BAB 16

4.2K 115 3
                                    

Aku memasukkan pakaian dan barang ke dalam luggage. Esok aku akan terbang ke New York dengan hati yang lara, kerana Azeed.

"Nur?"

"Eh mummy"

"Nur dah siap packing?"

"Sikit lagi mummy", jawabku sambil memasukkan barang-barang ke dalam luggage dan beg sandang.

"Nur yakin ke?"

"Nur yakin mummy, kat sini mungkin Azeed akan cuba jumpa Nur dan tu menyebabkan Nur tak dapat lupakan dia"

"Nur..."

"Takpa mummy, demi keluarga kita Nur sanggup. Nur tak nak mama dia kacau family kita lagi"

"Maafkan mummy"

"Mummy buat apa nak minta maaf? Sudahlah mummy, lupakan okay? Nur okaylah. Doakan Nur supaya Nur dapat mulakan hidup baru kat sana nanti"

Mummy mengangguk lalu membantu aku melipat baju.

Seminggu sudah berlalu selepas kejadian itu. Seminggu jugalah aku putus dengan Azeed, aku dah tak dengar lagi suaranya, aku dah tak jumpa dia. Aku harap kita sama-sama move on, Azeed.

Aku pun sudah tukar nombor telefon baru, hanya Mimi dan mummy je dapat nomborku yang baru.

*****

Aku menunggu pengumuman penerbangan ke New York. Sekarang aku bersama mummy, Mimi, mak, abang Farid, abang Farish, pak long dan Mak long dan pak usu.

Semua sudah tahu apa yang terjadi dengan aku minggu lalu.

Aku melihat jam, lebih kurang lima minit lagi.

"Nur nak masuk balai pelepasan dululah"

Mummy mendakap aku erat.

"Mummy jangan nangis. Nur tak nak sedih"

"Hati-hati kat sana. Jaga diri elok-elok, makan minum tu, study bagus-bagus. Kalau perlukan apa-apa call mummy atau minta dengan mak su, ya?"

"Ya mummy jangan risau. Mummy pun jaga kesihatan tau kat sini. Every week Nur akan call mummy"

Pelukan dileraikan lalu aku mengucup tangan mummy. Agak berat hati tinggalkan mummy.

"Mummy sayang Nur"

"I love you to mummy"

Pipi mummy aku cium dan sebaliknya.

Aku melangkah ke arah Mimi. Apa lagi? Dia terus peluk aku.

"Kau janganlah nangis, hancur make up kau"

"Aku tak nangislah"

Aku memegangan tangannya.

"Rah, janji dengan aku kau jangan buat benda bukan-bukan kat sana"

Aku ketawa.

"Ya aku okaylah, kau doakan aku erh?"

"Always. Nanti balik sini call aku tau?"

"Ya, kau hati-hati. Datang kelas on time tau!" , perliku.

Dia ketawa.

"Aku akan rindukan kau bff"

"Miss you to Mimi"

Aku mendekati pak long dan mak long lalu menyalam mereka.

"Hati-hati kat sana, study baik-baik", pesan pak long.

Aku mengangguk lalu berpelukan dengan mak long.

"Kuatkan diri kamu Rah"

"Terima kasih mak long"

Aku melihat abang Farid dan abang Farish.

TAKDIR KITA✔Where stories live. Discover now