Doktor Bert termenung jauh mengenangkan Anzie di sudut bangku dalam bilik kerjanya setelah kejadian Joel menyerangnya kemarin. Dia ingin tahu apa telah terjadi kepada wanita bermata biru itu. Bila teringat semula Joel mencari Anzie, hatinya tersentak ingin turut menjejaki wanita itu. Walaupun Joel sudah memberinya amaran, dia masih tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Dia menganggap pencariannya terhadap Anzie hanya sebagai kawan baik yang ingin menolong. Tetapi dimanakah dia harus mencari Anzie ketika ini? Telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi langsung.Joel dan Dave sudah sedaya upaya mencari Anzie di seluruh bandar, termasuk melaporkan hal itu kepada pihak polis untuk membantu mereka. Namun sehingga beberapa minggu, masih tidak ada lagi berita gembira tentang Anzie. Joel kecewa dan menyesal tak terhingga!
Iklan; (Nah.. baru ko tau, sepa suru minta puji. 🤣)
Tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencari isteri tercintanya itu. Dia sanggup menghabiskan masa cutinya hanya untuk mencari Anzie.
~~~~~
Anzie sudah mula bekerja di kedai runcit mak cik Stephany, iaitu pemilik kedai runcit yang berbual dengannya tempoh hari. Kerana prihatin dan simpati, mak cik Stephany membenarkan dia bekerja di situ. Anzie telah menceritakan segalanya kepada mak cik itu. Rasa kasihan terhadap wanita itu membuatkan mak cik Stephany ingin menolongnya.
Sudah beberapa minggu Anzie bekerja di sana. Walaupun gajinya tidak lumayan, tetapi dia tidak kisah. Kerana, ia sudah cukup menampung perbelanjaannya untuk makan dan minum. Terkadang, timbul rasa rindu kepada Joel dan Luna. Setiap hari dia berdoa agar Joel akan memaafkan dirinya dan akan dapat berjumpa dengan Luna semula. Tangisannya terjadi setiap malam sebelum tidur. Rasa rindu itu hampir membuatkan dia gila!
'Apa yang harus saya lakukan Tuhan? Patutkah saya balik semula ke sana? Tapi.. mahukah Joel melihat muka saya lagi? Tolonglah..'
Ucapnya di dalam hati. Dia terlalu takut jika Joel enggan menerimanya semula di dalam keluarga itu. Pada suatu hari, terdetak hatinya untuk pergi ke sekolah Luna. Dia mahu sekali melihat anaknya yang sangat dia rindui saban hari.
Keesokan harinya pada waktu pagi, dia meminta kebenaran dari mak cik Stephany untuk cuti. Mak cik Stephany faham dan tidak mahu menghalang Anzie yang ingin berjumpa dengan anaknya. Dengan hati riang bercampur rindu, Anzie bergerak dari kawasan itu dan menuju ke pusat bandar dengan berjalan kaki. Kemudahan awam sangat sukar didapati di situ hinggakan dia terpaksa berjalan beberapa kilometer dari tempat tinggalnya.
Hari sudah menjelang tengah hari ketika dia sampai di sekolah Luna. Pada waktu itu, pintu pagar masih ditutup kerana sesi persekolahan belum tamat. Lalu dia menuju ke arah sebuah pokok rendang yang sebesar dua pemeluk manusia berhampiran dengan sekolah itu untuk menunggu anaknya keluar. Dia tepiskan rasa penatnya yang telah berjalan jauh demi melepaskan rindu kepada anak kesayangannya. Sakit kakinya jelas terasa, tetapi dia tidak peduli.
Tidak lama kemudian, lonceng sekolah dibunyikan menandakan sesi persekolahan sudah pun tamat. Dengan senyuman lebar di pipi, Anzie segera berdiri dari bawah pokok tersebut dan mahu menuju ke arah pintu pagar sekolah dengan keinginan kuat untuk berjumpa dengan Luna. Tetapi, ketika dia ingin ke sana, kakinya segera bergerak pantas menuju ke arah pokok itu semula bila dia terlihat kereta Joel yang baru sahaja datang dan ia menghampiri pintu pagar. Nampaknya, Luna tidak lagi menaiki bas sekolah. Sejak ketiadaan Anzie, Joel menghantar dan mengambil Luna setiap hari di sekolah. Kemudian, dia akan membawa Luna ke tempat kerjanya kerana tidak ada sesiapa lagi yang akan menjaganya di rumah.
Keadaan itu sungguh mencemaskan Anzie yang pada waktu itu sedang bersembunyi di sebalik pokok rendang. Dia sangat takut akan Joel! Di dalam fikirannya sekarang, jika Joel tahu dia berada di situ, tentu dia akan dihalau lagi. Itu yang membuatkan dia tidak berani untuk menunjukkan mukanya.
YOU ARE READING
Anzie season 3 & Dr. Bert Special Edition 🦋
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Language : Malay English Photo credit : Christina Ricci Warning : MATURE CONTENT! 18SX SCENE! 🔞 > Kenangan pahit yang telah Anzie lalui setahun yang lalu telah berjaya dia lupakan. Mak cik Natasha pula jatu...