"What? Tapi Joel, Mr. Thomas tu klien penting kita. Kalau bos tahu awak tak datang hari Jumaat ni, habislah kita semua," Dave menggaru kepalanya kerana risau dengan perjumpaan bersama klien syarikat mereka dan Joel pula tidak mahu menghadiri perjumpaan itu."Dave, saya dah janji dengan Luna nak pergi ke sekolah dia. Nanti marah pula budak tu dengan saya," ujar Joel ketika mereka sedang berbual di dalam pejabat.
"Hmm.." Dave merengus panjang. Mukanya masam mencuka. Entah apa yang perlu dikatakannya kepada bos besar mereka nanti.
"Hei.. ye lah. Saya datang. Luna pasti akan marah lagi," kata Joel dengan nada kecewa. Dia telah berjanji kepada anaknya untuk datang ke sekolah bersama Anzie. Tetapi keadaan itu tidak mengizinkan dia untuk datang pada hari tersebut. Terpaksalah dia menghadapi Luna nanti dan anak kesayangannya itu tentu akan berkecil hati dengannya.
Tetapi pada masa yang sama, dia tidak mahu Dave bersendirian ketika perjumpaan itu nanti. Lagi pula, Mr. Thomas itu orang penting dalam syarikat mereka. Fikiran Joel bercelaru. Kerja, anak, ibunya dan Anzie.. semua itu bermain di dalam fikirannya.
"Maaflah Joel, saya tahu awak banyak masalah. Tapi, meeting kali ni awak tak boleh escape." Ulas Dave dengan suara perlahan. Dia faham dengan keadaan Joel yang terlalu banyak berfikir tentang keluarganya. Terutama sekali ibunya yang sedang sakit sekarang.
"Eh, minta maaf apa pula? Kan itu memang kerja kita?" Balas Joel sambil tersengih.
"Haha.. mana tahu awak marah? Habislah saya ditumbuk awak," Dave bergurau pula. Joel turut tergelak dengan gurauan Dave itu.
******
Petang itu, Joel mengajak Anzie dan Luna melawat ibunya di hospital. Ketika mereka masuk ke dalam bilik mak cik Natasha, doktor Bert sedang leka berbual dengan ibu Joel. Riak wajah Joel tiba-tiba bertukar masam. Anzie agak risau ketika itu kerana dia takut jika Joel bertindak melulu ke atas doktor Bert. Lalu dia sengaja mencapai lengan Joel dan mengenggamnya erat tanpa memandang doktor Bert. Luna yang langsung tidak faham akan situasi tegang itu, berlari ke arah mak cik Natasha untuk melepaskan rindu.
"Nenek!" Jeritnya dengan wajahnya yang ceria.
"Hai Luna.." Mak cik Natasha membalas panggilan Luna dengan suara serak. Matanya melihat anak dan menantunya.
Joel dan Anzie pun mara ke arah katil tempat mak cik Natasha. Doktor Bert tanpa segan silu menyapa mereka dengan senyuman kambing di mukanya. Berbunga hatinya bila melihat Anzie memakai gaun pendek berwarna ungu pada hari ini.
"Hai, good evening." Ucapnya.
"Em, hai." Jawab Joel dengan kasar sedikit tanpa memandang mukanya. Kalau boleh, dia tidak mahu menyahut sapaan itu.
Ingin juga Anzie menyapa doktor Bert, tetapi dia tidak berani melakukannya. Joel tentu akan marah lagi jika dia bercakap dengan doktor kacak itu.
"Sila keluar," kata Joel dengan tiba-tiba mengarah doktor itu keluar dari bilik tersebut dengan pandangan tajam.
Doktor Bert terkedu dengan arahan Joel yang kasar itu. Bila dia melihat Anzie yang bermuka resah, dia boleh rasakan wanita itu seperti dikongkong oleh suaminya. Hinggakan pandang mukanya pun Anzie takut. Apatah lagi berbicara.
"Em.. ok. Tentang puan Natasha.."
"Tak payah nak bagitahu. Tolong keluar sekarang!" Joel mencelah kata doktor Bert yang ingin menjelaskan tentang sakit mak cik Natasha.
YOU ARE READING
Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay English Photo credit : Christina Ricci Warning : MATURE CONTENT! 18SX SCENE! 🔞 > Kenangan pahit yang telah Anzie lalui setahun yang lalu telah berjaya dia lupakan. Mak cik Natasha pula jatu...