Sesampai saja mereka di rumah, Joel ingin memulakan semula pergaduhan. Di dalam kereta tadi dia langsung tidak berkata apa-apa kerana Anzie masih menangis. Sambil melonggarkan tali leher dan duduk di sofa, Joel meluahkan rasa tidak puas hatinya lagi."Begitu ramai perempuan di luar, isteri orang juga dia nak kebas? Doktor tak guna! Sekali lagi saya nampak dia dekat dengan awak, nahas dia!" Katanya dengan amaran keras sambil memandang ke arah Anzie yang sedang menutup pintu rumah.
Anzie tidak mengendahkan Joel yang sedang marah itu. Lalu dia bergegas naik ke tingkat dua dan langsung masuk ke bilik mereka. Dia masih teresak-esak menangis dan terus melompat di atas tilam gebu mereka. Joel tidak pernah sekalipun memarahi dia seperti ini, dan ini adalah yang pertama kalinya dia ditengking. Kata-kata pedas Joel itu sungguh menyengat dan telah menyakiti hatinya yang lembut. Joel pun mengejarnya hingga ke bilik.
"Anzie, lepas ni saya tak mahu lagi awak datang ke hospital tanpa saya." Kata Joel yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Dia mengejar Anzie dari belakang kerana Anzie tidak mempedulikan amarannya tadi. Dahi Joel berpeluh-peluh keluar dari liang-liang roma kulit kepalanya. Kulit wajahnya juga tampak kemerahan kerana terlalu marah. Dia berdiri di tepi katil sambil memandang Anzie yang menekup mukanya dengan bantal. Kata-kata Joel langsung tidak dijawab oleh Anzie, kerana dia terlalu takut bila Joel naik angin.
Dengan langkah kaki perlahan, Joel menuju ke arah Anzie. Lalu Joel duduk di samping badannya yang membelakangkan dia. Diusapnya bahu Anzie dengan lembut, tanda ingin memohon maaf. Tetapi Anzie mengelak tidak mahu disentuh oleh suaminya itu. Joel tersentap dengan elakkan itu. Dia berdengus kecil. Kemudian, dia cuba sekali lagi menyentuh lengan Anzie yang halus. Masa itu, masih kedengaran suara teresak-esak isterinya, ia jelas pada sudut bantal. Tetapi Anzie menepis tangan Joel yang mahu menyentuhnya lagi. Perasaan marah Joel mula reda bila melihat isterinya merajuk. Lalu dia berbaring di belakang Anzie untuk memujuk.
"Anzie.. i'm sorry.." ucap Joel dengan nada lembut. Dia tahu, dia bersalah kerana menuduh Anzie curang. Tetapi perasaan cemburunya sukar dikawal. Hinggakan Anzie pula dijadikan mangsa.
"Tak payahlah nak minta maaf kalau awak asyik nak cari kesalahan saya.." Akhirnya Anzie menjawab, tetapi dengan nada merajuk.
"Sayang.." Joel memanggil lagi sambil mengucup bahu Anzie seperti selalu. Jari jemarinya menyisip pada pinggang Anzie. Dia mahu isterinya memaafkan dia.
"Kenapa awak tak percayakan saya..? Saya kata, saya tak ada hubungan dengan dia.." ujar Anzie lagi. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Joel membelai Anzie yang menangis seperti anak kecil.
"Shh.. shh.. ok sayang, saya percaya.." pujuk suaminya lagi meminta Anzie untuk hentikan tangisannya. Dipeluknya badan Anzie dengan erat dan dia menggantikan bantal yang sedang Anzie guna dengan lengannya. Anzie biarkan saja Joel lakukan itu.
"Saya susah hati.. saya takut awak akan dirampas dari saya, Anzie. Saya tak mahu kejadian dulu berulang lagi," kata Joel lagi. Di dalam hatinya sangat risau, dia dapat rasakan Anzie akan berpaling arah darinya.
"Awak tak patut fikir macam tu.. awak cuma menyakitkan diri sendiri, termasuk saya. Tolonglah jangan berfikiran negatif, Joel.." balas Anzie. Dia mencapai jari jemari Joel yang berada di pinggangnya. Diusapnya tapak tangan Joel yang besar itu.
"Sebab saya terlalu sayangkan awak, sebab tu saya cepat marah dan cemburu," Jawab Joel lagi.
Anzie memusingkan badannya berhadapan dengan Joel. Joel segera mengesat kelopak mata Anzie yang kebasahan dek terkena cucuran air mata.
"Saya tak mahu bergaduh lagi, Joel.. saya tak suka sakit hati.." ucap Anzie dengan suara sebak. Joel lantas mengucup bibir Anzie yang kemerahan kerana terlalu menangis tadi. Setelah beberapa saat, dia melepaskan kucupan itu. Ditenungnya wajah Anzie yang ayu dengan penuh rasa cinta.
"Saya pun tak mahu benda tu berlaku lagi sayang.. i'm Sorry for yelling at you.. sorry dear.. so sorry.." ucap Joel dengan sepenuh hatinya meminta maaf kepada Anzie sambil tangannya memeluk badan isterinya dengan erat. Hatinya lebur bila Anzie menangis kerananya. Perasaan bersalah itu bermain di fikirannya.
"Sa.. saya takut kalau awak marah.." suara ayu Anzie berkata di sebalik pelukan Joel. Mendengar saja ayat itu dari mulut Anzie, Joel tambah memeluk badan molek itu dengan erat. Dia sendiri menyedari akan sifatnya itu. Bila dia sedang marah, dia akan menyakitkan sesiapa saja.
"Saya tak akan marah lagi sayang.." balas Joel. Tetapi dia sendiri tidak pasti, dapatkah dia mengawal perasaan marahnya lain kali bila terlihat Anzie dengan lelaki lain? Joel menjadi risau. Dia benci dengan dirinya yang kuat marah."Joel.." Anzie menyebut nama Joel sambil mendongakkan kepala melihat suaminya.
"Ya?" Joel menyahut lembut.
"Sorry, sebab lupa bawa handphone.. saya tak sengaja. Tapi itu bukan sebab doktor.."
"Shh! Jangan sebut nama orang tu, please? I don't wanna hear the name again. Nanti saya mengamuk lagi," Joel memotong percakapan Anzie yang baru mahu menyebut nama doktor Bert. Nampaknya dia benar-benar benci kepada doktor tersebut.
Anzie terdiam bila Joel berkata begitu. Lalu dia mengucup dagu Joel. Tetapi Joel segera menangkap bibir Anzie yang lembap dengan bibirnya. Dan mereka pun berbalas ciuman mesra itu di atas katil. Pada masa yang sama, Joel mengusap-usap rambut Anzie yang halus. Oleh kerana geram dengan permainan ciuman Joel yang agak rakus, Anzie mengigit bibirnya.
"Aw! Anzie..?" Joel terkejut dengan gigitan itu. Anzie tergelak melihat Joel kesakitan. Hati Joel menjadi sejuk seperti disiram ais bila melihat isterinya mengukir senyuman dan tidak lagi menangis seperti tadi.
"Marah?" Anzie mengejeknya seperti mana Joel selalu ejeknya dulu.
"Taklah.. saya suka. Gigit lagi, hehe.." Joel membalas ejekan itu sambil ketawa keanakan. Anzie segera menerkam Joel dan menggigit-gigit bibir suaminya.
~~~~
Pergaduhan mereka yang singkat telah dapat dikawal oleh Joel sendiri. Tetapi sejak dari hari itu, Anzie tidak lagi dibenarkan menjaga mak cik Natasha. Joel pula sudah mulai mengawal tindak tanduk Anzie, kerana Anzie semakin menawan di mata lelaki. Pemakaiannya juga bukan lagi seperti dulu. Sebab itu Joel benci bila lelaki lain merenung tubuh badan isterinya. Namun, perasaan Anzie terhadap Joel tetap sama. Ia tidak pernah berubah sedikit pun.
YOU ARE READING
Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay English Photo credit : Christina Ricci Warning : MATURE CONTENT! 18SX SCENE! 🔞 > Kenangan pahit yang telah Anzie lalui setahun yang lalu telah berjaya dia lupakan. Mak cik Natasha pula jatu...