Joel berlegar-legar di ruang hospital seperti orang hilang akal. Kepalanya sering digaru walaupun tidak gatal. Perasaan cemburu menguasai hati dan fikirannya saat ini. Lalu dia menuju ke kaunter pertanyaan dan bertanya kepada pekerja kaunter disana."Hai cik, saya nak tanya ni. Boleh ke saya minta seorang doktor menggantikan doktor yang merawat ibu saya?" Soalnya sambil mengerutkan kening.
Dua orang pekerja kaunter tersebut saling berpandangan kerana tidak ada sesiapa pernah bertanya soalan seperti itu kepada mereka.
"Em.. siapa nama ibu encik?" Salah seorang pekerja kaunter bertanya kepada Joel.
"Natasha Dwayne." Jawab Joel. Lalu pekerja itu menyemak senarai nama pesakit dan jadual doktor yang menjaga mak cik Natasha.
"Maaf encik, tapi.. kami tidak boleh sesuka hati menukar jadual doktor-doktor atau jururawat yang bekerja. Lagipun, bukan kami yang bertanggungjawab menguruskan jadual mereka," ulas pekerja itu. Joel menjeling mereka dengan hampa.
"Doktor Bert telah ditugaskan untuk menjaga beberapa pesakit sini termasuk ibu encik, hinggalah ibu encik keluar hospital lain kali." Sambung pekerja itu lagi.
Makin bertambah resah pula Joel mendengar ulasan pekerja itu.
"Hm, baiklah. Thank you," ucapnya lalu beredar dari kaunter tersebut. Dia menarik nafas panjang dan kembali semula ke bilik tempat ibunya berada.
Anzie yang sedang memberi mak cik Natasha ubat, melihat Joel masuk ke dalam dengan mukanya yang masam.
"Papa pergi mana tadi?" Luna bertanya kepada papanya itu. Joel tersenyum lalu mendukung Luna duduk di atas bangku.
"Tiada sayang.. kenapa?" Joel bertanya pula pada Luna. Anzie dan mak cik Natasha tidak menganggu perbualan anak beranak itu.
"Papa marah mama?" Luna menyoal lagi. Dia juga sedar yang Joel bersikap dingin dengan Anzie tadi.
"Eh? Who said that? Papa tak marah mama lah," ujar Joel sambil matanya memandang Anzie. Anzie agak tersentuh dengan soalan anaknya kepada Joel.
"Tapi.. kenapa papa tinggalkan mama?" Anak kecil itu menyoal seperti mahu tahu apa sebenarnya terjadi. Joel terdiam sejenak.
"Em.. papa tak tinggalkan dia lah. Banyaknya soalan awak hari ni?" Joel bertanya semula kepada Luna.
"Luna tidak mahu papa dengan mama bergaduh lagi.." ujar anak itu. Pasti kenangan mereka yang lalu menjadikan anak itu trauma. Ia lantas menyedarkan Joel. Lalu dia memeluk badan Luna dengan erat.
"No.. it won't happen again. I promise.." kata Joel. Dikucupnya kepala Luna. Bila dia mengimbas kembali kenangan pahit dia dan Anzie bergaduh, hatinya luluh. Dia juga tidak mahu perkara itu terjadi lagi. Betapa sakitnya bila ditinggalkan isteri yang sangat dicintainya ketika itu.
"Hm.. Joel, janganlah kamu berprasangka buruk terhadap satu sama lain. Kamu dah 6 tahun berkahwin.. Anggaplah masa lalu itu satu pengajaran. Jangan ulangi lagi, faham? Sekarang, awak kena jaga mereka dengan baik. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Kena saling percaya, barulah keluarga akan bahagia," mak cik Natasha mencelah perbualan antara Joel dan Luna dengan kata-kata nasihat.
Dia mula perasan dengan perangai Joel yang tidak sukakan doktor Bert. Anzie menjadi sebak ketika mendengar perbualan itu. Memori pahit itu terbayang semula di mindanya. Tiba-tiba air matanya bercucuran di pipi. Tetapi dia segera berlari ke tingkap dan mengesat air matanya. Dia tidak ingin dilihat seperti itu oleh ahli keluarganya. Mak cik Natasha dan Joel memandangnya dengan risau. Joel tidak sampai hati melihat Anzie bersedih, lalu dia meletakkan Luna di bangku dan menuju ke arah isterinya itu.
"Hei.. kenapa?" Bisiknya di belakang Anzie. Kedengaran suara kecil Anzie teresak-esak menangis di sudut tingkap. Joel menyentuh bahu isterinya dan mengucup ia dengan lembut.
"Anzie.. sorry. Saya janji tak akan fikir yang bukan-bukan lagi. I didn't meant to make you cry.." ucapnya lagi. Digenggamnya kuat bahu Anzie.
"Saya dah lama lupakan hal buruk tu.. saya cuma nak kita happy, saya tak mahu menangis lagi." Balas Anzie dengan perasaan hiba.
"Sorry sayang.. please, don't cry.." bisik Joel lagi. Dia lemah dan tidak kuat bila melihat Anzie menangis. Mak cik Natasha tersenyum melihat mereka dan dia pun berpura-pura tidur.
Anzie menoleh ke belakang dan memeluk badan Joel yang tinggi lampai. Joel membalasnya dengan mesra sambil tangannya membelai rambut Anzie yang wangi bak bunga ros. Haruman itu masih sama seperti saat pertama kali mereka berpelukan di dalam bilik Joel dahulu. Joel menutup matanya merasakan kehangatan tubuh Anzie yang panas. Ingin saja dia mencumbui isterinya itu, tetapi mereka berada di hospital. Niat berahi itu pun ditepisnya bagi menghormati ibunya yang sedang berada di dalam bilik.
YOU ARE READING
Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋
RomansaI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay English Photo credit : Christina Ricci Warning : MATURE CONTENT! 18SX SCENE! 🔞 > Kenangan pahit yang telah Anzie lalui setahun yang lalu telah berjaya dia lupakan. Mak cik Natasha pula jatu...