"Saya tak nak pergi sekolah!" Bentak Luna pada keesokan harinya ketika Joel mengejutkannya dari tidur pada waktu pagi."Luna.. jangan begini. Awak kena pergi sekolah juga," pujuk Joel yang sedang berada di tepi tilam anaknya.
"Tak mahu! Luna rindu mama!" Balas Luna sambil berkelumut dalam selimut.
"Hhuh.." Joel menghembuskan nafas pendek. Kepalanya digaru-garu. Pujukannya tidak dapat menawan hati Luna yang sedang marah.
"Hm.. Kalau awak tak pergi sekolah, siapa nak jaga awak? Mama.." baru Joel ingin menyebut nama panggilan Anzie, dia terhenti. Hatinya sebak bila memikirkan Anzie.
"Tak apalah, hari ni awak ikut papa ke office. Ok?" Sambungnya lagi. Dia tidak ingin menyebut nama Anzie.
Luna langsung tidak menjawab kata-kata Joel itu. Tetapi kerana terpaksa, dia turuti juga ajakan papanya.
~~~~~
Anzie bangun dari tidur sambil mengesat kelopak mata. Cahaya matahari yang masuk dari tingkap menyilaukan pandangannya. Dalam keadaan yang agak lapar dan haus, dia bergerak menuju ke dapur di dalam rumah itu. Paip di dalam tandas dan sinki dapur masih boleh digunakan. Dia pun mencuci mukanya di sinki dan meminum air paip itu untuk menghilangkan rasa hausnya. Dapur usang yang berselerak itu dia bersihkan menggunakan penyapu buruk. Lalu, dia terpandang pada sebuah pintu bilik. Bilik itu menuju ke bawah tanah dan ia adalah tempat di mana dia dikurung selama beberapa tahun. Bila teringat semula peristiwa hitam itu, dia menangis lagi.
"Anzie, kuatkan semangat awak." Dia berkata sendirian. Air matanya dikesat dan dia menyambung semula kerjanya tanpa memikirkan hal itu lagi.
Selepas saja selesai membersihkan apa yang patut, dia pun keluar dari rumah itu untuk mencari kedai yang berdekatan dan berharap ada kedai menjual makanan di kawasan itu. Semasa dia tinggal di sana dulu, dia langsung tidak tahu akan selok belok penempatan di tempat itu. Kerana dia telah dikurung dan tidak dibenarkan keluar sejak berumur 10 tahun.
Setelah berjalan hampir 20 minit, dia pun menemui sebuah bangunan kedai yang berhampiran dengan tempat tinggalnya. Dengan berbekalkan duit yang tidak seberapa banyak, dia menuju ke arah bangunan tersebut. Penduduk di sana agak kurang sedikit berbanding di bandar. Kerana lapar, dia pun masuk ke sebuah kedai runcit yang berada di bawah bangunan itu.
"Hai mak cik.. ada jual roti tak?" Anzie bertanya kepada pemilik kedai runcit yang sudah berumur ketika memasuki kedai itu.
Mak cik itu memandangnya dengan muka hairan. Dia tidak pernah melihat Anzie sebelum ini. Dengan senyuman lebar di pipi, mak cik itu pun menjawab soalan Anzie tadi.
"Hai, ya ada. Di sebelah sana." Jawabnya sambil menunjuk ke sudut rak yang dipenuhi makanan ringan.
"Oh, terima kasih." Anzie membalasnya lalu menuju ke arah rak itu dan mengambil beberapa bungkus roti.
Ketika dia ingin membayar makanan yang diambilnya tadi, mak cik itu pun bertanya kepadanya.
"Awak baru lagi ke di sini?" Soalnya sambil melirik badan Anzie dari atas hingga ke bawah kakinya.
"Err.. ya," Anzie tidak mahu memberitahukan pada mak cik itu yang dia pernah tinggal di kawasan tersebut beberapa tahun yang dulu.
"Oh.. tinggal dengan siapa?" Mak cik itu menyibuk lagi hal Anzie.
Sambil mengeluarkan duit dari beg sandang, Anzie menjawab soalan itu dengan tenang.
YOU ARE READING
Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay English Photo credit : Christina Ricci Warning : MATURE CONTENT! 18SX SCENE! 🔞 > Kenangan pahit yang telah Anzie lalui setahun yang lalu telah berjaya dia lupakan. Mak cik Natasha pula jatu...