Aku mengemas buku di atas meja selepas pensyarah selesai mengajar.
"Kau pergi mana cepat-cepat ni Rah?"
"Lupa nak bagitahu kau, malam ni ada kenduri sikit so aku kena tolong mummy. Kau datang erh?"
"Insyallah kalau aku takda hal"
"Okaylah Mimi, aku balik dulu. Bye"
"Bye"
Sebelum balik, aku sempat menghantar chat melalui Whatsapp kepada Azeed yang aku dah gerak balik.
Kalau tak bagitahu dia memang aku kena bebel.
Hand break sebelah kiri aku turunkan lalu kereta aku pandu untuk balik.
"Assalammualaikum? Mummy? Mak?"
"Nur dah balik"
"Ya mak. Mummy mana?"
"Ada kat atas"
"Mak bersiap-siap okay, kita beli barang kenduri"
"Yelah"
Aku naik ke bilik lalu bersihkan diri yang sudah letih dan menunaikan solat Dzohor.
Kami bertiga menuju ke mall dengan pakcik Hamid.
"Semua dah ada ke?", tanyaku kepada mummy dan mak.
"Datin?" , tanya mak pula.
"Okay semua dah ada. Jomlah bayar"
Troli yang penuh dengan barang aku tolak perlahan menuju ke kaunter.
Kami bukan saja beli barang untuk kenduri tapi sekali dengan barangan harian. Jimat masa kata mummy.
*****
Tugas ku ialah memotong bahan di atas meja.
Aku dengan lincahnya memotong bawang, sayur, cili, halia dan bahan-bahan masakan yang perlu di potong.
Mummy dan mak pula menjadi tukang masak. Maklumlah level mak-mak ni reti bab masak memasak lauk kenduri.
Selesai masak, kami bersihkan diri untuk siap melangsungkan kenduri arwah. Mummy akan adakan kenduri ni sebulan sekali.
Aku menyarungkan baju kurung kain cotton warna hijau dan tudung bawal warna brown.
Mummy dan mak pula cantik berbaju jubah dengan tudung main masuk jenama Faridah.
Kami bertiga menghidang lauk pauk ke dalam bekas lalu disusun di atas meja di ruang tamu.
Selepas Isyak, tetamu pun datang. Tak ramai pun mummy jemput, imam yang membaca doa, pak long, mak long, abang Farid dan abang Farish pun ada sekali mungkin malam ni dorang tak busy dan pakcik Hamid.
Pak Usu pula tak dapat datang sebab dalam mood outstation, katanya. Ada mesyuarat yang perlu dia hadiri di Sarawak.
Pak usu duda, dulu ada isteri mak usu. Mak usu dah lama meninggal dunia sebab kanser payudara. Tinggallah pak usu sekarang yang masih solo.
Lupa pulak, Azeed ada sekali. Segak berbaju melayu siap bersamping.
Alhamdulillah kenduri sudah selesai, kami semua menjamu selera.
Semua duduk di atas karpet di ruang tamu sambil makan dan berbual.
Imam berbual dengan pak long. Mak long dan mummy pun berbual termasuk dengan mak sekali.
Abang Farid dan abang Farish join aku dan Azeed.
"Rah tolong ambilkan abang ayam masak merah tu", pintah abang Farish dan kebetulan lauk itu di hadapanku.
"Bak sini pinggang abang"
"Thank you"
"Sama-sama. Abang Farid tambahlah nasi tu"
"Ya ya. Sedap sangat lauk malam ni", kata abang Farid.
"Mummy dan mak masak memanglah sedap"
"Ya ke? Ingatkan Rah yang masak", celah abang Farish.
"Bukan. Reti potong bahan je"
Abang Farish tu 3 tahun tua dari aku, sebaya Azeed.
Abang Farid pula 26 tahun. Dia lah abang yang kami ada.
Aku menoleh ke arah Azeed.
"You nak apa-apa tak?"
"Its okay"
Aku mengangguk.
"Mak long dan pak long balik dulu"
Pamit mak long.Aku menyalam tangan pak long dan mak long di hadapan pintu utama.
"Hati-hati", pesanku.
"Rah, abang balik dulu", pamit abang Farid.
"Ya hati-hati drive abang"
Abang Farid aku sudah anggap macam abang kandungku. Dia pun selalu ambil berat tentang aku.
"Kalau ada apa-apa minta tolong ke call abang tau"
"Ya, thank you abang"
"Ehem abang pun jangan lupa call kalau Rah perlukan bantuan ke", kata abang Farish.
"Ya abang Farish, thank you"
Aku melambai mereka yang sudah masuk ke dalam kereta sehingga keluar dari halaman rumah.
"Nur layan Azeed dulu. Mummy nak tolong mak dulu"
"Okay mummy?"
Aku menoleh ke arah Azeed.
"You okay tak ni? Dari tadi diam aje"
Kami duduk di bawah lampu, di luar rumah.
"Azeed?"
"I just tak suka cara abang sepupu you layan you je"
"Abang Farid? Or abang Farish?"
"Farish"
"Owh, dia memang suka usik I macam tu. Sejak kecil lagi, you janganlah ambil hati"
"I jealous tau. Dia suka bawa you borak, usik-usik. Dia tahukan I ni boyfreind you"
"Ye dorang tau. Tapi nak buat macam manakan dia dah biasa layan I macam tu. Lagipun I je adik yang dorang ada so janganlah jealouslah"
"Hmmm..."
"Janganlah macam ni. I pun anggap dia sepupu I je, macam abang kandung I je. Okay? Please janganlah monyok aje Azeed ku sayang"
"Okay, I trust you"
"You janganlah macam ni. I tak kan pergi lelaki lain pun, I nak you aje"
Azeed tersenyum.
"You tak nak balik ke? Dah lewat dah ni, you drive sorang-sorang"
"Halau I ke?"
"Bukan tapi demi keselamatan you juga. Dah jam 10 ni, nanti mama you risau"
"Yelah, I nak jumpa mummy you dulu. Nak minta diri balik"
"Mithalinya"
Aku usik Azeed.
"Mestilah I kena praktis sebelum jadi menantu real mummy you"
"Hmmm yelah jom"
🌼🌼🌼
Okay gais sorry kalau ada kesilapan dalam cerita tulisan saya or maybe ada rasa boring sikit ke😅
YOU ARE READING
TAKDIR KITA✔
RomanceMengisahkan dua jiwa yang saling mencintai sejak zaman dibangku sekolah sehingga ke zaman universiti. Halangan orang tua menyebabkan mereka terpaksa berpisah dan Nur membawa diri ke negara Eropah untuk melupakan jejaka yang begitu dia kasihi. Masa m...