Jerkah Joel lalu melepaskan tangan Anzie dengan kasar.
Anzie terkilan dengan sikap kasar Joel terhadapnya. Tetapi dia faham.. Joel jadi begitu kerana terlalu sedih. Anzie berdiri dengan tangisan hiba. Pandangan Joel terhadapnya tajam sekali seperti tidak mahu diganggu oleh sesiapa.
"I'm.. sorry. I just.. need to be alone.." kata Joel lagi. Matanya tidak lagi melihat isterinya yang sedang menangis.
YOU ARE READING
Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay English Photo credit : Christina Ricci Warning : MATURE CONTENT! 18SX SCENE! 🔞 > Kenangan pahit yang telah Anzie lalui setahun yang lalu telah berjaya dia lupakan. Mak cik Natasha pula jatu...