Jemariku yang masih ada kesan merah inai itu digenggam lalu dibawah kebibir.
Jari Azeed juga masih ada kesan inai disetiap tangan 3 jari tangannya.
"Thank you honey"
"For what?"
"Terima abang selama ni sampai ke hari ni"
"Sama-sama. Terima kasih juga sebab berikan Nur kebahagian dengan abang"
Dahiku dikucup pula, aku memejamkan mata merasai kehangatannya.
Kami duduk menghadap pantai diwaktu senja. Kami sekarang dalam mood honeymoon dan destinasi pertama ialah Bali. Bali adalah tempat pilihanku dan untuk bulan muda kedua ialah New York.
"Jom balik hotellah", ajakku.
"Kenapa?"
"Takkan abang nak stay sini tidur sini?"
"Abang ingatkan kita duduk sini malam sikit"
"Next time, jom. Nur dah penat"
"Okay"
Tanganku digenggam lalu menuju ke hotel yang kami sewa. Mujur ada kereta sewa hotel menyebabkan kami mudah hendak berjalan-jalan sekitar Bali.
"Abang pergilah mandi"
"Nur dah mandi ke?"
Aku mengangguk.
Azeed melihat tubuhku. Aku memakai baju tidur satin tapi tidaklah seksi mana. Baju tidur sampai kaki, lengan sampai siku cuma leher saja yang bentuk V yang mendedahkan sikit kulit bahagian dadaku yang putih melepak tu.
"Hish apa tengok Nur macam tu?"
"Abang nak mandi, jangan tidur dulu. Tunggu abang!"
"Ya ya..."
Aku baringkan diri di atas tilam menunggu Azeed. Aku melelapkan mata lama sangat Azeed mandi.
"Hmmmm... Janganlah kacau", hidungku disentuh.
"Bangunlah honey. Kenapa tak tunggu abang?"
"Abang lama sangat, Nur tertidur"
"Okay, bangunlah"
"Ya abang"
Aku membuka mataku luas-luas. Keadaan bilik gelap dan hanya diterangi dengan lampu meja.
"Abang nak apa? Dah malam ni, kita tidur ya?"
"Nur dah habis periodkan?"
Aku mengangguk, kelmarin aku mandi wajib.
Azeed tersenyum penuh makna.
Dia masih belum dapat malam pertama sebab malam sanding aku datang bulan dan baru saja habis kelmarin, genap seminggu.
"May I tonight?"
Aku menggeleng hendak mengusik.
"Tak ready ke? Kalau tak ready lagi its okay, abang okay je"
Aku merangkul lehernya.
"Baca doa dulu"
Azeed senyum pantas membaca doa untuk malam pertama.
"Assalammualaikum honey"
"Waalaikumsalam"
Azeed mencium bibirku dan aku membalasnya. Leher gebuku menjadi mangsa seterusnya sehingga ke dada yang terdedah.
Aku melerakan perbuatan Azeed ke atas tubuhku dan begitu sebaliknya.
Pelayaran malam itu memberikan kebahagian kepadaku.
Semoga kami menjadi pasangan yang sentiasa dirahmati Allah.
*****
Aku melentokkan kepalaku dibahu Azeed sambil melihat pemandangan Brookly Bridge diwaktu malam.
Kami duduk dibangku di jambatan tersebut melihat suasana malam yang indah diterangi nyalaan lampu pelbagai warna.
"Nur masih ingat tak impian abang? Masa kita duduk kat sini"
"Yang mana?"
"Masa kahwin Mark tu"
"Owh yang tu"
"Ingat ke tak?"
"Mestilah ingat! Apa-apapun kenangan dengan abang Nur ingat tau"
"Yelah tu. Kalau macam tu apa dia?"
"Abang nak kita duduk macam ni, boleh romantikkan? Menambahkan suasana manis antara kita"
Azeed menarik senyuman.
"Sekarang dah tercapai. Kita duduk sini dan boleh buat apa je tapi yang ringan je"
Aku menjeling.
Kepalaku dilentokkan ke dadanya dan tanganku digenggam.
"Kat sinilah kita bercuti bersama selepas 7 tahun terpisah. Abang takkan lupakan", luahnya.
Aku menarik senyuman.
"Lepas ni nak honeymoon ke mana?"
"Nur cakap je nak honeymoon kat mana abang bawa"
"Maybe tak payalah kot, kita duduk rumah je lepas balik dari New York. Okay?"
"Okay, kat rumah pun boleh honeymoon jugakan?"
"Abang ni kat mana-manat mesti gatalkan"
"Gatal dengan Nur je, apa salahnya?"
"Buat malu Nur je"
"Buat apa nak malu? Suami sendiri jugakan"
"Yelah..."
"Agak-agak bila kita nak dapat anak?"
"Abang ni, awal sangatlah. Kita baru je dua minggu kahwin mustahil terus lekat"
"Owh ye ke macam tu? Abang dah berusaha tu harap-harap lekatlah"
"Hish abang ni!"
Azeed ketawa, suka melihat mukaku yang merah menahan malu.
"Sorry, abang happy tengok saya malu-malu macam ni"
"Abanglah suka sangat mengusik"
"Okay sorry. I love you honey"
"Abang... Nur ada rahsia ni nak bagitahu abang ni"
"Rahsia?"
"Yes, satu-satunya rahsia selama Nur bersama abang"
"Okay, ceritalah. Abang tak marah"
"Okay, Nur pernah tipu abang pasal papa. Abang ingat tak Nur call abang mula-mula kita nak berbaik dan masa tu abang dah berbaik dengan papa"
"Okay lepas tu?"
"Nur tipu abang. Papa tak pengsan pun cuma saja nak bagi abang berbaik dengan papa. Semua lakonan, Nur yang plan. Nur yang suruh papa pura-pura sakit, Nur yang suruh maid abang sedih. Sorry..."
Azeed kelihatan terkejut lalu mengukirkan senyuman.
"Abang marah ke?"
"Sikit tapi tak sebab apa? Sebab Nur lah abang dah sedar silap abang kat papa, sebab tu jugalah abang dah berbaik dengan papa. Lakonan yang Nur plan tu lah membuatkan semuanya jadi baik"
Aku senyum.
"Thank you, okay tu je rahsianya"
"I love honey"
"I love you too abang"
Jemari kami bertaut kembali.
🌼🌼🌼
Hmmmm rasa macam nak buat satu bab terakhir lagilah😅😅
YOU ARE READING
TAKDIR KITA✔
RomanceMengisahkan dua jiwa yang saling mencintai sejak zaman dibangku sekolah sehingga ke zaman universiti. Halangan orang tua menyebabkan mereka terpaksa berpisah dan Nur membawa diri ke negara Eropah untuk melupakan jejaka yang begitu dia kasihi. Masa m...