Hubungan antara doktor Bert dan Eliza semakin rapat sejak hari kemarin. Eliza pergi ke kolej seperti biasa pada keesokan harinya dengan hati gembira. Ketika dia masuk ke kawasan kolej, semua mata pelajar tertumpu padanya sambil berbisik-bisik. Senyumannya tadi hilang. Matanya asyik melihat kiri dan kanan memandang mereka. Hatinya mulai gusar.'Kenapa mereka pandang saya macam tu?'
Dia bertanya diri sendiri sambil kakinya melangkah laju masuk ke dalam bangunan kolej. Semasa dia sedang membuka loker untuk mengambil buku, sekumpulan pelajar perempuan menerpanya dengan pandangan sinis.
"Hei.. seronoknya awak ada sugar daddy.. haha!" Salah seorang pelajar menyindirnya.
Bum!
Bagaikan ada bom atom meledak di dalam hati Eliza ketika itu. Bahang panas mula menyelubungi kulit tubuhnya. Dia terkelu, takut dan bercelaru.
"Biasalah.. kalau gadis kampung memang sanggup buat apa saja untuk datang ke bandar. Lagi-lagi kalau nak sambung belajar." Sekali lagi pelajar itu menyindir. Gelak tawa mereka berkumandang di seluruh ruang loker.
Air mata Eliza tiba-tiba mengalir dengan deras. Sakit sekali hatinya ketika ini!
'Cathy.. awak pecahkan rahsia ke..?'
Dia menyoal di dalam hati lagi. Tanpa mempedulikan gadis-gadis itu, dia berlari ke arah kelasnya dengan perasaan marah untuk mencari Cathy. Saat dia masuk, kakinya terhenti di hadapan pintu.
Cathy berkumpul dengan rakan-rakan sekelasnya, bergelak ketawa seperti sedang membicarakan tentang dirinya. Eliza bertambah sakit hati! Dia mara ke tempat mereka berkumpul. Nafasnya berdengus laju, air matanya tidak henti-henti mengalir. Dan dia mengesatnya menggunakan lengan. Dari jauh Cathy perasan akan kehadiran Eliza, tetapi dia menjeling dan menyambung perbualan antara rakan sekelasnya.
Bak!!
Buku yang dipegang Eliza dihempas atas meja berhadapan dengan Cathy. Matanya merenung tajam pada kawan yang disangkakannya baik itu.
Mereka yang ada si situ terdiam. Namun, masih ada suara berbisik di antara mereka. Cathy berdiri dengan pandangan sinis pada Eliza. Lalu, dia maju ke depan gadis itu."What?" Soalnya. Tangannya berpeluk tubuh sambil matanya menjeling Eliza. Tanpa menjawab, Eliza lantas menampar pipi Cathy kerana terlalu berang.
Pak!
"Ah!"
Cathy tersandar di tepi meja sambil memegang pipinya yang kemerahan. Darah panasnya naik di kepala ketika ini. Rakan-rakannya berdiri memerhatikan pergaduhan itu.
"Sa.. sanggup awak tipu saya..? Saya sangka.. awak baik.." Eliza berkata sambil menangis. Cathy tersengih, lalu dia menolak bahu Eliza dengan kasar sehingga Eliza terundur ke belakang.
"Haha! You don't know me yet.. Eliza." Balas Cathy.
"Kenapa awak buat saya macam ni? Hah!? Saya tak ganggu hidup awak pun!" Jerkah Eliza lagi."Awak tahu tak saya sukakan Jay!? Sebab awaklah dia tak pandang saya lagi!" Jerit Cathy. Rupa-rupanya dia cemburu Jay lebih sukakan Eliza daripadanya.
"Itukah sebab awak pecahkan rahsia saya? Saya tak pernah pun sukakan dia! Takkan sebab tu awak layan saya macam ni!?" Bentak Eliza lagi.
"Yes! Saya benci perampas! Dasar gadis tak sedar diri! Semua lelaki awak mahu, tak kiralah tua atau muda!" Cathy memerli Eliza dengan tuduhan yang tidak benar.
Eliza semakin sakit hati mendengarnya. Kemarahan yang membuak-buak membuatkan dia terus menyerang Cathy.
Pak!
YOU ARE READING
Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋
RomantizmI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay English Photo credit : Christina Ricci Warning : MATURE CONTENT! 18SX SCENE! 🔞 > Kenangan pahit yang telah Anzie lalui setahun yang lalu telah berjaya dia lupakan. Mak cik Natasha pula jatu...