Anzie 3 (25)

2.1K 55 9
                                    


             Sesampai saja doktor Bert di rumah tempat Anzie menetap, dia meluru keluar dari kereta dan masuk ke dalam perkarangan rumah usang itu. Dengan nafas yang tersekat-sekat, dia mengetuk pintu rumah itu dengan kuat.

Tok! Tok! Tok!

Ia tidak dibuka. Tidak cukup dengan itu, dia memanggil-manggil nama Anzie dari luar sambil menjenguk ke cermin tingkap.

         "Anzie! Are you there? Anzie open the door!" Jeritnya. Tetapi sebenarnya Anzie tidak ada di dalam rumah itu. Dia berada di rumah mak cik Stephany sejak awal pagi tadi.

Tok! Tok! Tok!

Sekali lagi pintu itu diketuk oleh doktor Bert. Namun, ia masih tetap tidak dibuka dan panggilannya tidak terjawab. Dia gelisah. Kepalanya digaru-garu kerana tidak tahu Anzie berada dimana ketika ini.

        "Arrgh! Anzie awak di mana!?" Katanya lagi. Matanya memandang sekeliling kawasan rumah itu dan dia berlegar-legar di belakang rumah tersebut untuk mencari Anzie.

Tetapi dia hampa bila mendapati rumah itu tidak berpenghuni. Walaupun begitu, ia belum dapat mematahkan semangatnya untuk mencari Anzie. Dia kemudiannya memandu kereta dan menuju ke beberapa buah rumah untuk bertanya tentang wanita yang dicarinya. Tetapi jawapan dari orang-orang yang ditanya semuanya sama. Mereka tidak mengenali Anzie dan tidak pernah berjumpa dengannya langsung. Sungguh kecewa hati doktor Bert ketika ini. Dia menyambung semula pencariannya ke beberapa buah rumah lagi, sehinggalah dia menemui sebuah bangunan lama yang terdapat di kawasan berhampiran.

       "Anzie, saya harap awak di sini!" Bentaknya sendirian di dalam kereta. Lalu dia keluar dari dalam kereta dan cuba bertanya pula kepada penduduk yang lalu lalang di situ.

Dalam pada masa itu, Anzie sedang sibuk mengelap cermin kedai runcit mak cik Stephany di luar premis itu. Doktor Bert yang sedang berjalan sambil matanya memandang sekeliling dari tepian bangunan itu, terhenti ketika terlihat sosok tubuh dan raut wajah Anzie dari sisi. Hatinya berdegup kencang dan gembira kerana akhirnya dia berjaya menjejaki isteri Joel! Tanpa berfikir apa-apa lagi, dia segera berlari ke arah wanita bermata biru itu. Anzie langsung tidak menyedari akan kehadiran doktor Bert kerana sibuk dengan kerjanya. Tanpa diduga, dia tiba-tiba ditegur dari sisi.

          "Anzie..?"

Anzie yang terkejut, dan lantas melihat orang itu. Penyembur yang dipegangnya hampir terjatuh kerana tersentak dengan kedatangan doktor Bert ke situ. Dengan mata yang terbungkam luas memandang doktor Bert, dengan kasarnya dia menyahut teguran tadi.

         "A.. apa awak buat di sini!? Macam mana awak tahu!?"

Doktor Bert menggelabah, dia tangkas mencapai tangan Anzie dan menariknya tanpa menjawab soalan itu. Tetapi Anzie sangat takut dan segera melepaskan tangannya dari dipegang oleh doktor Bert.

         "Apa awak buat ni!? Nak bawa saya ke mana hah!? Saya dah kata jangan ganggu saya lagi doktor!" Jerit Anzie dengan kasar sekali.

Tetapi masa itu Anzie hairan, kerana doktor Bert masih berpakaian seragamnya. Dia nampak tergesa-gesa, gelisah dan tidak keruan. Doktor Bert menarik nafas panjang sebelum memaklumkan perkara sedih yang telah menimpa suami Anzie.

         "Fuhh.."

Anzie sabar menanti jawapan doktor itu dengan muka marah. Kemudian, doktor itu pun memegang tangan Anzie dengan lembut.

        "Anzie.. kuatkan hati awak bila saya beritahukan hal yang telah terjadi hari ni.." suara  lembut berbaur sedih itu membuatkan jantung Anzie mula berdegup pantas.

Mak cik Stephany ketika itu keluar dari kedai untuk mencari Anzie. Dia ternampak Anzie sedang berbual dengan lelaki berpakaian doktor di tepi dinding bangunan. Dia biarkan saja dan hanya memerhatikan mereka dari jauh.

Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋Where stories live. Discover now