"Assalammualaikum?"
"Waalaikumsalam. Eh Adam. Masuklah"
"Apa khabar aunty?"
"Sihat. Duduk dulu, nak buat air"
"Takpa aunty. Saya datang sini nak bawa Nur keluar, boleh aunty?"
Mummy senyum.
Dia begitu senang dengan cara Azeed. Sudah dua tahun bercinta, Azeed kalau nak bawa aku keluar mesti datang rumah dan minta izin dengan mummy.
"Boleh. Ni dah bagitahu Nur ke ni nak keluar?"
"Dah aunty"
"Yelah, aunty naik atas jap. Lama sangat dah dia kat dalam bilik tu"
"Baik aunty"
Tuk tuk!
"Ya? Mummy?"
"Adam dah ada kat bawah tu?"
"Yeke? Jap nak pakai gincu aje ni"
Mummy melihat penampilanku.
Skiny jeans, blouse agak longgar tutup punggung, rambut yang lurus dibiarkan lepas."Ni nak ke mana dengan Adam ni?"
"Entahlah Azeed tu, katanya nak bawa makan"
"Yelah. Cepat sikit tu"
"Okay mummy. Jom"
Kami berdua minta diri untuk keluar kat mummy.
"Bye mummy!"
"Bye sayang. Take care"
"You too mummy"
Kami berdua masuk ke dalam kereta Audi, milik Azeed.
"Kita nak ke mana ni you?"
"Kita lunch dulu boleh?"
"Alah, I dah lunch dengan mummy tadi. You tak bagitahu awal pun nak lunch"
"Tapi I tak makan lagi"
"Its okay I temankan you"
"Thats my girl!"
"You dah infom family you ke nak bawa I jumpa dorang?"
"Dah tapi next month kot I bawa you"
"Next month? Hmm okay. Mama dan papa you garang ke?"
"Papa tak tapi mama"
Aku menelan liur.
"Kat I dengan adik beradik lain je garang. Kat orang lain tak, you jangan risau okay?"
"Betul ni? I takut you"
"Jangan takut honey, I ada"
"Okay"
Aku temankan Azeed makan. Kesian pula tak bagi dia lunch, kebulur anak orang.
"Betul ni tak nak makan?"
"Yes, I minum je. You makanlah"
Aku menggoncang minumanku dengan straw lalu disedut. Lega!
"Perlahanlah sikit makan tu"
"Hehehe I laparlah sayang"
Aku tersenyum.
"Lap sikit mulut you tu. Comotlah"
Aku hulurkan tisu.
"Lapkanlah untuk I"
"Jangan mengada erh? Buat malu aje"
Azeed ketawa lalu menyambut huluran tisu.
Aku dan dia memang saling mencintai dan Alhamdulillah hubungan kita tak pernah melanggar hukum agama. Dia sentiasa menghormati aku, sebab aku tak nak kami pegang-pegang tangan dan sweet melampau sebelum kahwin.
YOU ARE READING
TAKDIR KITA✔
RomanceMengisahkan dua jiwa yang saling mencintai sejak zaman dibangku sekolah sehingga ke zaman universiti. Halangan orang tua menyebabkan mereka terpaksa berpisah dan Nur membawa diri ke negara Eropah untuk melupakan jejaka yang begitu dia kasihi. Masa m...