"Nur, I minta maaf"
"You tak dah salah kat I Azeed, semuanya atas punca mama you. Kalau mama you tak masih ada perasaan dengki tu sampai sekarang semua ni mungkin takkan jadi"
"Apa mama dah buat ni? Sanggup pisahkan Adam dengan orang yang Adam sayang. Lepas tu mama tak puas dan nak cuba bunuh Nur dan mummy dia?"
"Mama just nak Adam jauhkan diri dari dia, mama tak suka dia"
"Boleh tak mama hapuskan perasaan dengki tu? Mama, sampai hati buat anak mama sendiri macam ni"
Azeed mengeluh.
"Azeed, I sayang you tapi I tak boleh bersama you lagi atas apa yang mama you buat kat mummy I. Jika I masih dengan you, I tahu mama you akan buat benda yang sama dan I tak nak I hilang mummy"
"Nur please. Jangan putuskan hubungan kita. I tak sanggup Nur..."
"Alang-alang you dah ada kat sini, tak perlulah I terangkan kenapa lately ni I cuba jauhkan diri daripada you"
"Nur please, I akan buat apa saja supaya you maafkan mama I"
"Adam!"
"Apa mama? Nur kebahagian Adam, dia wanita yang Adam cintai"
"I tak dapat bersama you Azeed, mama you tetap bencikan I dan mungkin I tak dapat pertahankan cinta I"
"Tak Nur..."
"I tak nak mama you buat hal yang bukan-bukan kat family I lagi"
"Nur I love you honey"
Aku menahan sebak.
"Mungkin kita tak dah jodoh, Azeed. Mulai hari ni jangan contact I, jangan jumpa I. We are over"
Aku melafazkannya dengan berat hati.
"Rah...", kata Mimi yang turut sebak dan terkejut mendengar.
"Its okay Mimi, ini jalan terbaik untuk kami berdua"
"Look ma apa yang mama dah buat? Adam kecewa dengan mama", luah Azeed.
"Adam...", kata Puan Sri Manisa.
"Puas hati mama? Nur jangan Nur..."
"Baliklah Azeed, mama you syurga you. I tak nak juga you lawan mama you disebabkan I. Dan saya harap Puan Sri Manisa tak ganggu keluarga saya lagi"
"Tapi I tak sanggup dan tak mampu lepaskan you"
Azeed cuba datang kepadaku tapi aku pantas gelengkan kepala menyebabkan langkahnya terhenti.
"You bawa mama you balik, antara kita dah takda apa-apa. Semuanya sudah selesai"
"You can't do this to me Nur. Please..."
Air mata lelaki Azeed mengalir. Aku tak sanggup tengok dia mengalirkan air mata kerana aku.
"Azeed ni demi you dan demi I. Sampai bila kita bersama kalau mama you bencikan I? I tak nak mama you sakiti mummy I lagi"
"I cintakan you"
"Just go!"
Aku pantas meninggalkan ruang tamu dan naik ke atas.
Mimi mengekori aku masuk ke dalam bilik. Aku melepaskan semuanya di bahu Mimi.
"Nangislah Rah, lepaskan semuanya"
"Aku cintakan Azeed tapi...mama dia..."
"Ya aku faham. Ini semua disebabkan mama dia"
"Aku nak lupakan Azeed"
Walaupun hakikatnya susah.
"Aku sokong apa yang kau buat, aku selalu kat belakang kau"
"Lepas ni kalau Azeed contact kau jangan layan dia. Aku akan tukar number phone aku"
"Ya kau jangan risau"
Mimi turut menangis, kasihan melihat aku yang ditimpah masalah sebegini.
Disebabkan keluarga, aku terpaksa tinggalkan lelaki yang aku cintai selama ini.
"Aku tak nak tengok kau nangis macam ni. Kau kena kuat. Demi mummy kau"
Aku mengangguk.
Aku kena berkorban demi mummy. Aku tak nak kehilangan mummy atas tindakan bodoh Puan Sri Manisa lagi.
"Kau kena kuat lupakan Adam"
Ya aku kena kuat untuk lupakan Azeed walaupun hakikatnya susah.
"Aku akan sambung belajar kat New York"
"Kau nak ke New York?"
"Aku tak boleh lupakan Azeed kat sini. Aku akan sambung study alang-alang mak su aku kat sana"
"Baiklah aku faham. Pergilah Rah, aku doakan kebaikan untuk kau"
"Terima kasih Mimi, sentiasa bersama aku. Nanti kat sana kita selalu contact ya?"
Mimi mengangguk. Tetap senyum walaupun air mata mengalir.
"Aku akan rindukan kau Rah"
"Aku pun. Bila aku tiada jaga diri kau, dan aku nak minta tolong"
"Apa?"
"Tengok-tengokkan mummy aku sepanjang aku kat New York?"
"Itu kau jangan risau, mummy kau dah aku anggap macam mak aku juga"
"Thanks Mimi"
"Kau dah fikir masak-masak ke?"
Aku mengangguk.
"Aku dah lama fikir hal ni sebelum mummy aku kena langgar lagi. Bila mama Azeed buat mummy aku macam tu, aku nekad. Demi mummy aku sanggup"
"Yelah, so bila kau nak fly?"
"Maybe next week. Aku kena selesaikan perpindahan aku lagi"
"Apa-apa call aku, aku tolong kau okay?"
Aku membalas dengan senyuman.
🌼🌼🌼
Sedih! Hahahah kalau uols suka cerita ni vote please
YOU ARE READING
TAKDIR KITA✔
RomanceMengisahkan dua jiwa yang saling mencintai sejak zaman dibangku sekolah sehingga ke zaman universiti. Halangan orang tua menyebabkan mereka terpaksa berpisah dan Nur membawa diri ke negara Eropah untuk melupakan jejaka yang begitu dia kasihi. Masa m...