Petang itu Anzie sudah bersiap sedia untuk pergi ke hospital untuk menjaga mak cik Natasha. Dia berada di ruang tamu sambil menunggu kedatangan Joel untuk menjemputnya.
"Mama.. bila nenek balik rumah?" Luna bertanya kepada Anzie yang sedang membelai rambutnya.
"Lama lagi sayang.." Jawab Anzie sambil mengusap anak-anak rambut depan Luna.
"Oh ya mama, hari Jumaat ni kawan Luna buat birthday party di kelas. Boleh tak mama dan papa datang? Sebab, ibubapa kawan Luna semua akan pergi.." Ulas anaknya yang bersuara seperti kartun. Sungguh comel sekali. Anzie tersenyum melihat anaknya.
"Okey sayang.. nanti kita bagitahu papa ya? Tapi mama tak janji tau papa akan datang. Sebab dia kan kerja?" Balas Anzie.
"Tak apalah kalau papa tak dapat datang, janji mama ada masa tu.. hehe," jawab Luna sambil tergelak kecil.
"Eh, kenapa gelak-gelak ni tak ajak papa?" Joel yang baru sahaja datang menegur mereka. Mereka langsung tidak sedar akan kedatangan Joel di muka pintu.
"Tak perasan pula awak sampai," kata Anzie. Joel mengucup pipi isteri dan anaknya dengan mesra lalu melabuhkan punggung di sebelah Luna.
"Ye lah. Papa ni macam spy. Haha.." Luna bergurau pula.
"Haha, papa memang spy dari dulu, kan sayang?" Jawab Joel sambil memandang Anzie yang semakin hari semakin menawan.
Anzie tergelak mendengar gurauan Joel itu.
"Ya.. spy tiada lesen, haha.." dia menyambung pula bergurau.
"Eh, awak mandilah dulu, saya dah sediakan makanan di dapur. Nanti saya hidangkan," ujar Anzie lagi."Kamu dah makan ke ni? Takkan saya nak dinner sendirian?" Balas Joel.
"Kami baru saja makan tadi sebab Luna kata nak cepat jumpa nenek," Anzie menjawab.
"Hm.. ye lah. Nanti awak temankan saya ye? Awak dah mandi?" Joel bertanya lagi kepada Anzie sambil tersengih-sengih.
"Hari ni saya mandi awal. Ha.. jangan mengada-ngada pula sana. Pergilah," kata Anzie tapi dalam masa yang sama dia ketawa.
Raut muka Joel berubah masam bila Anzie kata dia sudah pun mandi. Dia berdengus perlahan sambil menjawab,
"Hm.. baik,""Merajuk lah tu?" Anzie mengejeknya sambil menutup mulutnya yang sedang menahan ketawa.
"Taklah, saya marah ni." Joel menjawab dengan muka kecewa. Anzie tergelak lagi dengan kata-kata Joel itu."Ee.. papa ni kuat merajuk. Esok Luna belanja aiskrim, haha.." Luna bergurau dengan papanya. Jari jemarinya yang kecil menyubit pipi Joel dengan lembut.
Joel segera menangkap jari anaknya itu dan menggeletek pinggangnya.
"Ahh! Papa janganlah! Hahaha..!" Luna kegelian bila diusik seperti itu. Anzie hanya tergelak di tepi mereka.
"Siapa suruh awak ejek papa, ha? Tadi awak cakap apa dengan mama? Bagitahu papa cepat," ujar Joel lagi yang masih menggeletek pinggang anaknya.
"Hahaha! Papa berhentilah dulu.. eee!" Jerit Luna yang masih menggeliat minta dilepaskan dari pelukan Joel.
Joel yang sedang ketawa melepaskan tangannya dari badan Luna.
"Ok, say it now. What is it?" Katanya."Kawan Luna birthday hari Jumaat ni di sekolah, Luna nak papa dengan mama datang. Luna sedih kalau kamu tak bersama.." jawab Luna sambil memuncungkan bibirnya ke depan seperti itik.
YOU ARE READING
Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay English Photo credit : Christina Ricci Warning : MATURE CONTENT! 18SX SCENE! 🔞 > Kenangan pahit yang telah Anzie lalui setahun yang lalu telah berjaya dia lupakan. Mak cik Natasha pula jatu...