Dr. Bert (special edition) part 9 (final)

3.2K 82 28
                                    


           Laura datang seperti biasa akan datang ke rumah doktor Bert pada hujung minggu untuk melawat mereka. Dengan pakaian yang menjolok mata, dia menekan pintu lonceng rumah doktor Bert.

Ting.. ting.. ting..

Mereka sekeluarga ketika itu sedang bersarapan, Eliza bangun dari tempat duduk dan segera menuju ke pintu rumah.

Mata Laura terbungkam besar bila melihat gadis itu membuka pintu. Hati Eliza resah bila Laura datang ke rumah itu tanpa menghubungi doktor Bert terlebih dahulu.

         "Hm.. awak ni tak ada rumah ke? Mana Bert?" Laura menyindir sambil bertanya tentang suami Eliza.

Tangan Eliza mengenggam kuat tombol pintu. Pandangannya terhadap wanita itu tajam sekali.

         "Dia.. sedang bersarapan.. kenapa awak datang sini?" Eliza menyoal lagi. Dia tidak mahu Laura masuk ke dalam rumah itu.

         "Eh? Pandai pula awak tanya saya macam tu. Tepi!" Kata Laura lalu menolak badan Eliza ke tepi dan dia terus masuk ke dalam.

Sakitnya hati Eliza ketika itu! Laura meluru ke dalam dapur mencari doktor Bert.

         "Morning..!" Ucap Laura setelah menjejakkan kaki ke dalam dapur. Eliza yang mengekorinya dari belakang terhenti di depan pintu.

Hatinya bagai dirobek-robek tatkala melihat wanita itu datang ke arah doktor Bert lalu mengucup pipi suaminya! Doktor Bert langkas berdiri kerana terkejut dengan kedatangan Laura. Dia menepis muka Laura dari mencium pipinya.

        "Laura, what are you doing here? Saya kata call dulu kalau nak datang kan?" Bentak doktor Bert. Dia memandang Eliza yang sedang memerhatikan mereka di luar pintu dapur.

         "Saya rindu dengan kamu," balas Laura lalu memeluk badan doktor Bert.

         "Sorry Laura, but.. i am married!" Jawab doktor Bert dan seraya menolak badan wanita itu ke tepi.

Laura terkejut, bingung, marah dan sakit hati bila dilayan sebegitu rupa. Doktor Bert segera mendapatkan Eliza dan memeluk pinggangnya.

        "She.. is my wife. Not a baby sitter.." doktor Bert berterus-terang sahaja di depan Laura kali ini.

Dup!

Laura bagaikan dihentak batu mendengarnya. Matanya mulai kemerahan. Dia terkelu! Timmy hanya memerhatikan mereka kerana tidak faham apa yang sedang berlaku.

        "No.. saya tak percaya Bert! Saya dah lama tunggu awak! Kenapa awak boleh kahwin dengan budak ni!?" Jerit Laura yang masih tidak puas hati.

Doktor Bert segera menarik tangan Laura untuk keluar dari ruang dapur kerana tidak mahu Timmy kebisingan.

         "Saya tak pernah ada perasaan terhadap awak, Laura. Maafkan saya." Balas doktor Bert ketika berada di ruang tamu.

Eliza menundukkan kepalanya bila mendengar kata-kata doktor Bert itu. Nafas Laura berhembus laju.

         "Huh.. baiklah.. saya harap awak bahagia!" Kata Laura dengan ucapan kasar lalu berlari keluar dari rumah itu. Suara tangisannya jelas kedengaran hingga di luar.

Doktor Bert mengeluh, lalu menoleh ke arah Eliza dengan wajah pilu. Eliza memandangnya sambil tersenyum saja.

          "Saya harap, dia akan berjumpa dengan lelaki yang baik. Saya tak akan menduakan awak sayang.." ulas doktor Bert sambil kakinya bergerak ke arah Eliza.

Dia mengusap pipi isterinya dan mengucup dahi Eliza.

          "I love you.." ucapnya. Eliza terus memeluk doktor Bert dan menjawab ucapan itu.

Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋Where stories live. Discover now