BAB 29

3.8K 94 4
                                    

Hubunganku dengan Tan Sri Iskandar semakin baik dan semakin rapat seperti anak dan ayah.

Mummy pun tidak menghalang aku untuk menganggap dia sebagai ayah angkat.

Hal ini mungkin disebabkan kehidupan Tan Sri Iskandar yang sudah tidak ada sesiapa hanya ditemankan oleh pekerjanya yang bekerja dirumah. Lebih-lebih lagi Azeed yang dingin melayan ayahnya itu.

Pasal Azeed aku sudah lama tidak dengar dan tidak nampak dia. Dia pun sudah lama tidak hantar Alisyah ke pejabat. Outstation mungkin.

"Assalammualaikum!"

"Waalaikumsalam. Eh Munirah masuklah", jawab Mak Wan.

"Uncle ada Mak Wan?"

"Ada. Duduklah dulu Mak Wan panggilkan Tan Sri"

"Terima kasih Mak Wan"

Aku sering melawat Tan Sri Iskandar dirumahnya. Sebelum tu aku kena pastikan yang Azeed tiada dirumah itu. Aku tak nak dia tahu yang aku berbaik dengan ayahnya.

"Munirah"

"Apa khabar uncle?"

"Uncle demam sikit"

"Patutlah uncle lama dah tak datang lately ni, wakil uncle aje yang datang. Rupanya uncle demam"

"Dah seminggu uncle tak masuk office"

"Uncle dah pergi klinik ke?"

"Dah, Pak Wahid bawa"

"Baguslah"

Kak Siti datang menghidangkan minuman.

"Jemput minum Munirah, Tan Sri"

"Terima kasih kak Siti", ucapku.

"Sama-sama"

"So Azeed tahu tak uncle demam ni?"

"Mak Wan dah bagitahu tapi biasalah dia buat tak tahu aje. Dah lima tahun dia tak ambil tahu pasal uncle, uncle sihat ke tak"

Tan Sri Iskandar senyum pahit.

"Takpalah uncle. Kalau uncle perlukan apa-apa call saya saja"

"Insyallah, terima kasih ya"

"Sama-sama uncle"

"Syarikat kamu okay? Kalau ada masalah yang tak dapat diselesaikan bagitahu saja kat uncle Insyallah uncle boleh tolong"

"Alhamdulillah, setakat ni semuanya okay"

"Baguslah"

"Lagipun saya kena fly ke Dubai, ada syarikat yang tertarik dengan syarikat kami tu"

"Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu"

"Ya uncle mungkin saya akan stay sana lama sikit sebab nak uruskan projek kat sana pula"

"Berapa tahun kamu kena stay sana?"

"Tak pasti lagi uncle, mungkin bila dah kukuh kot. Bukan apa, dengan syarikat client kat Dubai tu projek dia besar sangat menguntungkan"

"Macam mana pula company kamu kat sini?"

"Mungkin mummy kena ambil alih sekejap"

"Hmm meradanglah mummy kamu tu"

Aku ketawa.

"Tu lah uncle. Mummy ingat dia dah boleh duduk senang kat rumah lepas saya ambil alih tapi kena masuk office semula sementara saya ke oversea"

Tan Sri ketawa.

"Minum Munirah"

Aku mencapai secawan minuman.

*****

Hari ni aku pergi ke Dubai untuk menguruskan sendiri projek bersama client disana.

Aku ditemani Encik Zainal dan Anne.

Mummy pula kena tarik PA baru dalam kalangan staf untuk menggantikan Anne.

Sampai saja di Dubai, kami dijemput oleh salah seorang staf syarikat tersebut untuk terus berjumpa dengan CEO mereka.

Walaupun masih penat kami bertiga gagahkan diri untuk berjumpa CEO syarikat tersebut.

"Assalammualaikum Miss Munirah, welcome to Dubai"

"Waalaikumsalam Mr. Syed Al-Farouk"

"Just call me Mr. Syed"

"Owh okay. This is my secretary Anne and this my deputy is Encik Zainal"

Encik Syed dan Encik Zainal bersalaman.

"Have a sit and maybe we should have a tea first?", pelawanya.

"Yes, thank you"

Kami bersuai kenal dan sambil melayan tea Dubai.

Selepas itu kami memulakan perbincangan projek yang ditawarkan oleh syarikat Encik Syed untuk bekerja sama dengan Kasyidah's Holding.

"Thank you Encik Syed for your cooperation with our company", ucapku.

Encik Zainal dan Anne turut mengucapkan terima kasih.

Alhamdulillah, Encik Syed setuju bekerjasama dalam projek pembangunan terbesar itu. Projek tersebut dibina di Dubai nampaknya aku akan lama stay di Dubai ini.

Selepas itu kami dibawa untuk menginap disebuah hotel. Kami bertiga masuk ke dalam bilik masing-masing untuk berehat seketika.

Sebelah malam pula ada makan malam dengan Encik Syed, pak Arab yang kacak itu. Kalau tak silap Encik Syed itu masih muda, ahli perniagaan termuda di Dubai.

Aku kerling jam didinding. Aku bingkas bangun untuk bersihkan diri dan menunaikan solat fardhu Asar.

"Do not be shy, enjoy you dinner", kata Encik Syed.

"Thank you Mr Syed"

Kami makan malam sambil berbual dengan Encik Syed dan PAnya.

"You know what miss Munirah?"

"What is it Mr. Syed?"

"I forgot to tell you, actually you're a pretty lady", pujinya.

Alamak apa hal pula pak Arab ni?

Aku melihat Anne dan Encik Zainal tanda dah kenapa Mr. Syed ni.

Aku hanya senyum.

"Err thank you Mr. Syed for the compliment"

"You're welcome. I do not think you're as beautiful as this. Because we just discussed in the phone before. But today, I can finally see yourself front of my eyes"

Aku hanya tunduk tanda terima kasih.

Anne dan Encik Zainal tahan gelak, siap korang!

Selesai makan malam, kami bertiga naik ke bilik hotel. Mujurlah Encik Syed tu ajak makan malam dihotel ini.

"Wow bos, baru sehari encik Syed tu jumpa bos dia dah puji bos", usik Anne.

"Saya pun tak tahulah. Demam kot pak Arab tu"

Encik Zainal ketawa.

"Korang gelakkan saya kan tadi?"

"Eh mana ada bos", sangkal Anne. Encik Zainal mengangguk laju.

"Jangan nak tipu, tengok muka awak berdua tadi saya dah tahu"

"Bukan apa bos, saya rasa kelakarlah Encik Syed tu. Seram pun ada", kata Anne.

Mana tak seramnya woii! Dia tengok aku dengan pandangan menggoda. Mata aje cantik tapi disalahgunakan hahah!

"Dia suka bos kot", kata Encik Zainal.

"Kalau ya pun, takda masa saya nak layan perasaan cintan cintun dengan dia tu. Saya datang sini pasal kerja"

Encik Zainal dan Anne mengangguk.

🌼🌼🌼
Maaf ye klu ada salah silap kat atas tu😓😅

TAKDIR KITA✔Where stories live. Discover now