BAB 22

4.1K 117 0
                                    

"Mummy Nur pergi dulu ya"

Tangan mummy aku capai lalu melangkah ke rak kasut.

Mummy mengekori aku.

"Eh tak nak breakfast dulu ke?"

"Takpa mummy, ada breakfast time dengan client. Nanti Nur breakfast kat sana je"

"Okay! Take care"

"You too"

Aku masuk ke dalam kereta lalu mengerling jam tangan Rolex.

"30 minutes left. Bismillah"

Aku pantas menghidupkan enjin, hand break diturunkan dan pedal minyak ditekan.

"Bos breakfast dengan wakil Jaya Perkasa Sdn. Bhd ditundah ke hari esok"

"What the fish? Saya dah nak mati accident kat dalam perjalanan tadi bawa kereta laju sebab nak attend breakfast dengan dorang. Lepas tu kena tundah? Bertuah punya Jaya Perkasa"

Anne tersenyum.

"Dia baru saja infom saya tadi"

"Hmm its okay. Anything else?"

"Yes, bos. Kita ada meeting jam 10 pagi nanti dengan bahagian kewangan. Dorang nak present in out bulanan untuk bulan ini"

"Okay. Tu aje?"

"Yes"

"Saya keluar dulu bos"

Aku mengangguk. Senang hati, hari ni rilek kat dalam office tak payah jumpa client hahahah!

"Macam mana bahagian awak tak perasan ni?"

Aku bersuara bila ketua bahagian kewangan syarikat selesai membuat presentation bulanan.

"Kenapa aliran keluar melebihi target yang sepatutnya? Bukankah sebelum ni okay je?"

"Maaf bos, sebenarnya ada salah satu projek kita yang ada masalah. Bekalan bahan ditapak pembinaan tak dapat digunakan jadi kita perlu keluarkan kos yang baru"

"What the... Ehem.. Kenapa saya tak tahupun isu itu? Siapa ketua dalam projek tersebut?"

"Encik Yahya"

"Anne tolong panggil Encik Yahya ke sini"

"Ba..baik bos"

Staf yang berada di dalam bilik mesyuarat sudah kaku. Takutlah tu!

"Kalau ada isu macam ni terus laporkan kat saya. Ni tak sesuka hati keluarkan kos tanpa pengetahuan saya"

"Maaf bos", ucap Encik Firdaus.

"Ya bos?"

"Encik Yahya, awak selaku ketua projek di Klang kan?"

"Ya saya bos"

"Kenapa awak tak infom kat saya yang ada masalah kat tapak tersebut? Lepas tu bahagian kewangan pula keluarkan kos semula untuk projek kat Klang"

"Maaf bos. Kami tak tahu pun kena infom kat bos"

"Apalah guna saya sebagai CEO kat sini? Kalau kamu semua tak bagitahu jika ada masalah projek. Terutamanya kewangan, mana boleh sesuka hati je"

"Macam ni bos, dulu masa Puan Sri Rasyidah yang handle dia bagi kebenaran"

"Sekarang saya dah jadi CEO, selepas ni kalau ada kejadian macam ni infom saya"

"Baik bos", jawab Encik Yahya dan Encik Firdaus.

"Saya tak nak satu hari nanti kewangan syarikat kita ni semakin teruk. Okay semua boleh bersurai"

Mereka semua berdiri dan aku pula keluar dari bilik mesyuarat bersama Anne.

Mereka hembus nafas lega.

"Garang juga rupanya Cik Munirah tu", kata Encik Yahya.

"Gila tak garang. Aku present tadi muka dia dah nampak tak dah mood tau", jawab Encik Firdaus.

Staff lain mengangguk setuju.

"Walaupun suara dia tenang masa marah tapi muka dia tu weyy. Macam harimau. Seramlah aku!", tambah mereka lagi.

"Hemm lepas ni jangan ulangi lagi. Tak tahan aku hadap cik Munirah lagi kalau macam tu, kecut perut dibuatnya", kata Encik Firdaus.

Mereka bersurai dengan hati yang lega.

"Lepas ni saya ada apa-apa appoiment ke Anne?"

"Tiada bos"

"Hmm okay"

🌼🌼🌼
Hehehe sorrylah klu ada yg mengarut kat atas tu. Saya tak berapa tahu hal2 dlm syarikat ni😂😓

TAKDIR KITA✔Where stories live. Discover now