Aku memberikan senyuman lalu duduk di kerusi yang kosong di hadapan.
"You still same Miss Munirah"
"Tak payah nak miss sangatlah"
"Youkan bos I sekarang ni"
"Apa-apa youlah. You apa khabar? La tak dengar pasal you"
"I'm good, macam mana you nak tahu pasal I kalau you call I kalau nak perlukan I je"
"Yeke? Sorrylah"
"Its okay. So you nak I buat apa?"
"I nak you carikan owner kereta ni"
Aku menghulurkan cebisan kertas yang aku tulis warna, brand dan nombor plat kereta yang hampir langgar aku hari tu.
Mujur aku sempat melihat kelibat kereta tersebut.
"Okay beres"
"Kenapa dengan dia ni?"
"Dia langgar I mujur ada yang tarik I masa tu"
"Serius? "
Aku mengangguk tanda betul.
"I rasa insiden ni macam dirancang tapi I perlukan bantuan you untuk pastikan. And one more thing I nak tahu sama ada dia sengaja atau tak langgar I"
"Okay Miss Munirah, hal kecil aje ni"
"Kalau dia cakap sengaja, I nak you siasat kenapa dia langgar I and atas suruhan siapa"
"Boleh... No hal"
"Pastikan semuanya you rahsiakan"
Fuad ketawa.
"You dah kenal dan dapatkan perkhidmatan I kan? Tak pernah pun I dedahkan benda yang you suruh I. Prinsip I ialah I tak bocorkan kerja yang I buat"
Aku memberikan senyuman tanda bagus.
"Nanti kalau you dah dapat just contact I and payment you I bagi bila you dah dapat apa yang I nak, okay?"
"Okay I tahu cara you. Nanti I contact you lah"
"Thanks Fuad. I kena pergi so bye"
"Bye"
Aku melangkah dengan hati yang lapang. Semogalah Fuad dapat bantu aku mencari jawapannya.
Naluri hatiku kuat mengatakan ada sesuatu dalam kejadian di taman ketika aku joging bersama Azeed tempoh hari.
*****
"Syamimi binti Abdul Hasan!"
"Oii ya ya... Kau ni terjerit-jerit"
Mimi mendapatkan aku kemudian kami melangkah beiringan.
"Macam mana aku tak jerit, kita dah nak lewat masuk kelas tau tapi kau banyak cerita pula dengan buah hati kau tu. Macam lah tak boleh on call nanti"
"Hish kau ni tak pandai sabarlah!"
"Ni aku dah cukup sabar dah ni. Ikutkan hati aku nak je masuk kelas je tadi, biarkan kau. Nasib aku ingat kau bff, biar kena denda sama-sama"
"Alalaaa.. Sweetlah kau ni"
"Kau je tak perasan. Cepatlah jalan"
"Ya kau nampak ke kaki aku melangkah punya besar ni. Hish kau ni, serabut dah rambut aku"
Aku hanya menggeleng.
Sampai saja dalam kelas, mujur pensyarah tak masuk lagi.
Aku dan Mimi dengan langkah longlai mengambil tempat duduk. Mana tidaknya kami berjalan laju menuju ke kelas sampai kaki naik letih.
"Nasib pensyarah tak sampai lagi kalau tak confirm kita kena halau", bebelku lagi
"Yelah, sorry"
Mimi buat muka monyok.
"Merajuk ke?"
Aku memandang muka Mimi depan-depan.
"Hish apa kau ni?"
Mukaku ditolak.
"Sorrylah aku bukan marah kau just cakap je"
"Tak kuasalah aku nak merajuk dengan kau. Kalau Mirul tadi okay juga"
"Gediknya!"
Mimi ketawa.
Minah ni kalau dapat gelak memang tak tengok kiri kanan. Aku pula yang malulah.
🌼🌼🌼
If you feel enjoy reading this please vote for me and follow 😅😊
YOU ARE READING
TAKDIR KITA✔
RomansaMengisahkan dua jiwa yang saling mencintai sejak zaman dibangku sekolah sehingga ke zaman universiti. Halangan orang tua menyebabkan mereka terpaksa berpisah dan Nur membawa diri ke negara Eropah untuk melupakan jejaka yang begitu dia kasihi. Masa m...