BAB 12

4.1K 113 0
                                    

"Manalah si Mimi ni..."

Aku melihat sekeliling restoran.

"Hey Munirah!"

Panggilan tersebut mengejutkan aku, mujur air tidak tersembur keluar.

Mama Azeed berdiri dihadapanku dengan muka bengis.

"Aunty"

"Berapa kali saya kena cakap hah?! Jauhkan diri dari Adam!"

Pelanggan restoran melihat ke arah kami.

"Aunty janganlah marah saya kat sini"

"Kenapa? Malu? Saya dah bagi warning kat awak tapi awak masih degil. Saya tak suka awak dekat dengan anak saya"

"Saya cintakan dia, dia pun sama. Saya tak boleh tinggalkan dia. Aunty pleaselah faham"

"Saya tak peduli pasal cinta korang. Apa yang saya nak tinggalkan Adam. Saya tak nak dia bercinta dengan keturunan atuk awak"

"Itukan masalah aunty dengan arwah atuk saya, lagipun masalah tu dah lama. Kenapa aunty benci sangat kat kami?"

"Kami musuh bussines, Munirah. Perempuan muda macam awak tak faham semua ni"

"Kenapa kami yang kena korban?"

"Saya tak nak awak dekati Adam lagi. Pastikan awak tak muncul lagi dalam hidup dia. Ingat Munirah, jangan sampai saya bertindak lebih kasar"

Jelingan maut diberikan sebelum mama Azeed pergi.

"Rah? Kau okay?"

"Kau nampak semuanya Mimi?", aku menahan sebak.

"Jom"

Mimi bawa aku keluar dari restoran dan menuju ke tempat yang agak sunyi.

"Sekarang kau ceritakan kat aku, kenapa perempuan tu marah kau?"

"Dia mama Azeed..."

"Hah? Eh tak kenapa mama dia marah kau macam tu?"

"Dia tak suka aku Mimi. Dia nak aku jauhkan diri dari Azeed. Dia dah lama warning aku cuma aku tak ambil peduli"

"Kenapa pula dia tak suka kau? Apa kurangnya kau untuk anak dia?"

"Sebenarnya, mama dan papa Azeed musuh bussiness kepada keluarga sebelah mummy ku. Masa malam jumpa family Azeed mereka dah tahu semuanya siapa family aku rupanya..."

Aku tidak sempat meneruskan bicara aku menangis.

"Sabar Rah... So Azeed tahu tak?"

"Dia tak tahu lagi, just kau dan mummy je tahu hal ni"

"Kenapalah mama dia tak bertolak ansur demi kebahagian korang. Kejam!"

"Kalau kau nak tahu lagi, mama dan papa dia lah buat bussines arwah atuk aku muflis. Hasad dengki menyebabkan mereka sanggup buat fitnah sampai syarikat tu hancur"

"Ya Allah. Kejamnya"

"Tapi mummy dan aku tak kisah, kami maafkan"

"Sepatutnya kau yang marahkan family Azeed. Tapi ni tak mama dia pula marah-marah kau sekarang ni"

"Mama dia tak tahu yang aku dah tahu jalan cerita sebenar"

"Sabar Rah... Jangan sedih"

"Aku nak bagitahu kau rahsia, kau ingat tak aku pernah cerita kat kau yang aku hampir kena langgar masa joging dengan Azeed?"

Mimi mengangguk laju.

"Rupanya itu dirancang. Mama Azeed yang buat Mimi..."

"Allah"

Mimi penuh dengan rasa kejutan.

"Azeed tahu tak?"

"Takda siapa yang tahu kecuali kau. Please Mimi, semua ni jangan bagitahu sesiapa terutamanya Azeed..aku tak bersedia nak bagitahu dia"

"Baiklah. Tapi tak sangka mama dia sampai buat macam ni demi pisahkan kau dengan Adam"

"Aku tak kisah. Aku masih bertahan demi Azeed"

"Kuatkan diri kau Rah"

Bahuku dipeluk Mimi.

"Jangan sedih, aku tolong kau okay"

"Thanks MiMi..."

*****

"So you dah dapat ke yang I nak?"

"Everything ada dalam sampul ni"

"Thank you Fuad. Nah ni untuk you"

"Thank you miss Munirah"

"Thank you bantu I juga"

"Tu memang kerja I, so I pergi dulu wife I ada sebenarnya kat sana"

"Owh okay, kirim salam kat dia"

"Okay, bye"

Aku menepuk sampul surat tersebut. Tidak lama lagi semuanya akan terbongkar.

🌼🌼🌼
Apa khabar reader2 semua? Harap uols sihat❤
Sorrylah klu bab ni korang rasa pendek je😅

TAKDIR KITA✔Where stories live. Discover now