Anzie 3 (5)

3.1K 59 0
                                    


               Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Luna menggosok-gosok matanya dengan jari kerana mengantuk. Mak cik Natasha pula telah pun tidur, mungkin disebabkan ubat ubatan yang dimakannya membuatkan dia mengantuk. Anzie yang sedang duduk di sebelah Joel menepuk-nepuk bahu Luna yang sedang memeluknya hingga anak itu tertidur. Seketika kemudian, Anzie melihat ke arah Joel lalu bertanya kepadanya.

          "Awak cuti lagi ke esok?"

          "Hm.. saya kira nak bercuti lagi, tapi tadi Dave mesej. Katanya, esok ada meeting dengan client penting," ulas Joel sambil mengeluh pendek setelah berbalas mesej dengan Dave di telefon bimbit.

           "Kalau macam tu, awak baliklah berehat. Biar saya jaga mama malam ni." Kata Anzie dengan sukarelanya ingin menjaga mak cik Natasha.

Joel berdiam diri bila Anzie berkata seperti itu. Anzie merenungnya sesaat, lalu dia menarik muka Joel. Ditenungnya mata kuyu suaminya itu sambil tersenyum manis serta mengusap-usap dagu Joel yang ditumbuhi kumis halus. Joel hanya membalas renungan manja Anzie yang seperti meminta keizinan darinya.

          "Ah.. baiklah. Tapi, bila saya call.. sambut. Faham?" Joel kalah dengan renungan mata Anzie yang menggoda tadi.

          "Hehe.. ya sayang. Esok terpaksalah awak yang uruskan Luna," balas Anzie sambil tergelak kecil.

Joel mencubit pipi Anzie yang halus dengan lembut.
          "Yes, i know." Balas Joel lalu dia berdiri dan mengangkat badan tembam Luna dari pangkuan Anzie dan membaringkannya di atas bangku.

            "Eh? Nak pergi mana?" Anzie menyoal. Dia ingatkan Joel sudah bersiap sedia untuk membawa Luna pulang.

             "Shh.." Joel menyuruhnya diam seketika. Anzie berasa pelik dengan kelakuan suaminya itu. Kemudian Joel mencapai tangan Anzie dan menariknya ke dalam tandas bilik itu.

            "Apa awak nak buat di sini?" Anzie bertanya dengan suara berbisik. Takut mak cik Natasaha atau Luna tersedar dari tidur.

Joel segera mengunci pintu tandas itu, lalu menolak badan isterinya ke dinding dengan perlahan dan lantas mengucup leher Anzie.

            "Joel.. ini kan hospital.. janganlah.." Anzie merayu kepada Joel yang sedang asyik mencumbui lehernya. Tangannya cuba menarik kepala Joel.

            "Saya tak boleh tidur tanpa awak, sayang.." ucap Joel di tepi telinga Anzie.

            "Tapi.." Anzie cuba berkata lagi tetapi Joel lantas mengucup bibirnya dengan lembut. Anzie melayan saja bibir Joel itu. Bunyi-bunyian dari kucupan panas itu hanya mereka yang mendengarnya.

Anzie yang pada ketika itu memakai gaun pendek, membuatkan tangan Joel segera menyelaknya lalu meramas punggung Anzie dengan rakus.
 
            "Umm.. Joel.." Anzie mengeluh dan melepaskan kucupan itu.
           "Takkan awak nak buat benda tu disini..?" Soalnya kepada Joel yang bernafsu singa.

Joel tersengih-sengih melihat Anzie.
             "I.. want you, Anzie.. please.. please.." Joel merayu dengan muka kasihan. Tetapi tangannya masih meraba-raba punggung Anzie yang hanya mengenakan seluar dalam di sebalik gaun yang dipakainya.

              "Ee.. awak ni kan. Sabar dulu, tak boleh ke..?" Bisik Anzie lagi. Dia risau jika ibu mertuanya terdengar perbuatan mereka di dalam tandas itu.

            "Ahh.. Anzie, come on.. just a few minutes, ok?" Sekali lagi Joel merayu. Dia benar-benar tidak dapat mengawal nafsu berahinya itu!

Anzie tidak tahu bagaimana cara untuk menolak ajakan Joel itu. Jika dia menolaknya, Joel pasti akan merajuk lagi. Dia tidak mahu suaminya itu bermuka masam dan tidak ceria. Jadi dia pun biarkan saja Joel bermain dengannya di dalam tandas itu.

Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋Where stories live. Discover now