Anzie 3 (16)

2K 55 9
                                    


                   Setelah setengah hari bersiar-siar dengan doktor Bert dan anaknya, mereka pun pulang. Luna gembira sekali pada hari ini kerana dapat bergembira bersama kawan baiknya. Anzie tidak mampu berkata apa-apa lagi kerana dia masih risau jika Joel tahu dia keluar bersama doktor Bert.
 
                  "Hm.. Anzie, kalau ada apa-apa nak minta tolong, awak hubungi saya saja." Kata doktor Bert lalu menghulurkan kad kerjanya yang tertulis nombor telefon.

                "Err.. saya ok je. Tak payahlah.." jawab Anzie. Dia tidak mengambil kad itu kerana berasa tidak selesa.

                 "Ok, tak apa." Doktor Bert memasukkan semula kad itu ke dalam begnya. Walaupun dia agak kecewa sikit, tetapi dia tetap tersenyum.

Dari raut wajah Anzie, doktor itu tahu Anzie tidak gembira dan dia cuma ingin berkawan dengannya saja. Sesampai saja di hadapan pintu pagar rumah Joel, doktor Bert melihat sekeliling. Rumah agam yang besar itu kelihatan menarik. Tapi di dalam hatinya berbisik..

'Adakah kamu gembira tinggal di rumah ini, Anzie?'

Sebelum Anzie melangkah keluar, dia berkata..
               "Terima kasih doktor.. pasal kad tu.. saya minta maaf. Tapi lain kali, saya harap kita jangan bertemu lagi," ucap Anzie.

Terkilan doktor Bert bila Anzie menyuarakan isi hatinya. Dia tak sangka Anzie akan berkata seperti itu. Padahal dia ingin lagi berjumpa dengan Anzie. Tetapi dia membalasnya dengan senyuman.

                "Kalau itu yang awak pinta, ok.. saya nak minta maaf kalau saya menganggu hidup awak," balas doktor itu dengan nada kecewa.

                "Eh, bukan itu maksud saya. Cuma.. saya tak nak suami saya fikir yang bukan-bukan. Elok lagi kalau kita tidak berjumpa. Em.. saya pergi dulu," ujar Anzie dan dia melemparkan senyuman manis kepada doktor Bert.

Doktor Bert menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia ingin tahu lebih lanjut tentang diri Anzie, tetapi wanita itu ingin mengelak darinya. Dia tahu Anzie isteri orang, namun, perasaan suka itu sukar untuk dibuang. Dia menahan perasaan itu. Dia berharap akan berjumpa dengan wanita lain yang sama seperti Anzie. Kelembutan yang ada pada diri wanita itu menyejukkan hatinya. Dia melihat Anzie dan Luna masuk ke dalam perkarangan rumah mereka hingga hilang dari pandangan matanya. Dia pun berlalu pergi dari situ..

*****

               Petang itu, sambil Luna dan Anzie berbual di ruang tamu, Joel pulang dengan muka muramnya. Perbualan Anzie dan Luna terhenti sejenak.

              "Hai sayang.." Anzie menyapanya dengan mesra, lalu menyambut kedatangan Joel seperti selalu. Dia ingin mencium dan memeluk suaminya, tetapi Joel mengelak dari disentuh.

             "Hai, saya penat.." sahut Joel. Anzie terkelu  bila dia berperangai seperti itu. Luluh hatinya bila Joel tidak mahu disentuhnya.

Joel berlalu pergi tanpa melihat anaknya yang sedang duduk di atas bangku sofa. Anzie yang masih berdiri kaku di hadapan pintu ingin menangis. Tetapi dia menahan sebak itu. Sudah beberapa kali Joel berkelakuan dingin terhadap mereka sejak kematian ibu mertuanya. Joel naik ke tingkat atas tanpa menoleh lagi ke belakang. Anzie dan Luna dibiarkan begitu saja. Dia langsung tidak bertanya tentang persembahan Luna pagi tadi. Anzie makin tertekan!

~~~~~

Hujan lebat pada malam hari menyejukkan tubuh badan Anzie yang ketika itu berada di dalam bilik anaknya. Dalam fikirannya sekarang, adakah Joel merinduinya? Luna yang sudah terlelap tidur ditenungnya. Anzie teringin dipeluk Joel.. lalu dia bangkit dari katil anaknya dan masuk ke bilik mereka. Dilihatnya Joel sedang berbaring di atas tilam.

Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋Where stories live. Discover now