Aku keluar dari bangunan pejabat untuk keluar makan.
"Assalammualaikum Nur"
"Waalaikumsalam. You buat apa datang sini? Nak jemput Alisyah ke?"
"Tak, I nak jumpa you"
"Jumpa I untuk apa?"
"Boleh kita lunch sama-sama?"
"I tak nak lunch dengan you"
"Please?"
"Okay fine"
"Ikut kereta I"
"Ikut kereta masing-masing"
"Okay restoran biasa tau"
Aku mengangguk.
Kami memesan makanan.
"You ingat lagi tak tempat ni?"
Aku mengangguk.
Gila nak lupa? Tempat inilah tempat kami lepak untuk makan masa belajar dulu.
"7 years ago, masa kita mula-mula break up I selalu datang sini sorang-sorang. Sebab nak lepaskan rindu kat you. Bila I duduk sini seolah-olah you ada duduk depan I macam sekarang ni"
"Owh..."
Azeed tersenyum dengan balasanku.
"I tak pernah jemu datang sini sampailah sekarang, mesti you tak datang sinikan? Tak pernah I terserempak dengan you", tambahnya lagi.
"I tak datang sini lagi sebab nak lupakan kenangan yang pernah ada antara kita"
"So you dah lupakan I? Sepenuhnya?"
"Makanan dah sampai, I lapar"
Kami makan tengah hari tanpa bicara.
"I nak tanya you something"
Aku melihat dia.
"Jujur dengan I, you masih cintakan I ke Nur lepas apa yang berlaku 7 tahun lalu?"
"You akan dapat jawapannya bila you ikut apa yang I suruh"
"Okay apa dia?"
"Lepas kita makan"
"So apa yang you nak I buat?", soal Azeed setelah kami selesai makan.
"You sanggup ke?"
"Sanggup sebab I nak jawapan dari you"
"Okay. Berbaik semula dengan papa you"
"What?"
Azeed tersenyum sinis lalu menggelengkan kepala.
"Sama sekali tidak. I masih tak dapat maafkan dia"
"Sampai bila? Sampai you tak sempat nak ucapkan maaf? Jangan sampai you menyesal Azeed"
"I masih ada perasaan benci kat dia Nur"
"Dah bertahun-tahun Azeed"
"Yes but still ada perasaan benci untuk papa I"
"I tak tahulah nak cakap apa lagi. I pun malas nak bercakap dengan you"
Aku mencapai handbag.
"You nak ke mana ni?"
"Nak balik. I malas nak hadap lelaki dingin macam you ni"
"Nur wait kenapa you nak sangat I maafkan dia?"
"Sebab dia papa you Azeed. You nak I terima you semula dengan perangai you macam ni? Tak reti nak lembutkan hati sendiri untuk memaafkan orang lain. Kalau I boleh kenapa you tidak?"
YOU ARE READING
TAKDIR KITA✔
RomanceMengisahkan dua jiwa yang saling mencintai sejak zaman dibangku sekolah sehingga ke zaman universiti. Halangan orang tua menyebabkan mereka terpaksa berpisah dan Nur membawa diri ke negara Eropah untuk melupakan jejaka yang begitu dia kasihi. Masa m...