Anzie 3 (26)

2.2K 52 7
                                    

        
              Sambil menunggu maklum balas dari doktor yang bertugas merawat Joel, Anzie dan Dave berbual di tempat duduk. Luna tertidur dalam pangkuan Anzie.

            "Maafkan kesilapan Joel, Anzie.. dia menyesal sebab halau awak hari tu. Dia dah puas cari awak di merata tempat, tapi tak jumpa. Saya harap, awak dapat terima dia semula.." kata Dave sambil mengenggam jari jemarinya. Anzie mengeluh pendek lalu tersenyum.

           "Saya sangat rindukan dia Dave.. saya rasa bersalah sebab tak fikirkan perasaan dia selama ni. Kalaulah saya tak pergi, benda ni takkan terjadi.." balas Anzie. Suara sebaknya terjadi lagi.

          "Eh, janganlah nangis lagi. Joel akan selamat.. trust me." Pujuk Dave lalu mengusap belakang Anzie untuk menenangkannya.

Anzie tidak dapat menjawab lagi kata pujukan Dave itu. Tiba-tiba pintu bilik kecemasan dibuka. Katil pesakit ditolak keluar dari bilik tersebut menuju ke bilik pembedahan. Anzie dan Dave segera bangun dari tempat duduk itu untuk melihat Joel.

          "Joel..? Joel bangun sayang..!" Ucap Anzie ketika melihat sekujur tubuh yang tidak bergerak di atas katil. Badan suaminya tidak berbaju dan separuh dari badannya hanya dibalut kain pembalut luka. Luka pada wajahnya tampak kelihatan dan dia cedera parah. Alat pernafasan disambung pada mulutnya. Mesin hayat juga ditekup pada hujung jarinya. Hati Anzie semakin takut. Takut akan kehilangan suaminya yang tercinta!

          "Joel..!" Jerit Anzie sambil mendukung Luna dan mengekori para doktor dari belakang. Dave segera mengambil alih untuk mendukung Luna dari tangan Anzie.

          "Anzie, sabar!" Jerkahnya ketika melihat Anzie mengejar doktor-doktor itu.

          "Dave, saya tak nak kehilangan Joel!" Balas Anzie lagi. Tangisannya semakin kuat di ruang hospital.

Salah seorang doktor yang bertugas pun menerpa mereka sambil membuka topeng mulutnya.

         "Kamu keluarga mangsa ke?" Soalnya. Anzie mengangguk-anggukkan kepala tanda benar.

         "Maafkan saya puan, mangsa tidak boleh dilawat buat sementara waktu ni. Kita tunggu dia sedar dulu. Kalau keadaannya stabil, saya akan beritahu puan jika dia sudah boleh dilawat. Sebab dia sekarang dalam kondisi yang agak kritikal. Buah pinggang sebelah kirinya pecah, dan kami kena jalankan pembedahan terhadapnya. Saya harap puan dapat bersabar.." ulasan panjang doktor itu buat Anzie tergamam tak terkata-kata.

Dave dengan pantasnya mencelah kata-kata doktor itu.
         "Jika dia perlukan penderma, saya akan lakukannya doktor! Saya akan berikan buah pinggang saya kepadanya!"

Anzie segera memandang Dave yang bersungguh-sungguh mahu mendermakan buah pinggangnya.

        "Dave..?"

        "Oh terima kasih encik, memang kami perlukan penderma untuk mangsa. Kalau boleh, kami mahu lakukan pembedahan secepat yang mungkin. Sebab, ia tak boleh dibiar lama. Nanti akan memudaratkan tubuh badan mangsa." Balas doktor itu lagi.

       "Baik doktor. Saya akan turuti segala kemahuan kamu." Jawab Dave.

Anzie tidak tahu bagaimana lagi ingin diucapkan kepada Dave. Dia sudah banyak menolong Joel dan budi baiknya itu tidak dapat dibalas dengan kata-kata. Dia terlalu baik! Pertolongannya kali ini sungguh besar. Dia rela memberikan organ pentingnya hanya untuk Joel. Pengorbanannya sebagai seorang sahabat baik tidak dapat diganti dengan apa-apa pun. Anzie terharu dan lantas memeluk Dave kerana terlalu gembira.

        "Terima kasih Dave! Terima kasih..!" Ucap Anzie dalam pelukan Dave.

        "Haha.. tak apa Anzie. Joel tu.. dah macam adik saya, saya tak boleh biarkan dia begitu saja.." ulas Dave sambil tergelak kecil.

Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋Where stories live. Discover now