Dr. Bert (special edition) part.1

2.9K 53 8
                                    

         
                 Cuti tahunan sekolah Timmy telah pun bermula. Doktor Bert mengambil cuti seminggu untuk pulang ke rumah keluarganya yang berada di Bexleyheath, London bersama dengan anaknya.
           

Timmy keriangan sesudah sampai di rumah neneknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Timmy keriangan sesudah sampai di rumah neneknya. Doktor Bert berasa nyaman sekali di perkampungan ini. Kehijauan tumbuh-tumbuhan di sekitar rumah menghilangkan rasa penatnya yang telah berjalan jauh dari bandar. Rumah tempat dia dibesarkan masih kelihatan cantik dan sejuk mata memandang. Tanpa berlengah, dia keluarkan beg berisi baju-baju dia dan Timmy  dari dalam bonet kereta. Suara Timmy yang kuat membuatkan ibunya segera keluar dari rumah dan menjemput mereka.

             "Cucu nenek dah datang! Haha.." suara gembira ibunya kedengaran hingga di rumah jiran sebelah sambil memeluk Timmy. Doktor Bert menggeleng-gelengkan kepala kerana ibunya  tidak pernah berubah dari dulu.

             "Hi mom, how are you?" Doktor Bert menyapa ibunya ketika berada di depan pintu rumah. Dia mengucup pipi ibunya untuk hilangkan rasa rindu.

              "Your mother is always happy! Seronoknya tengok kamu balik. Dah lama mama tunggu tau," balas ibunya sambil mengusap rambut doktor Bert yang terusai ditiup angin. Anak kesayangannya yang sudah berbulan-bulan tidak pulang kampung, akhirnya datang pada hari ini.

             "I miss you, mom. Mana bapa?" Ucapnya. Anak matanya melihat sekeliling mencari kelibat orang tua lelakinya.

             "Ah, macam biasalah. Dia kan suka lepak dengan kawan-kawan dia di kedai makan. Nanti baliklah tu.." ujar ibunya lagi, lalu menarik tangan doktor Bert masuk ke dalam rumah.

Doktor Bert seperti Joel juga, seorang anak tunggal dan tidak mempunyai adik beradik. Meskipun begitu, dia tidak pernah merasa sunyi. Kerana ibunya yang ceria sentiasa menggembirakan hatinya. Tambahan pula Timmy yang periang hadir dalam hidupnya.

              "Timmy, jangan berlari di tangga, nanti jatuh." Doktor Bert menegur Timmy yang lincah berlari-lari di dalam rumah neneknya.

               "Kamu dah makan ke? Mama dah siapkan makanan tengah hari. Pergilah bawa Timmy makan," ajak ibunya.

               "Tak apalah, saya belum lapar lagi. Masa perjalanan tadi saya ada belikan makanan untuk Timmy. Nanti saja," balas doktor Bert lalu melabuhkan punggungnya ke atas bangku sofa berlapiskan kain kapas yang lembut. Dia tampak lelah ketika itu. Ibunya pun duduk bersama dengan dia di atas bangku itu. Matanya merenung tajam pada raut wajah doktor Bert yang sudah lama membujang.

                 "Hm.. mama sebenarnya ada nak sampaikan kepada awak, Bert. Tapi jangan marah ye?" Kata ibunya dengan suara yang agak gelisah.

Doktor Bert memandangnya dengan muka curiga, lalu bertanya..
                "Tentang apa?"

                "Hehe.. mama nak kenalkan awak dengan seorang gadis. Dia tinggal berdekatan sini juga. Dan malam ni, mama jemput dia dan keluarganya makan malam di sini," terang ibunya lagi. Senyuman sengihnya itu terpancar di wajahnya yang semakin dimakan usia.

Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋Where stories live. Discover now