"Hello Nur? Assalammualaikum"
"Mummy! Waalaikumsalam. Nur rindu mummy, macam nak balik Malaysia je sekarang ni"
"Mummy pun rindu Nur. Dah setahun Nur tinggalkan mummy"
"Insyallah mummy, kalau ada cuti semester tahun ni Nur akan balik"
"Betul ke?"
"Ya mummy, insyallah"
"Nur sihat ke?"
"Sihat, Nur makin happy kat sini. Kawan pun semakin ramai, best kat sini mummy"
"Alhamdulillah"
"Mummy sihat? Mak? Pakcik Hamid?"
"Kami semua kat sini sihat"
"Alhamdulillah. Nur sekarang kat rumah ni, mak su dan pak su keluar sekejap"
"Owh. Nur?"
"Yes mummy?"
"Mummy ada benda nak bagitahu Nur, sebab Nur kan jauh so mummy kena bagitahu kat dalam telefon je"
"Ya mummy, ada apa?"
Berdebar pula rasanya.
"Ada orang masuk meminang Nur"
"What? Siapa mummy?"
Ya Allah. Sapa pula pinang aku ni? Aku masih terlalu muda kot untuk di pinang. Baru 21 tahun...
"Kawan kenalan mummy, dia nak jodohkan anak dia dengan Nur"
"Anak dia okay ke kena jodoh-jodoh macam ni?"
"Anak dia tak kisah. Memandangkan dia tahu mummy ada anak dara dia pinang Nurlah terus"
"Anak dia okay ke mummy?"
"Okay. Umur dalam 24 tahun, kerja pula okay ada office. Kacak juga tau"
"Owh..."
"So Nur terima ke tak ni?"
"Errr.. Nur.."
"Mummy faham kalau Nur tak nak, mummy tahu isi hati Nur"
"Bukan apa mummy, Nur tak readylah. Nur kan masih 21 tahun"
"Yelah mummy faham"
"Sorry mummy..."
"Apa pula? Ni kan untuk diri Nur, mummy okay je dengan keputusan Nur"
"Thank you mummy"
"Okay sayang..."
Aku diam.
"Nur?"
"Ya mummy?"
"Sebelum tu janji dengan mummy kalau mummy ceritakan benda ni, Nur jangan sedih ya?"
"Okay"
"Adam masih cari Nur"
"Azeed?"
Sudah setahun aku tidak dengar khabar tentang dia.
"Ya Nur. Dah setahun berlalu dia masih cari Nur, datang rumah kita"
"Mummy bagitahu dia ke?"
"Tak, mummy tak buka pintu pun. Tapi mummy kesiankan dia"
"Biarlah dia mummy, cinta Nur kat dia dah lama padam. Nur tak nak fikir pasal cinta sekarang ni"
"Yelah"
Benarkah aku sudah tidak cintakan Azeed? Kenapa aku rasa sedih bila mummy cakap Azeed masih cari aku lagi?
Ya Allah, jauhkanlah hati ku dari Azeed.
YOU ARE READING
TAKDIR KITA✔
RomanceMengisahkan dua jiwa yang saling mencintai sejak zaman dibangku sekolah sehingga ke zaman universiti. Halangan orang tua menyebabkan mereka terpaksa berpisah dan Nur membawa diri ke negara Eropah untuk melupakan jejaka yang begitu dia kasihi. Masa m...