BAB 23

4.1K 126 0
                                    

Aku terpaksa makan tengah hari seorang diri. Hmmm...

Mimi outstation, Anne pula kena balik sekejap. Nak balik rumah malas nak drive jauh-jauh pula.

Aku makan seorang diri di sudut restoran sambil melihat keadaan diluar restoran melalui cermin.

"Assalammualaikum Nur"

Aku diam terpaku.

"Waalaikumsalam. Ada apa lagi you nak jumpa I?"

Aku melarikan pandangan mata daripada melihat wajahnya.

"Tolong bagi I masa untuk bercakap dengan you"

"Okay, cakaplah"

Azeed mengambil tempat duduk di hadapanku.

"You apa khabar?"

"Sihat..."

"By the way, your hijab look so nice on you. Pretty"

Aku diamkan diri.

"Dah lama I cari you, nak jumpa you. I dapat tahu you pergi New York lepas dua tahun you kat sana"

Aku meneruskan menyuap makan.

"I rindukan you, I masih tak boleh lupakan you walaupun dah lima tahun kita broke up. Hati I tetap teringatkan you"

"Untuk apa lagi you ingatkan I? Takda gunanya Azeed. Mama you tetap akan hapuskan I so please jangan jumpa I"

"Mama I..."

"Kenapa dengan mama you? Nak langgar siapa pula lepas ni?"

"I minta maaf atas apa mama dan family I buat kat you, kat mummy you dan kat family you selama ni"

"I maafkan cuma I tak mampu terima you lagi, takkan"

"Kenapa Nur? Lepas ni tiada siapa halang kita kecuali takdir Allah"

"You ingat mama you akan lepaskan I?"

"Mama I dah lama takda Nur"

Aku tergamam.

"Mama I dah dua tahun meninggal dunia. Rupanya selama ni dia menghidap barah otak stage 4 sampaikan tak dapat diselamatkan"

Aku rasa simpati dan sedih.

"Takziah atas pemergian mama you"

"Thank you. Mama I ada tulis surat untuk you"

Sampul surat diletak dihadapanku.

"Family I pun dah jumpa mummy you, mama I sempat memohon maaf masa you kat New York"

Mummy tak pernah pun bagitahu aku selama ini.

"Selepas mama I pergi I cuba lagi untuk cari you tapi malangnya tiada siapa nak tolong I bagi nombor telefon you"

"Lupakan I, cukuplah lima tahun you tunggu I. Semua tu takkan mengubah apa-apa Azeed"

"Sebab apa Nur? I tahu you takkan mungkin buang rasa cinta you kat I, mustahil you dah lupakan I"

"I dah lupakan you! I tak nak you muncul lagi hidup I sebab I dah ada orang lain"

"Apa maksud you Nur?"

"I dah bertunang"

"With who? Mark?"

Aku terkejut. Macam mana dia tahu Mark?

"I stalk instagram you walaupun you dah block I, I selalu nampak gambar you dengan mat salleh tu sejak you kat New York. Dan dia pernah datang sini kan? Dia ke tunang you?"

Matanya berkaca.

Oh aku tak boleh! Aku tak kuat tengok Azeed macam ni.

Aku menghembus nafas panjang.

"Yes, dia tunang I. I dah kenal dia sejak I further study kat New York dulu"

"Nur... Sampai hati you"

"Apa Azeed? Kan lima tahun yang lalu I dah putuskan hubungan I dengan you dan I pernah pesan jangan cari I"

"Tapi I cintakan you, I sanggup tunggu you sampai bila-bila. Kita dah boleh happy, mama dah restui kita"

"Takda gunanya... I dah bertunang. Carilah perempuan lain"

"Nur I..."

"Baliklah Azeed. Jangan ganggu I"

Azeed berdiri.

"Baiklah Nur, I redha. Kalau macam tu, I doakan you semoga bahagia"

Kemudian Azeed pergi.

Aku mencapai surat tersebut lalu menuju ke kaunter pembayaran.

Masuk saja dalam kereta, aku menangis sepuasnya. Streng kereta menjadi mangsa pukulanku.

Aku menekup muka ke streng dengan bahu terhinjut-hinjut melepaskan semuanya.

"Maafkan I Azeed..."

Betapa aku rindu wajah itu. Aku tak sanggup tengok matanya yang berkaca itu.

*****

'Assalammualaikum Munira. Aunty tulis surat ni sebab aunty tak tahu bila aunty akan jumpa kamu. Aunty sekarang sedang sakit, bila-bila masa saja Allah akan tarik nyawa aunty. Mungkin juga bila kamu dah baca surat ni aunty dah takda.
Munirah, aunty minta maaf sangat atas apa yang aunty dah buat kat kamu,mummy dan keluarga kamu. Aunty kejam... Aunty pentingkan diri sendiri sampai kebahagian anak sendiri aunty sanggup korbankan. Aunty mula sedar kesilapan aunty bila Allah dah bagi ujian, tanpa aunty sedar aunty menghidap barah otak yang kritikal. Mummy kamu selalu jenguk aunty, aunty rasa bertuah dan bersalah sangat. Keluarga kamu sanggup maafkan aunty yang kejam ni. Maafkan aunty...
Pasal hubungan kamu dan Adam, aunty restui. Tiada perempuan yang mampu kembalikan kebahagian dia, hanya Munirah. Dulu, aunty paksa dia kahwin dengan anak kawan aunty sebab nak dia dilupakan Munirah. Dia begitu keras dan nekad. Usaha aunty sia-sia jadi aunty biarkan dia cari kebahagian sendiri. Tolong terima Adam semula, aunty tak sanggup dah tengok dia tiap malam tatap gambar kau, menanggung rindu, cari kamu merata tempat. Dia sangat cintakan kamu, Munirah walaupun banyak halangan dia tetap sayangkan kamu. Tolong bahagiakan dia. Akhir kata, maafkan semua kesilapan yang aunty dah buat kat kamu dan juga keluarga kamu...

- aunty Manisa'

Aku melipat kertas tersebut. Air mata yang mengalir tanpa aku sedari aku seka perlahan.

"Saya maafkan aunty, semoga aunty tenang di sana", ucapku ikhlas.

Surat aku simpan di dalam laci.

Pasal permintaan aunty untuk terima Azeed, agak sukar bagi saya. Kalau ada jodoh Insyallah saya akan tunaikan.

🌼🌼🌼
Assalam semua❤ apa khabar sihat ke idok?😂

TAKDIR KITA✔Where stories live. Discover now